Tuesday, May 15, 2012

3 bulan pemergian atok .

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya tidak sedar langsung hari ini 15 hb dan ini menunjukkan 3 bulan atok pergi. Tiba-tiba perasaan rindu menggamit sanubari. Tidak dapat dinafikan air mata serasa mahu mengalir sederas-derasnya mengenangkan atok. Namun hanya mampu memberikan doa dan al-fatihah. Tiada apa yang dapat zaty beri selain itu. Sedar tak sedar semasa awal semester hari itu dan baru beberapa hari atok meninggalkan zaty, zaty baru perasan yang zaty ada print gambar zaty dengan ayah tapi ada terselit atok di tepi ayah. Gambar tu memang zaty letak dalam fail subjek Calculus sebab fail tu tak mudah terkeluar kertasnya. Setiap kali membuka fail nampak gambar tu.

Zaty merasakan kehadiran atok disisi zaty walaupun pada hakikatnya atok dah lama meninggalkan kami di sini. Gambar tu atok senyum dan gambar tu masa kita raya tahun 2010. Atok berbaju melayu warna hitam. Atok, tahun ni kali pertama zaty beraya tanpa atok. Zaty tak dapat lagi duit raya daripada atok. Zaty tak dapat lagi salam tangan atok. Entah bila agaknya zaty salam tangan atok buat kali terakhir ya? Zaty jarang balik kampung sebab zaty sibuk masa semester 1 tetapi zaty cuma balik masa nenek sakit. Namun, pemergian atok yang tidak disangka-sangka memang membuat hati ni tersentap pilu. Masa kan tidak, nenek yang sakit tetapi atok yang meninggalkan kami. Ya Allah.

Terkenang dan terimbau saat zaty kanak-kanak. Setiba di simpang masuk ke rumah atok, tengok dulu kalau-kalau atok ada di kebun depan rumah dan jika ada zaty dengan syafiq turun kejar atok. Bukan tolong atok menanam pun, tolong pijak tanah je saje-saje kacau atok kan. Zaty ingat zaty pernah petik pucuk ubi dengan atok. Rupa-rupanya pucuk ubi tu sedap. Dah besar baru tahu nak makan. Masa zaman kanak-kanak sayur bunag tepi pinggan je. Hm. Zaty teringat jugak zaty dengan sepupu lain, eka, yana, anis, semua main bakar daun kering belakang rumah. Ada dusun. Kadang-kadang kitorang panjat pokok manggis tu sebab geram.

Zaty ingat lagi bila petang-petang atok pergi ngeteh dengan kawan-kawan atok kat kedai situ je tapi nanti bila dah nak magrib atok balik, zaty dengan syafiq tunggu atok lepas tu kejar atok. Kadang-kadang tunggu atok kat jambatan depan rumah lepas tu naik moto sekali. Atok mesti belikan jajan untuk zaty dengan syafiq dan jajan tu mesti sama rata sama banyak. Malam-malam zaty, syafiq dengan atok tido sama-sama kan. Kita tengok tv sampai tertido. Kadang-kadang bila zaty tersedar zaty nak tutup atok tak bg sebab atok nak tgk tv lg. Atok, sekarang zaty tak boleh rasa lagi semua tu. Zaty pun ingat, walaupun zaty dah besar, atok tetap buatkan air milo ke kopi ke apa-apa untuk makan dengan biskut kan. Patutnya zaty yang buatkan untuk atok. Kalau baru je sampai kampung, ada je makanan yang atok buatkan dan keluarkan.

Kadang-kadang ubi, mee goreng, pisang goreng, jemput-jemput pisang, macam-macam lagi kan atok. Zaty rindu semua hasil tangan atok. Entah apa khabar dusun-dusun atok kat kampung tu. Zaty tak mampu mengawal hati ini daripada menahan air mata ini dari tidak mengalir. Terasa sendu dan pahit di tekak kerana mencuba menahan tangisan. Sekiranya tak dikawal pasti meraung jadinya. Itu zaty nak elakkan. Itu seperti tidak reda atas takdir Allah. Tahan. Terlalu banyak kenangan manis bersama atok. Hendak diperkata satu persatu serasa letih tangan menaip ini namun sayang zaty kepada atok tetap zaty gagah menaip seboleh mungkin.

Atok, atok sempat pergi ke tempat zaty belajar kan. Atok sempat masuk jugak tempat asrama zaty kat usim ni kan. Masa tu pun atok dah lain je sebenarnya. Diam je tak banyak cakap. Ya Allah. Tabahkan hati ini. Atok juga sangat menghargai apa juga pemberian orang kan. Ayah bagi atok jam, kasut, handphone dan macam-macam dan zaty nampak atok sangat menjaga semua itu. Atok basuh kasut tu siap jemur atas bumbung rumah lagi, simpan dalam kotak kalau tak guna. Jam tangan tu pun cantik lagi bila ayah amik balik bila atok dah tiada. Zaty tak boleh lupa saat-saat bersama atok. Zaty tak boleh lupa dari saat awal pagi zaty mengetahui berita tentang atok. Zaty juga masih teringat saat zaty mengemas bilik atok. Terasa luluh jantung ini. Jika  tak mampu dikawal serasa mampu pengsan lemah longlai badan ni.

