Saturday, December 31, 2011

Embun Pagi

Assalamualaikum.

Seperti yang sering kita dengarkan sabar itu separuh daripada iman. Benarlah sabar itu perlu kelak Allah beri habuan yang kita tak pernah sangkakan. Dahulu aku tergapai-gapai kelemasan dalam lautan dalam. Sempat jua aku berpaut pada dahan pohon yang timbul. Tenagaku semakin habis untuk menahan diri sehingga tiba-tiba aku merasakan sesuatu menarikku dan meletakkanku di tepian pantai sambil menanyakan keadaanku. Siapakah itu aku tidak pasti. Aku lena dibuai kepenatan dalam kelemasan di lautan untuk mencari kebahagiaan yang hilang itu. Lautan itu sangat luas sehinggakan aku terdiam membisu ingin menafsirkan erti semua itu. Di mana ia menghilang aku tidak pasti.

Dalam keluasan laut ciptaan Allah ini pasti ada mata-mata yang melihatku dari jauh. Hendak menghampiri tidak pula mengenali lalu ia merenungku dalam kejauhan. Entah apa yang ditafsirkan dan difikirkan aku tidak ambil peduli. Mungkin dalam amukan itu ia melihatku dan menungguku sehingga aku berhenti menghempas kemarahan di pantai itu. Dalam kegelapan malam di lautan diiringi angin pantai yang menghembu lembut, aku pergi ke gigi air itu. Sesekali ombak datang menendang kakiku.

Tidak aku rasa sakit itu. Namun ia menjadi penghias hidupku. Sesekali ia datang menyerpa dengan lembut namun pabila kapal lalu ombak datang menyerpa dengan mengganas lalu membahasi separuh tubuhku. Hendak ditangiskan apa sebabnya aku tidak pasti. Dalam kegelapan itu pasti tiada siapa yang dapat melihat aku menangis mahupun ketawa atau ketakutan. Mungkin jua ada yang mahu menembakku dengan peluru pistol tepat mengenai tubuhku namun pasti aku tidak mengetahui siapa gerangannya dan dimana ia menyembunyikan diri.

Dalam dunia tidak semua gembira kita meniti bahagia. Malah ada yang dengki melihat kita bahagia. Di tepian pantai itu, ada orang datang menyerpa lali mengatakan janganlah menangis disini kerna tiada siapa dapat melihatmu dan menenangkanmu sebaliknya menangislah dibahuku mungkin aku dapat memahami isi hatimu kerna aku yang perasaan akan emosimu di tepian pantai ini. Aku pejamkan mata sehingga aku merasakan di awang-awangan dan kembali semula ke lautan. namun itu hanya angan-angan bukan realiti. Aku tertanya-tanya mengapa kau hadir di dalam angananku itu sedangkan hatimu menjauhi.

Aku tertanya-tanya apa tujuanmu menghadirkan dirimu dalam mimpiku. Tidak aku pinta untuk memikirkanmu mahupun mimpi tentangmu tetapi ia datang tanpa dipinta dan pergi tanpa aku rela. Aku pulang ke kamar untuk melelapkan mata mengharap kehadiranmu menemani walaupun aku tahu ia tidak akan terjadi. Seusai menikmati tidurku aku tahu segalanya datang hanya menggembirakan sesaat namun derita aku hadapi bertahun lamanya. Aku diuji sebegini namun aku mengerti ini ujian ketabahan diri sebagai wanita. Namun aku mensyukuri nikmat kebahagiaan yang kau berikan walaupun seketika. Ingin aku mencari apa puncanya namun bukan sekarang. 

Tiba masanya aku pasti semuanya terbongkar dan saat itu yang menentukan aku yang pergi menghilang atau aku menyendiri membuat keputusan. Senyumlah kepadaku kerna itu mungkin kali terakhir aku melihatmu berdiri di hadapanku.


143123

Friday, December 30, 2011

TQVM

Assalamualaikum.

Wahai kawan-kawan. Saya tetiba rasa nak berucap untuk kalian semua tapi tak tahulah panjang atau pendek. Jangan bosan pulak. Sepanjang saya berada di USIM, kawan-kawan ramai dan sentiasa ada. Korang memang terbaik. Walaupun masa tamhidi dulu kita tak berapa kenal malah dari berlainan group tapi sekarang kita dah bersama kan. Apa-apa pun masih ada dua orang yang bersama dengan saya dari tamhidi dulu, Alyn dan Izzati. Izzati pulak jadi teman sebilik sekarang, siapa sangka kan. Tak dapat nak dinafikan zaman tamhidi best sangat sebab kita tinggal kat rumah bukan hostel macam sekarang kan.

Sangat berbeza kehidupannya dan semakin malas untuk ke cafe nak beli makanan tak macam dulu ye. Lebih rela tak makan. Hoho. Best sesangat satu group dengan korang-korang semua. Mari saya sebut sorang-sorang. Asnee , Yun , Asilah , Eiffah , Alyn , Izzati , Jiha , Faezah , Aween , Nabihah , Akasyah , Farah , Intan , Diyanah , Riza dan tak lupa tiga lelaki yang menjadi penambah rasa group BSE 1, Nasri , Muslim dan Faezi. Amat menghargai korang semua. Banyak assignment yang kita buat dalam group kan. Mungkin dalam masa buat kerja sesama ada yang terasa hati ke amek hati ke apa-apa ke mintak ampun dan maaf lah yer. Mungkin terlalu tension dan emosi. Emosi tak berapa stabil mugnkin. Harap korang maafkan yer.

Kepada korang yang pernah satu group assignment dengan zaty, terima kasih sesangat kerana kita dapat melaksanakan kerja kita dengan usaha yang kita ada dan minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa yer. I think all of you know me very well, right? Apa-apa pun tetap rasa bersalah kalau tak dapat minta maaf kat korang semua. Semoga study week ni korang semua dapat study betul-betul walaupun zaty taka berapa nak study sebab kat rumah banyak halangan study. hehe.

