Tuesday, December 27, 2011

Gugurnya mutiara...

Assalamualaikum.

Apa jua masalah pasti ada punca. Pasti ada jawapan. Segalanya terungkai. Bukan mudah merungkainya. namun kau yang mempermudahkannya. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku kesempatan dan menggerakkan hati ini untuk meleraikannya. Sudah aku duga begitulah ia. Sedangkan tangan kaki orang kita tak mampu kawal apatah lagi jari jemari dan mulut yang bebas meratah dunia. Tidak aku sangka ia sebegitu, Ya Allah. Ibarat menikam bukan dari belakang malah ibarat menusuk dari hadapan mata. Seusai tertusuk pasti ia ada bekasnya. Sekali terungkai selamanya beringat. Bukan pintaku dibelai. Bukan pintaku dimanja.

Persefahaman yang aku pinta. Bukan mudah memahami kanan dan kiri namun tak perlu meludah di tepian pagar mahupun longkang pasti ada yang melihatnya. Jika kau mengharapkan aku hilang hadirkan dirimu perkatakan itu. Ya Allah. Inikah dinamakan masalah tak mengira usia dan sangat pelbagai ibarat genre novel. Pelbagai benar jenisnya. Bukan aku berpura. Bukan juga aku bertopeng. Hanya Allah mampu menilainya namun aku tahu hatiku benar memberikannya tanpa mengharapkan balasan. Itukah yang kau mampu fikirkan? Bukan aku ingin mengatamu kolot namun aku terduduk mengeluarkan air jernih dari mataku. Kekecewaan.

Tidak ternilai harga air mataku untukmu. Aku menyayangimu. Namun hanya sebakul pil yang kau berikan untuk aku telan. Tidak terasa pahitnya kerna airmata aku berhabis untukmu. Aku perhabiskan masa bergembira meniti hari sedangkan hakikatnya di sebalik tabir diriku ada yang mengisi kekosongan bakul itu dengan pelbagai pil yang sungguh pahit. Tidakkah kau terasa paranoid. Aku meneliti pelangi kau hanya terbayang untuk memusnahkannya dengan hanya simbahan asid terhadapku. terasa perit dan menderita selamanya.

Mengapa sukar untuk difahami. hati bukan senang dirungkai dengan kata-kata namun itulah manusia yang diberikan Allah sebijak akal untuk kita semua supaya berfikir lantas malaksanakannya dengan sebaiknya. Akal dan hatiku mengatakan tak mengapa itu hanya ujian Allah. Akan aku pertabahkan diri. Jika aku terlalu hina, perbetulkanlah hambaMu ini Ya Allah. Semoga aku menjadi yang lebih baik dan berikanlah cahaya kepadanya agar kami bersama-sama menuju ke arahMu, Ya Allah. Aku mencuba membalas madu bukan berbalas peria. Insya-Allah. Izinkan aku menangis.

syukran, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...