Namun zaty tetap gagah. Menelan pahit. Ini kali kedua zaty kehilangan ahli keluarga selepas kehilangan sepupu. Namun pada waktu dahulu zaty tidak merasa apa-apa sebab masih kecil. Pemergian atok ini kali pertama zaty rasa betapa sukarnya menelan kepahiran kehilangan orang tersayang. Tiada galang gantinya. Atok atok yang terbaik. Segalanya masih segar dalam ingatan. Namun zaty hanya mampu memberikan hadiah doa sahaja. Semoga atok tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ingatan sayang dari cucumu Nur Izzaty , Nur Syafiq dan Muhamad Syahir Amsyar. Ibu ayah semua rindu atok. Kami akan meneruskan kehidupan ini seperti biasa. Doa dari kami insyaallah sentiasa bersama atok. Aamiin.

Mohon pembaca juga sedekahkan Al-fatihah kepada atok, Kiman. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Insyaallah. Terima kasih.

AL-FATIHAH
ZATY RINDU ATOK

IMYSM


Friday, May 11, 2012

Bukit Broga & Sg Tekala bersama rakan sekuliah .

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah terlambat untuk update tentang ni sebab kami pergi ke Broga Hill dan Sungai Tekala pada 1 mei 2012 bersamaan hari Selasa. Ambil masa untuk mengumpulkan semua gambar semasa berada disana. Zaty akan cerita secara detail dan tersusun. Cuba. Kami sekuliah iaitu 43 orang tetapi 4 orang tidak dapat bersama kami. Namun, ada tiga orang lagi yang masuk, iaitu mereka yang telah tukar program. Jadi semuanya 42 orang. Kami berkonvoi sebanyak 8 buah kereta yang diketuai oleh zaty sendiri diikuti oleh kereta nasri > diyanah > ikhwan > shahir > faezah > faezi > shafiq . Sebenarnya saya pun lupa susunan kereta ni tapi yang pasti last sekali shafiq lah sebab semasa memandu tengok kereta yang terakhir sekali untuk memastikan semuanya ada dan tiada yang tertinggal. Okay kereta first tu yang warna jingga tu saya yang drive. Comel kan kereta tu. Kereta pinjam *kereta ayah je. Belum kerja mana mampu nak beli , belajar pun belum habis. Kereta lain-lain tu kereta sahabat dan zaty tak sempat utk mengambil gambar kereta lagi satu, kereta Avanza dipandu shafiq.


Malam sebelum hari itu, kami membahagikan tugas. Ada yang membuat sandwich, ada yang perap ayam untuk bbq kat sungai tekala dan ada yang tanak nasi. Okey. Cukup. Semua ada kerja. Adil dan saksama. Tapi sebelum dan sebelum itu, zaty bersama teman tersayang, Asilah, Asnee, Yun dan Yani bershopping membeli semua barang. Sehari suntuk membeli belah dari pagi sehingga 3 ptg. Jam 3 ptg hari Ahad,  29hb April kami pergi ke rumah sahabat lain untuk menumpang dapur rumahnya utk membuat air gula, puding dsb. Banyak yang kami lakukan. Seronok sangat-sangat. Semuanya tersiap sedia dari awal. Tak sabar nak pergi sedangkan Isnin tu ada kelas dari pagi sampai ke malam. Agak kelam kabut jugalah untuk menyusun jadual apa yang perlu dilakukan sebab hari Isnin tersebut kami mempunyai kelas. Penuh.

Tak mengapalah. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Seterusnya, pada malam membuat sandwich, Isnin malam, teman-teman paksa saya tidur sebab saya kene drive awal pagi. Mula-mula susah betul nak lelap mata sebab mereka sibuk buat kerja zaty pula tidur. Huhu. Tapi tidur juga akhirnya. Jam 3 pagi cik Asnee saya kejut, bangun zaty bangun. Okay. Mandi. Blablabla. Kami berkumpul sekitar jam 3.30 pagi namun biasalah awal pagi masing-masing sukar untuk membuka mata yang tertutup menikmati mimpi-mimpi indah. Jam 4.30 pagi kami mula bertolak ke Broga. Alhamdulillah mata zaty segar bugar memandu. Wajib segar sebab zaty yang mengetuai konvoi ni. Jika tersalah jalan nanti kesian mereka semua. Dahla ramai. Membazir minyak kalau sesat. Alhamdulillah semuanya lancar. Zaty memang tahu jalan kesana sebab ada saudara tinggal di Semenyih. :)