Harap korang semua saling mendoakan kita semua berjaya bukan setakat dalam test , quiz , mid sem or final , malah dalam setiap sem dan juga grad dengan cemerlang. Doa tanpa henti dan sering berdoa sebab kita tak tahu doa kita pada masa bila yang termakbul. Walaupun lama lagi nak grad tapi doa tu penting. Semoga kita semua grad dengan cemerlang dan jayanya. Lagi satu, semoga kita semua berjaya mendapat kerjaya yang dipinta. Tapi ambil dari yang dekat, doakan kita semua berjaya final sem 1. Good luck and sorry for everything kawan-kawan.

BSE 1


Tuesday, December 27, 2011

Gugurnya mutiara...

Assalamualaikum.

Apa jua masalah pasti ada punca. Pasti ada jawapan. Segalanya terungkai. Bukan mudah merungkainya. namun kau yang mempermudahkannya. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku kesempatan dan menggerakkan hati ini untuk meleraikannya. Sudah aku duga begitulah ia. Sedangkan tangan kaki orang kita tak mampu kawal apatah lagi jari jemari dan mulut yang bebas meratah dunia. Tidak aku sangka ia sebegitu, Ya Allah. Ibarat menikam bukan dari belakang malah ibarat menusuk dari hadapan mata. Seusai tertusuk pasti ia ada bekasnya. Sekali terungkai selamanya beringat. Bukan pintaku dibelai. Bukan pintaku dimanja.

Persefahaman yang aku pinta. Bukan mudah memahami kanan dan kiri namun tak perlu meludah di tepian pagar mahupun longkang pasti ada yang melihatnya. Jika kau mengharapkan aku hilang hadirkan dirimu perkatakan itu. Ya Allah. Inikah dinamakan masalah tak mengira usia dan sangat pelbagai ibarat genre novel. Pelbagai benar jenisnya. Bukan aku berpura. Bukan juga aku bertopeng. Hanya Allah mampu menilainya namun aku tahu hatiku benar memberikannya tanpa mengharapkan balasan. Itukah yang kau mampu fikirkan? Bukan aku ingin mengatamu kolot namun aku terduduk mengeluarkan air jernih dari mataku. Kekecewaan.

Tidak ternilai harga air mataku untukmu. Aku menyayangimu. Namun hanya sebakul pil yang kau berikan untuk aku telan. Tidak terasa pahitnya kerna airmata aku berhabis untukmu. Aku perhabiskan masa bergembira meniti hari sedangkan hakikatnya di sebalik tabir diriku ada yang mengisi kekosongan bakul itu dengan pelbagai pil yang sungguh pahit. Tidakkah kau terasa paranoid. Aku meneliti pelangi kau hanya terbayang untuk memusnahkannya dengan hanya simbahan asid terhadapku. terasa perit dan menderita selamanya.

Mengapa sukar untuk difahami. hati bukan senang dirungkai dengan kata-kata namun itulah manusia yang diberikan Allah sebijak akal untuk kita semua supaya berfikir lantas malaksanakannya dengan sebaiknya. Akal dan hatiku mengatakan tak mengapa itu hanya ujian Allah. Akan aku pertabahkan diri. Jika aku terlalu hina, perbetulkanlah hambaMu ini Ya Allah. Semoga aku menjadi yang lebih baik dan berikanlah cahaya kepadanya agar kami bersama-sama menuju ke arahMu, Ya Allah. Aku mencuba membalas madu bukan berbalas peria. Insya-Allah. Izinkan aku menangis.

syukran, Ya Allah.

Wednesday, December 21, 2011

Rimbunan Kasih

Assalamualaikum.

Hari-hari aku lalui penuh tenang sedamai tasik luas pemandangan. Siapa tahu ketenangan itu ada sesuatu yang bergolak di dalamnya. Tiada siapa dapat menduganya. Di sebalik rimbunan pohon menghijau aku terlihat sesuatu yang kabur. Kelam. Aku tertanya apakah itu. Namun aku sedar itu hanya bayanganmu yang sentiasa mengaburi mata hitamku. Setiap kali menghampiri ia helang terbang bak hembusan angin yang membuai damai menyentuh pipi. Tiap kali mata menerjah dunia aku terlihat kelibatmu. Namun ia hanya kelam seperti dalam kegelapan malam tanpa suluhan pelita.

Aku menyusuri langkah demi langkah akan aku ketepikan dedaun berduri agar tiada lagi yang menusuk kakiku mahupun jari jemariku. kehidupan penuh onak duri dan berliku-liku ibarat meredah hutan belantara yang pasti dipenuhi rimbunan hijau meninggi. Aku sesat di situ. Lalu sesuatu menghampiriku memberi sinar cahaya tanpa aku ketahui siapa gerangannya. Namun aku lalukan sahaja agar aku tak kenal\i siapa ia dan adalah lebih baik tidak mengenali dari penyesalan sebuah pengenalan. Sekalipun ia hanya sebatang mancis diberi pada kegelapan malam ia menyinari segenap tubuhku.

Cukuplah sekadar menyerikan hati meriangkan perasaan. Agar kalian ketahui aku masih mampu memberikan khabar dan secalit senyuman ikhlas dari hati. Seringkali berkata mengapa begini namun jawapannya begitulah kehendak Ilahi. Tidak pernah aku menyesali namun aku memanjat kesyukuran kerna aku dapat merasai semua ini. Walaupun tak semanis madu tapi tak juga sepahit ubat kerna di situlah bermulanya mempelajari kekuatan diri dan hati. Tak semua insan dapat merasai dan akulah yang terpilih. Aku tahu sesuatu yang lebih baik sedang menanti. 