Mula mendaki awal pagi :)

Jika saya tidak silap, kami tiba di kaki Broga dalam jam 5.30pagi. Kami terus memulakan perjalanan mendaki bukit seawal itu. Baru sedikit dah semput. rehat kejap. Mula-mula kami sekumpulan beramai-ramai. Lama-kelamaan semakin berpecah dan hilang. Pada awalnya, sahabat lelaki mengetuai hiking di hadapan dan juga dijaga di belakang sekali. Namun pada pertengahan, kami dah berpecah. Ada juga yang cramp. Tapi itu adatlah. tak mengapa, zaty terus mendaki. Mula-mula dengan teman-teman tercinta tetapi Yun, Yani, Asilah hilang dah. Zaty mendaki bersama Jihan. Lepas tu hilang. Terjumpa Alyn, Eiffah, Akasyah, Nabihah pulak. Zaty kira orang last2 juga antara kami. Sebab tu mereka dah rehat dulu. hehe. Zaty nak naik lagi, Eiffah pulak yang teman. Akan tetapi, tiba satu tempat yang sangat curam. Ya Allah. kalau aku jatuh entah aku selamat atau patah riuk badan.

Semakin tinggi semakin ramai zaty nampak. Ramai sangat orang yang mendaki cuti-cuti ni kan. Semasa sedang mencuba mendaki bukit yang curam sangat tu, nafas rasa tersekat gara-gara terlalu penat. Terasa lemah lutut dan seluruh badan tapi tinggal lagi beberpa langkah sahaja. Selepas dari bukit curam tu, berdiri pun terasa nak melayang tetapi Aliya sempat sambut. Pening sangat. Okay tu lah siapa suruh tak bersukan. Hehe. Tak mengapa. Cuba lihat jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Solat SUBUH! Mendaki lagi mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Tiba-tiba terlihat sekumpulan muslimin muslimat berjemaah. Ambil peluang untuk turut serta. Alhamdulillah. Selesai.

Pejam celik rupa-rupanya dah cerah. Tak sempat melihat matahari terbit. Namun sedikit pun tidak rugi apabila menjejakkan kaki di sini. Sungguh indah ciptaan Allah. Apatah lagi semasa masih gelapp tadi, terdangat cantik pemandangan beserta lampu-lampu buatan manusia yang tersusun. Indahnya. SUBHANALLAH. Lihatlah. Cantikkan?






Masing-masing dah berpecah maka beruntunglah kepada mereka yang membawa naik sandwich bersamanya. Hehe. Namun zaty sendiri pun lambat sikit dapat makan. Ramai jugak berkumpul kat puncak bukit Broga ni walaupun ada segelintir yang tak dapat bersama hingga ke atas tetapi tidak mengapa. Masih banyak masa untuk kota bersama lagi selepas ini. Insyaallah. Jam 7.30 pagi bermula untuk turun semula. Perjalanan diteruskan ke Sungai Tekala. Haa masa nak turun teringat tempat yang curam tadi. eh eh macam mana nak turun ni.

curam sangat!

jalan lagi satu bersebelahan dgn yg atas tu *curam jugak
Teruskan. Teruskan. Berusaha. Seteleh terpeleset, berjaya jugak zaty turun. Tangan agak pedih ye sebab terseret semama nak turun tu. Selepas itu luka pulak mungkin sebab terkena lalang. Mungkinlah. Ingatkan biasa-biasa tapi tak berhenti pulak. Lama sikit baru berhenti darah tu. Masa nak turun sakit pulak kaki sebab rasa kuku mencengkam jari dan susah nak berhenti. Accelerate! Sebab curam. Tak boleh nak kawal sangat. Turun cepat sikit sampai dari masa naik tadi. Fuhhh. Sebelum turun, sempat jugak bergambar bersama rakan sekuliah. Ada yang tiada dalam gambar ni sebab tersekat kat bawah. hehe.





Lokasi seterusnya ialah Sungai Tekala. Sekali lagi mengetuai konvoi beramai-ramai ni. Best sangat. Kali pertama mengetuai konvoi macam ni. Drive sendiri. Biasa dengan family je kan. Setiba di Sungai Tekala :



Kami disambut oleh monyet-monyet yang ada di situ :



Bayaran masuk RM1 seorang. Terima kasih, kawan sebab bawak ayam-ayam tu. Mesti berat kan sebab byk ekor ayam. Terima kasih bebanyak, Ikhwan & Aizudin :



Mencari lokasi untuk bersantai dan merehatkan badan. Tiba je terus set up semua. Yun, Asilah, Yani & Asnee buat air. Zaty duk diam je sebab hilang mood sikit bila tiba situ. Penat kot nak jaga 7 kereta kat belakang tadi tu. Ramai kan. Biasalah. Hehe. Tapi sangat seronok. Jejaka-jejaka mula membuat bara :