Semakin kau menjauhi dan mengaburi aku masih menyendiri mencari ruang untuk bernafas. Aku menjumpai ruang itu tapi rimbunan kasih ku terhadapmu masih tersemat di hati dan tertulis di awangan kau pencuri hatiku. Akan aku semat semua ini. Tak aku apasti untuk membalas derita mahupun memberikan gula namun yang pasti aku setia menyendiri dan melalui dengan penuh bahagia. Tatkala aku dinilai paling ceria, organ berjiran hatiku menilai aku derita dan terluka. Aku pasti ketabahan aku lalui dahulu dan juga kini semakin meninggi. Aku tahu kekentalan hati ini masih utuh berdiri di sampingku.

Berkali aku terpijak duri namun aku tahu aku mampu. Aku mahukan keindahan kehidupan. Akan aku cari kebahagiaan itu. Terima kasih atas segalanya.

Monday, December 19, 2011

Kelukaan hati

Assalamualaikum.

Siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Siapa sangka air muka yang penuh ceria menyimpan seribu satu duka. Kisah hati menjadi rahsia diri. Hendak dikhabar menjadi suatu bualan. Indahnya khabar dari rupa itu biasa terjadi. Namun tiada yang indah tentang khabarku. Lalu dinoktahkan khabar itu. Melihat burung berterbangan seperti melayangnya fikiran. Hendak ditangiskan itu suatu kerugian namun siapa dapat bertahan jika hati menghadapi kelukaan. Perlukah ia ditangisi sedangkan hati dilukai ibarat dihiris sembilu. Kegembiraan diperoleh hanya sementara. Ia datang tanpa dipinta. Ia datang dengan kerelaan.

Namun hanya sebagai tempat persinggahan dan luahan duka menemani tatkala kebosanan sendirian. Gembira ditemani. Seusai gembira dibuang begitu sahaja lalu kembali mengutip kelopak yang lalu meninggalkan kelopak lain terkulai layu. Kelopak hanyalah kelopak yang tidak bertangkai mahupun berbatang. Terbanglah ia bersama angin lalu diiringi kenangan yang menghiris hati. Walaupun seringkali dihiris, ia hanyalah luka dan tidak pernah menjadi semakin sedikit malah menjadi semakin luka luka dan luka.

Semakin ia menjauhi lalu menghampirinya semakin ia terluka. Senang benar ia berubah warna. Tidakkah ia sepatutnya menjadi satu warna yang sentiasa menyenangi kehidupan yang lain. Tidak pernah sekali ia menerima dengan senang jika ia meninggalkan. Tidakkah ia mengerti kelekuan lidah keperitan hati kedinginan tangan ini. Ditikiam sebegini hanya siapa mengerti. hendak dikhabarkan tidak mendapat habuan. Hendak dilayankan tidak juga mendapat balasan namun hanya kesakitan. Terpaksa didamaikan hati dengan sendiri. Bertemankan cahaya lampu neon di kegelapan malam.

Bertemankan sekeping hati yang telah hancur bersama jantung hati yang telah pergi dan bersama pensel menemani tangan dan juga keyboard yang sentiasa menerima maklumat. Hati yang sekeping kini menjadi kehancuran kaca yang telah jatuh ke tanah yang tidak mampu untuk dilekatkan kembali. Walaupun jika ia pecah dua mahupun tiga mungkin tidak mustahil akan tetapi jika ia pecah seperti cermin kereta yang hancur pabila kemalangan adakah ia mampu dicantumkan kembali. Wahai hati dimanakah kategorimu sayang.

Ia dipinta untuk dikasihi bukan dikhianati sebegitu. Ia minta diusap lembut bukan dikasari dek tangan dan suaramu serta kata-katamu. Senyum di wajah untuk mengubati sendiri. Ia harus tahu bukan mencaci maki. Orang sekeliling hanya mampu mengata seperti tak pernah melalui hanya tahu memaki. Hanya tahu mengambil yang kanan tanpa menoleh ke kiri. Sedangkan dunia ini luas. Tak harus ia perlakukan sebegitu malah seharusnya ia memandang sekeliling. Walaupun begitu bukanlah bermaka ia mamahami menyeluruh kerna tak semua dapat memamahi sepenuhnya karangan hati. Allah sahaj yang memahami keseluruhannya.

Dimana kekuatanku. Akan aku bina sendiri dengan bantuan Allah. Tidak pernah hadir perkataan delete di ingatanku untukmu. Aku berharap kau mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan aku. Seringkali hati disakiti namun hati masih memerlukan tanpa diragui. Tak sekali ia meragui akan kehadiran ini. Malah menghargai setiap detik itu. Doakan aku, sahabat.


Ihateyou

Sunday, December 18, 2011

Sebuah pelangi

Assalamualaikum.

Mentari pagi meninggalkan kelam malam menusuk mata menyedarkan jiwa. Aku lihat ramai manusia kelihatan seperti sebuah pesta. Tetapi itu semua suatu tujuan menunaikan yang wajib. Sedari pagi aku membuka mata memanjat syukur masih diberikan roh dan jasad malah dapat menghirup udara tanpa bayaran daripada Allah. dengan sinar mata mu, aku mampu tersenyum lebar bak melihat emas di genggaman. Aku melayari langkah demi langkah mencari teman menemani. Terhenti. Aku menjumpainya. Teman aku sedari aku mula gagal melawan emosi. Aku melangkah lagi. Lagi. Lagi. Dan lagi.

Aku terhenti diam terpaku melihatmu di hadapan mata tanpa aku pinta walaupun kau tak sedari kehadiranku di selindung tubuhmu sendiri. Meski kau sedang sibuk melayani permainan dirimu aku tetap meniliti seluruh air mukamu. Aku lihat sesuatu tersembunyi di sebalik wajah ceriamu. Aku sangat merindukan senyuman dan gelak tawamu. Sekali kau senyum pasti aku mampu gembira seberapa mungkin lama. Aku pasti kerna kau masih tersemat kemas di dalam hatiku. Aku tidak akan membiarkan sesiapa menjumpai kunci hatiku agar tak siapa dapat mengambil ruang hatiku yang sudah tersedia namamu di situ.

Aku ditinggal sendiri namun aku pasti suatu masih menanti. Aku meneruskan langkah bukan untuk menjauhi dan membencimu malah tabah mengharungi laluan yang penuh onak duri paku mahupun pisau terpacak tajam di segenap ruang yang menyukarkanku melangkah. Akan tetapi aku pasti masih ada ruang penyelasaiannya. Walau aku tak pasti akan kehadiranmu sebentar tadi. Walau aku tak pasti kau melihat segala persembahanku namun aku masih mengharapkan kau masih tercari-cari wajahku di mana aku tak dapat mencarimu yang pasti disorokkan di sebalik orang ramai yang memenuhi ruang dewan itu.

Aku benar-benar tak pasti. Seusai aku selesai segalanya aku tak sekali mengharapkanmu hadir namun kau sering menyusuri anak mataku. Kemana mata aku melilau pasti ada kehadiranmu. Aku pasti. Melihatmu gembira pasti menimbulkan curiga kepada benakku. Aku mempersoalkan kepada hati adakah kau gembira melihatku derita. Namun aku tersedar. Aku harus mendahulukan yang patut didahulukan di mana aku masih bergelar seorang penuntut ilmu. Akan aku simpan perasaan inni sehingga waktunya. Aku pasti menjaganya.

Walau aku masih mencari hatimu dan mengharapkan kembali, aku mahu kau seperti aku jua. Walau sesaat aku mendengar suaramu aku dapat melelapkan mata dengan penuh ketenangan bertemankan angin bayu menyentuh pipi selembut layanan hangatmu terhadapku suatu ketika dahulu. Dengan beralaskan tanganmu pasti aku dapat menyinari hatiku dengan pelangi yang kau hadiahkan kepadaku walau ia hanya beberapa detik. Pasti aku hafal dialogmu. Pasti aku ingat suaramu. Aku sangat rindu akan suaramu dan segalanya tentangmu. Jika dibenarkan pasti aku menjerit mengatakan itu duhai kasih.

Jika benar kau tak perlukan kehadiranku, pasti aku lebih mencuba mencari pelangi yang kau beri. Aku tak kering menjauhimu malah aku mengharap magnet merapati hubungan ini. Bukakanlah hatimu sayangku. Aku merindukanmu.


Imissyoualot

Saturday, December 17, 2011

Di mana kamu...

Assalamualaikum.

Tiada kata lain yang sesuai selain keperitan. Tiada kata lain yang dapat menggambarkan kesengsaraan hati. Tiada madah dapat menggambarkan keparahan luka di hati. Andai kata hati terletak di tangan pasti kau dapat melihatnya berdarah tanpa henti disusuri linangan tangisan mata dan hati membanjiri seluruh tubuh. Sekiranya dari titik mula kau tahu aku pasti kau biarkan mengapa kau harus merelakan dirimu mengikatku ibarat basikal dirantai di tiang rumahmu. Pabila bosan kau mengayuh tubuhku sehingga ke lubuk mana asalkan kau peroleh kepuasan. Apabila kekaratan mewarnai tubuhku kau biarkan ia lusuh berhabuk. Adakah itu adil bagi aku yang memberi jasa kepadamu saat kamu benar benar memerlukanmu.

Tidak ku mengekori sekiranya kau tak mendahului. Tak ku memberi sekiranya kau tak mencari. Tak pernah sekali aku merelakanmu. Tak pernah sekali aku merelakan kau pergi. Hatiku meronta mencarimu dalam kelam tanpa suluh pelita. Akan ku gapai selagi aku mampu. Selagi aku terdaya. Aku mahukan kembali. Selama mana aku terdampar di tepian aku tetap merelakan diriku  menantimu selama mana kekuatan dayaku. Sehingga suatu masa aku pergi jauh meninggalkanmu aku pastikan kau menyesal merobek hatiku yang setia menantimu. 

Sekalipun aku mengatakan begitu itu hanya ketika kau berada di ruang kamar hatiku akan tetapi masa berubah seiring dengan sekeping hatimu yang kering dimamah matahari. Aku mehukannya kembali. Pulangkanlah kembali cintaku. Aku sekalipun tidak merelakan ia mengisi ruang hatimu. TIDAK. Sekali aku lalu dihadapan bilik ICU beribu kali hati ku berdarah tanpa henti. Tiada noktahnya. Alasan beribu alasan. Sayang beribu sayang benci beribu benci. Sekali jatuh terdamparlah kau mahupun sesiapa di lautan kasih. Sekiranya tangisan sendu ini ditadah pasti dapat membanjiri seluruh kamar ini. Dimana kau mencariku disitulah aku mahukan kau kembali.

Bukan aku menagih air kontang di perigi tetapi aku mahukan kembali hati yang telah kau curi sepenuhnya dan seluruhnya. Aku tetap dengan pendirianku. Meski tidak kau tahu bahawa kegembiraan yang terpancar di wajahku semata mahu menghindari dari membanjiri ruang ini setiap hari. Menyembunyikan kelukaan parah di hati yang hanya Allah saja mengetahui. Jika aku kejam dimana pula ruang kasih aku yang ku berikan selama ini. Kamu kamu kamu dan kamu harus mengetahui dan memahami setiap sudut. Pasti kau dikaburi. Demikianlah kau merasakan itu semua sebagai helah.

Aku berdoa agar kau merasai kelukaan berdarah dihatiku. Tidak aku serik mengenalimu malah belajar daripadamu akan erti sebuah pengenalan. Sekalipun bibir ku mengatakan benci itu hanya kerana kasihku terhadapmu terlalu menggunung menguasai segala emosi. Tidak sekali aku menerima alasanmu membiarkanku. Aku merasakan pasti. Pasti sesuatu tersirat yang tak aku ketahui. Simpan di hatimu? Tiada siapa tahu malah memburukkan keadaan. Di mana penjelasanmu. Aku perlukan itu. Akan aku tunggu sehingga suatu saat aku tak tertenggung rasa pasti aku mencari dan merungkai segalanya.

Sahabatku mengatakan aku tabah menghadapi. Kau mengatakan aku perempuan berani dan berdikari. Bukan aku pinta dipuji. Akan tetapi itu semua kata-kata semangat untuk aku meneruskan helah kehidupan penuh liku ini dengan ketabahan yang diberikan Allah. Pasti Allah membalas segalanya tiada siapa dapat membantahnya malah aku mengharapkan itu semua berlaku. Bukan aku membenci tetapi aku mahukan kembali cinta hatiku yang telah aku berikan walau ia hanya bertahan sementara. Sekali aku terluka pasti aku menuntut berkali. Bukan menagih simpati tetapi mengambil kembali. Kau harus ingat detik permulaan segalanya.

Adakah aku punca segalanya. Di mana titik mulanya. Aku yakin lagi pasti kau telah lalai dan melupakannya di mana ia bermula. Sedangkan membuka pintu ada kuncinya inikan pula hati halus seorang wanita. Ketabahan hati mengajar diri lebih berdikari. Bersabarlah lagi sayang. Allah pasti membantumu sayang. Tahanlah tangisan sendumu dari membanjiri ruang kamarmu.


Dimanahatimupastiakanakumilikikembali

Friday, December 16, 2011

Bertahanlah :')

Assalamualaikum.

Kadangakala kita senyum sendiri tanpa pedulikan pendapat orang lain yang berkemungkinan mengatakan kita gila kerana senyum sendiri. Sedangkan kita terbayang akan peristiwa itu secara tiba-tiba tak mengira waktu dan tempat. Ia datang bukan untuk menganggu tetapi memberikan senyuman kepada hati yang sedang lara. Pabila kita telah jatuh saat itulah kita akan teringat keadaan dan peristiwa yang manis mahupun pahit itu. Pabila teringat kenangan manis kita pasti senyum sendiri walaupun pada akhirnya kita terluka mengingatinya. Mula manis akhir pahit. Ingat manis akhirnya terasa pahit.

Sedangkan air milo atau pun gula gula yang terlalu manis kita rasakan pahit pada akhirnya kerana terlalu manis. Adakah semua pernaha merasakannya? Adakah hanya insan tertentu sahaja pernah merasakannya. Tak semua yang kita harap itu pasti datang. mungkin ia datang tapi nanti. Bersabarlah sayang. Pabila menyendiri saat itulah fikiran meronta-ronta keluar dari diri mahu menerjah dunia luar. Dan saat itulah fikiran menerawang ke tempat yang kita sendiri tak pasti. Langkah demi langkah, detik demi detik kemana fikiran pergi kesitulah mata kita pergi walaupun pada hakikatnya kadang kita sedang memandang dinding putih yang kosong tanpa secalit lukisan mahupun contengan kanak-kanak.

Apa yang datang menutup seluruh pandangan sebenar sehingga datang sesuatu yang mengganggu fikiran dan kadangkala sehingga tersentak. Siapa duga apa yang kita rasa dan fikir. Sehebat mana pun mereka pasti tak tahu kelukaan hati keperitan rasa kekeluan lidah kesentapan hati yang kita alami. Pihak satu mendengar luahan si satu menyokong yang satu pihak dua mendengar luahan dua menyokong yang dua. Sememangnya tak semua orang dapat memahami kita. Dan sekiranya memahami dia tak akan memahami sepenuhnya. Dia hanya melihat sedikit.

Mencuba menyelesaikan sendiri? adakah yang terbaik? Tidak. Pasti perlukan teman bersuara namun hati membuat kata putus. Jangan diragu. Jangan dipaksa. Relakan hatimu. Relakanlah sayang. Jangan bazirkan airmatamu sayang. Dia tak mendengar luhan hatimu. Ya. Memang ketandusan airmata. Seluka mana pun ku masih mencari dimana lopak dan stor yang menyimpan air mata tetapi tak juga ku jumpa. Pasti ia mengambil masa untuk 'refill'. Mungkin. Tak mengapa. Ini bukan masanya. Katanya. Ikutkan saja bait bait yang keluar dari bibirmu.

Akan ku turutkan saja kata kata mu kerna kau harus tahu aku masih menyayangimu walaupun hanya dari jauh ku berikan mataku aku mencuba merelakanmu tetapi aku mahu kau kembali tak kira bilamasa bilamana sekalipun sayang. Aku merelakan sekiranya benar kata kata mu. Aku terhiris hati sendiri dengan pisau yang berada ti tanganku sendiri sekiranya ia helah darimu semata-mata. Adakah kau sedar itu semua. Pisau di tanganku menandakan kesilapanku menerjah ke alam ini. Mengapa aku terjerat di sebalik ini. Aku sendiri kabur. Kau yang mengaburkannya. Aku menuruti. Tak mengapa. Tetap salah ku jua.

Aku terima seadanya. Aku mengharapkan sinar dari hidupmu. Aku mengharapkan sinar dari matamu dan juga bibirmu. Pasti aku riang menggelongsori pelangi tatkala kamu memberikan senyuman permatamu. Pasti aku gusar melihatmu kehulu hilir berjalan tanpa berkasut tidur beralaskan tanah. Aku pasti. Aku yakin hatiku masih untukmu. Seluka mana ia aku mahukan ia dicantum kembali olehmu. Harapan yang belum ku pasti. Sememangnya aku tidak pasti. Akan ku harapkan kehadiranmu walau sepantas kilat mahupun setenang air sungai ataupun selembut angin datang menyapaku. Akan ku nanti waktu itu dengan penuh kesabaran.

#14367#

Wednesday, December 14, 2011

Beribu Janji

Assalamualaikum.

Sepanjang kita hidup mustahil tak pernah sekali pun tak pernah berjanji kan. Sedangkan di sekolah pun kita ada ikrar tiap kali perhimpunan kan. Janji ada macam macam. Ada janji dengan ibu ayah , cikgu , kawan-kawan, awek , pakwe , suami isteri dan sesiapa sajalah kan. Jani pulak ada macam-macam benda yang kita janjikan. huh. Serabut jugak kan. Tapi sepatutnya janji ini sesuatu yang kita tak boleh perlekehkan. Sekali berjanji kita harus tepati.

Saya amat tak memahami orang yang tak menepati masa. Adakah terlalu susah? Contoh yang paling senang lah kan, pergi sekolah. Setiap hari mesti ada je yang datang lambat. Susah sangat ke nak siap? Okay. tu sekolah. Kalau sekarang ni. University life. Susah sangat ke nak ikut jadual. Jadual bukan padat sangat sangat pun. Sekolah punya jadual lagi straight tau. huh. Ni, sampai pensyarah dah masuk pun tak sampai sampai lagi. Kalau dah tahu diri tu jenis lambat siap bangunla awal. Tapi peliknya kenapa lama sangat nak siap? Mandi? setengah jam? Apa yang korang buat dalam bilik air tu? Gosok gigi 5 minit. sabun 10 minit syampu 10 minit cuci muka 5 minit lap badan 5 minit . mamcam tu ke weh?

Haish. Tak pahamla. Sangat tak memahami orang yang siap lambat gegiler nih. Seruis! Tak kan tak rasa bersalah kalau datang lambat? Tak reti betullah. Patutnya kita nak belajar kita la datang awal, betul tak. Lepas tu, bukan untuk ke kuliah je. Kalau berjanji dengan kawan nak buat discussion ke apa ke. Janji nak buat sekian waktu tapi paling awal mula mesti setengah jam lebih lewat daripada waktu yang dijanjikan. Apa nak jadi nih? Semua dah takde kesedaran waktu ke? Sesungguhnya dalam pepatah arab mengatakan "Masa itu seperti pedang, jika kamu tak memotongnya maka dia akan memotong kamu".

Bukan emas lagi dah tapi pedang. Okay. Faham? Cuba bayangkan. Kalau kita siapkan discussion tu awal awal kan boleh buat lama sikit kalau tak faham. Ataupun kalau dah siap awal boleh buat kerja kerja lain yang sememangnya sangat banyak. Bukan duduk kat sekolah lagi tapi universiti. Kalau lalai sikit bab masa memang menangis mata darah lah terkejar kejar due date untuk submit assignment. Masa tu memang padan muka la. Lain kali tangguh lagi. Kita duk sini takda sapa pun nak tegur tahu tak? Kena marah sebab lambat submit adalah.

Saya rasa la kalau bab ni tak susah pun nak ikut. Tapi apa yang menyebabkan susah sangat nak tepati masa yer, kawan-kawan. Tak payah tengok jauh jauh. Teman terdekat pun ada. Betul tak? Sabar tak sabar jelah kan. Kena la hadapi dengan orang macam ni. Perli ke cakap kias kias ke, tetap macam tu jugak perangai suka lambat-lambat dan tangguh-tangguh ni. Kalau assignment submit awal, kan hati lega? Korang tak rasa macam tu ke? Daripada korang duk tergolek-golek atas katil menghadap henset yang takdak apa apa tu, baik on laptop buat assignment. Bukan online lah. Tahu?

Lagi...lagi..bukan takat ni je. Nih. Dok janji macam-macam kat orang. Kalau rasa tak boleh tepati, jangan lah berjanji. Kalau sekali berjanji itu tanda kita bagi harapan kat orang yang kita janjikan tu. Tak kiralah janji tentang apa pun. Contoh kita janji dengan kwn nak ajak dia makan dan korang janji nak belanja dia, tiba kat kedai korang kata aku main-main jer. Apa perasaan korang? nak hebat lagi? Korang bersusah payah usahakan nak pergi jumpa kawan lama kat utara, korang kat selatan, dah tempah tiket segala bagai tiba tiba dia cakap dia tak boleh . Padahal korang dah plan sebulan lalu. Apa? Apa? Apa perasaan? mcm $^*&(%^*#$.

Saya pun tak tahu lah apa akibat kalau tak tepati janji. Cuma yang pasti orang itu akan merasakan kesakitan hati yang amat sangat lah kan. Mustahil takde rase apa-apa. Bermacam orang berjanji pada saya dan pelbagai bentuk janji pun saya dengar. Tapi tak tahulah berapa peratus je orang yang menepatinya. Kita bukanlah manusia yang sempurna untuk ikut betul betul apa yang kita ramcang tapi kita perlu usaha bukan berserah bulat bulat mamcam tu je. Orang ada perasaan kan?

Boyfie korang ajak keluar weekend ni tapi tiba tiba pagi tu cancel. Kecewa kan? Macam-macam lah janji ni kan. Saya? mestilah pernah berjanji jugak. Tapi orang yang saya berjanji bersama itu pun tak tepati janji. Maknanya bukan saya yang merobohkan perjanjian itu yer. Termati gara-gara dia sendiri. Tapi saya taklah jugak perfect sangat sampai saya berjaya tepati semua. Mungkin ada yang saya terlepas pandang. Maaflah ye kawan-kawanku.

Saya? Ya. Memang emo. Tapi bergantunglah pada keadaan. Taktahu lah sekarang hati saya macam mana kan. hehe. takde jiwa kot. Hilang. Can you find it for me, dear? :) . Hm. Takpa. Allah sebaik perancang. Mungkin saya akan tuntut nanti. Atau saya biarkan sahaja. Atau Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk diberi kepada saya dan dibalas kepada mereka. Okay jangan salah faham. Ini secara umu. Tiada kene mengena dengan sesiapa yang menjurus yer. UMUM. tontonan UMUM. haha. Tetapi. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya lah. Btw. Seriously, memang tiada kene mengena.

Reda. Apa-apa yang berlaku saya sedang belajar menerima dengan hati yang terbuka. Memang payah. Siapa kata senang? Kene tabah, kuat and tekad! Allah itu ada di mana mana. Sabar je okay. Korang janganlah mungkiri janji dengan sesiapa pun, tak kira muda tua jauh dekat rapat ke tak ke. Janji itu bukan mudah. Zaman sekarang ni makin melupakan kepentingan janji sedangkan sebenarnya janji itu tanggungjawab yang boleh dikatakan sangat besar. Harap faham maksud saya di sini ye. Janganlah sesekali mengecewakan orang. Sepertimana kita rasa  'down' apabila orang kecewakan kita, macam tu jugaklah dia rasa. Jangan buat macam tu yer. Usaha lah sedaya upaya untuk memenuhi janji-janji itu.

Saya memohon maaf sekiranya da yang terasa ye. Ni sekadar peringatan bersama dan ambil yang positif. Yang negatif tu saya mintak ampun tau! Maaf sesangat :) Semoga berjaya.




*My Mood now : ILYSMIMYDM 0__o*

Sunday, December 11, 2011

Assignment English (~.~)

Assalamualaikum. 

As a university student  we have to submit many assignments, right ? huh. Am I tired? of course.  Totally tired but I like this situation. I am satisfied if I can fill my time with assignments and study. So I can forget all about him. Haha. Am i over? Ouh okay. Sorry. No. No. It is because I like doing things that pay me back with happiness and satisfaction. I don't mind at all if I got tired till feel like to faint as long as I can give the commitment in my job. :)

Now I am doing semester 1 for first year degree in Bachelor of Science with Honors (applied Physics). I take seven subject including theater.  Firstly I want to talk about my English subject. English 1 is about speaking and listening. Ouh, Sorry. I am bad in English actually. Just read my this entry. Is it worse? ouh. I am shy but I want to try. May I ? I have to submit many assignments in Goals. I am damn sure you do not know what is mean by Goals. It is a program made by USIM in the internet. All of the students must be participate in this program.

Actually, I want to talk about one of my assignments. My lecturer asked all of us to find a solution from a situation that we get from her. Every student gets different situations. DILEMMA SITUATION. We have to make a dialog that including the solution for our situation. Is it interesting for me. Hehe. Allright.

My situation is :


Would you get an abortion if you got pregnant before marriage?

Mom, dad and I are sitting together after I told them about my pregnancy.

Mom     : How come you being like this?
Me        : I am sorry, mom.
Mom     : When you started being like this?
Me         : I am not sure, mom.
Dad        : I am disappointed with you. I feel very sad. You break my heart.
Mom      : I ask you to study well and not being naughty there! Your father I give everything we have. Did our love not enough for you?
Me         : Totally enough, mom, dad. I am totally sorry.
Dad        : What is your planning after this? You have to take responsibility for what you have done.
Me         : Yes, I know about that, dad. But I do not want this baby!
Dad        : I want you to call him now !!! Tell him to come here with his family too, NOW!
Me         : Yes.

While waiting for them, I am still being scolded by my parents.

Dad        : I want to know why do you do not want that baby.
Me         : I am ashamed of having this baby.
Mom     : Oh! Now you know how be ashamed? You did not think the affect of your doing when you did that thing!
Me         : I do not know, mom.
Dad        : You make me and you mother feel disappointed, you know?
Me         : Yes, I know that.

Amir, his father, Farid and his mother, Lizah arrive at my home. They are sitting together with my family.

Dad                    : Have a sit.
Farid and Lizah : Thank you.
Dad                    : Do you know about our child doing?
Farid                  : I do not know anything and I want to know why you ask me to come here.
Mom                 : My daughter get pregnant and your son have to take responsibility towards my daughter!
Farid                  : Really? Amir, why are you being like this?
Lizah                  : I do not expect you are like this, Amir!
Mom                 : This is not the time to scold them but find the solution of this problem!
Lizah                  : Alright. What do you want from us?
Dad                    : I want your son to take responsibility for what he have done.
Me                     : Mom, dad, I do not want this baby.
Dad                    : I am not allow you to do an abortion because it is illegal in Islam, you know?
Farid                  : I think that the best way is get them married.
Me                     : I am still young!
Amir                   : Me too!
Dad                    : I think about that too. You and Amir must get married as soon as possible. Listen to me, Zaty!
Lizah and Mom : Yes. I think that is the best way.
Mom                 : Zaty , you cannot do an abortion. It is illegal. Besides that, you will be a killer and you will be haunted of that. Trust me.
Lizah                  : I am agree with your mom, Zaty.
Farid                  : I think we already find the solution of this problem.
Dad                    : Yes. It must be as soon as possible.
Lizah                  : Both of them are still studying. How to overcome this problem?
Farid                  : Let them married first. All of the expenses of my son are under me. Zaty are under her parents. Once the baby born, the expenses of the baby are my family’s responsibility.
Dad                    : Alright. Amir, you must take care of my daughter.
Mom                 : You already loved her before so you must loved her forever. Don’t you dare to hurt her and me.
Amir                   : Yes, I know it aunty. I will take good care of her. Insya-Allah.
Lizah                  : Amir,  you have to listen to Zaty’s mom and me. You do bad thing before so you must change your behavior. Please don’t hurt me and your father anymore.
Farid                  : I know both of you are still young but please take good care and be careful of what you want to do after this.
Amir and me : I will.dead


All of this dialogue must be submit here. Do you find this dialogue interesting? Ouh. I am just trying. I don't know whether it is right or wrong. I am bad in grammar. Please help me...huk...Alright. I want to stop here. Enjoy :)

Wednesday, December 7, 2011

'tak payak dok syok sgt laa..'

Assalamualaikum.

Mesti pelik kan tajuk entry ni. Okay okay. Cerita dari awal. Sekarang ni memang famous la facebook, twitter segala bagai tu kan. Tapi saya zaty decide aktif di FB sahaja. Tak payah nak perasan hot sangat sampi nak ada semua benda kan. Zaty pun tak suka sangat letak picture memanyak sangat. setakat orang tahu tu FB milik siapa sudah. Pernah masa tak letak gambar ada orang tak kenal pulak. Ingat nama je. Nanti tak dapat pulak nak carik kawan lama kan. Manala tahu diaorang nih kenal muka tapi tak ingat nama kan.

Adala sekali ni orang dok komen-komen one of my pic, 'boleh wat calon menantu ni'..zaty pun berbalas2 jela. tapi jangan salah faham pulak. Yang komen tu perempuan yer. Kawan satu tmpat tinggal. Then datangla sorang ni komen 'takpayah dok syok sangatla'. Errr...zaty cakap knpa plak tak boleh kan. Dia ckp tak boleh lah. Korang faham tak maksudnya. Err..zaty rapat la ngan dia nih.. tu yang cakap macam tu ha. Dia suka sangat buat sesuatu yang menyebabkan semua orang akan anggap saya dah 'in a relationship'.

So..by the time...memang terikatlah. Saja je tak nak orang lain pandang saya. Ouh. Kenapa? Awak nak saya jadi milik awak ke , *** ? Huh. Akui lama lama jatuh jugak hati ni kat dia. Tapi takpa lah. Tak kisah kot. Permainan dunia dan perasaan je ni kot kan. by the way...zaty dah delete dah semua gambar..haha..jadi, memang lupus lah segala komen komen itu..hahatakpelah. Kenangan lebih elok simpan dalam otak je. Diam diam sudah. Ni kalau korang rasa tak suka tak payah followla. Kadang kadang zaty citer perasaan sendiri. Kadang kadang tentang apa yang berlaku kat diri sendiri atau pengalaman orang lain. Kadang kadang saja nak berbunga bunga ayat.

Maaflah kalau tak suka. This is my own blog. Not you or others, right . :) haaa..tapi kan. Memang tak boleh lupa tau kenangan pasal gambar ni. Sebab situlah titik permulaan segalanya. Err..terlebih pulak..So far, I am not crying anymore. Alhamdulillah. I can smile. Not a fake smile. Perhaps. Zaty cuba sedaya upaya melalui segalanya seperti biasa walaupun kadang teringatingat. Ouh zaty manusia biasa saje ye. Tak mungkin dapat mengawal semuanya sekelip mata. Betul tak. 

Okay okay. Sampai sini je kot. Jum senyum selalu ^___^

I am still loving you <3

Monday, December 5, 2011

Tabahkan Aku

Assalamualaikum.

Saat ini aku betul-betul merasakan down nya diri ini. Ini hal sebenar yang berlaku pada diri aku. SEKARANG ini.Ini realiti.Aku dah seringkali menangis. Tanpa sesiapa pun tahu. Tapi kali ini memang tiada lagi air mata yang jatuh di pipiku. Mengapa? adakah aku benar-benar kekeringan airmata? Tetapi kaki tangan dan seluruh tubuhku merasakan kesejukan yang teramat. Beginilah sikap lelaki? Apabila kesunyian, keseorangan pandai mencari dan mencairkan hati wanita. Sehinggakan dia benar-benar jatuh hati, lelaki itu lari meninggalkannya. Adakah ini  adil bagi seorang perempuan yang benar-benar setia?

Adakah aku benar-benar tak layak untuk itu? Adakah aku terlalu banyak kekurangan sehingga diperlakukan sebegini sekali? Mengapa dan bagaimana aku harus lalui semua ini? Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah. Aku taktahu apa yang harus aku lakukan. Yang aku tahu hanyalah berdoa dan mengadu padamu dan aku harus melalui kehidupan aku sebagai pelajar yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir semester Januari depan. Sepanjang waktu itu mungkin aku boleh hadapi dengan memenuhkan masa dengan study tetapi adakah aku mampu bertahan ? Adakah aku dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa gangguan daripada si dia? Adakah aku mampu untuk tidak mengingatinya langsung, Ya Allah.

Ya Allah. Aku mohon kepadamu supaya ringankanlah dan tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah kerana aku tak punyai sesiapa tempat untuk mengadu. Alangkah indahnya jika kau dapat menenangkan hatiku segera Ya Allah. Tolonglah Ya Allah. Aku merayu.Aku mahukan sesuatu, Ya Allah. Aku mahukan dia sedar apa yang dia lakukan terhadap aku. Aku mahukan dia tahu bahawa dia telah menyakitiku. Aku mahukan dia merasakan apa yang aku rasakan, Ya Allah.

Aku masih dapat mengawal air mata ku tetapi aku tak mampu mengawal hati dan perasaanku. Hatiku meronta-ronta mahukannya, Ya Allah. Sekurang-kurangnya aku mahukan dia menyedari kesilapannya dan meminta maaf kepadaku. Aku mahukan semuanya berjalan dengan baik kerana aku harus menghadapinya selama # tahun lagi disini Ya Allah. Ya Allah, izinkan aku mencintai hambaMu. Aku tahu kau telah tentukan yang terbaik untukku. Dan aku juga tahu sekarang bukan masanya.

Izinkan aku untuk tabahkan diri ini. Izinkan aku mengambil masaMu untuk menenangkan diri ini ya Allah. Izinkan aku Ya Allah. Tabahkan hati hambaMu ini. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...