Setelah mengipas-ngipas guna macam-macam benda yang boleh dibuat kipas akhirnya berjaya menghidupkan api membara yang tak membara sangat ni :



Tangan siapa tah ni zaty tak tahu. Terima kasih sebab sudi bakarkan untuk kami :



Selepas itu, bergilir-gilir lah. Zaty dah hilang dah. Pergi mandi. Seronok. Sejuk sangat airnya. aduh. Ada pacat. terus naik duduk atas batu je. Geli. Err. Pastu naik , makan. Tolong mereka membakar ayam. Tolong tengok je. Takdelah. Tolong teman lah kot namanya, hehe. Sekitar pemandangan Sungai tekala :





Subhanallah. Sungguh indah ciptaan Allah. Cantik sangat kan. Perjalanan hari itu sangat seronok. Terasa nak pergi lagi walaupun sakit badan berhari-hari. Ada juga yang tak nak pergi Broga lagi sebab takut dan ada juga yang seronok nak pergi lagi termasuk zaty lah :) . Enjoy sangat. Tak terkata. Terima kasih kawan-kawan sebab bagi zaty kenangan manis. Mesti kenangan ni kita akan ingat masa akan datang. Kita akan terkenang peristiwa lampau pabila kita berada pada waktu sekarang. Begitulah akan datang. Semoga kita dapat mengaturkan pelbagai program lagi bersama-sama. Insyaallah.

Selesai semua. Jam 2 petang jika zaty tidak silap kami bergerak pulang namun tak semua terus pulang ke hostel. Beberapa kereta lain menuju destinasi lain untuk meneruskan keseronokan di tempat lain. Tak tahu la kemana. Lepas tu bukan tanggungjawab zaty nak tahu. hehe. Zaty terus balik. Serius ngantuk dan letih sangat. Haa comel juga rupanya kereta zaty kat atas jalan raya ni kan. Hehe. Syg ayah sebab percaya anak ayah ni. Love you ayah.


Bersurai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tiada yang tercedera atau pun apa-apa. Bersyukur. Allah permudahkan segalanya. Hanya mampu tersenyum pabila terkenang kenangan ini. Terima kasih sekali lagi, kawan-kawan.

p/s : Terima kasih berjuta-juta kepada teman sekereta, Yun, Asilah, Asnee dan Yani kerana sentiasa sudi menemani di kala susah senang. Sayang sesangat kat korang. <3

Kami  pelajar Applied Physics 1st Year 11/12 (ada yang tak turut serta) :

| Akasyah | Nabihah | Zulazlin | Arifah | Faezah | Azween | Izzati Fatimah | Izzaty Rahim | Nasri | Diyanah | Intan Sharaini | Asnee | Asilah | Nabilah | Eliani | Faezi | Azrien | Kuza | Ezati | Shairah | Marhamah | Jiha |   Farah | Wani | Syahir | Najla | Hanis | Hazirah | Hajar | Asyiqin | Nik | Ieyza | Quraisya | Syawaliah | Umai | Radin | Shafiq | Ikhwan | Nazry | Jihan | Aliya Fatin | Rafaa | Yati |

Teman dari program lain yang turut serta :

| Riza | Aizzudin | Diba


Segala kekurangan dan kesilapan zaty mohon maaf. Mungkin tanpa sedar atau tidak sengaja. Harap dimaafkan andai ada yang terguris hati. Semoga persahabatan kita diredai Allah. Insyaallah.

Wednesday, May 9, 2012

Somebody that I used to know.

Assalamualaikum wbt.

Title : Somebody that I used to know
By Gotye

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

[Kimbra:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

[Gotye:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though

Now you're just somebody that I used to know



Listen this song here ;)

I've fall in love with this song  since the first time hearing it. This lyrics 90% suitable for him. Just imagine I give this song for him not Gotye. I am really like this part :
I don't need even need your love but you treat me like a stranger and I feel so rough. Touched. Sad too. Maybe. I couldn't tell either I am angry or sad when he comes to my mind. It makes me fluster and troubled. Argh. Its okay. I should think other things that's better for me to catch up on. I can't holding onto something that only give crucial time for me. Feelings is something that we couldn't fixed it in a short time and we can't expected it to go on smoothly every time. Sometimes it could make someone felt down and give up on something. I have Allah in my live. I must depend on Him. HE knows everything and I should follow his way to get the barakah. InsyaAllah. Allah will always help me. I know I can't give up just because one thing and I should wake up to grab million chance to success. The only one thing shouldn't be the reason why we must felt down. Wake up, dear! Insyaallah! 

Sunday, May 6, 2012

Bukan senang melepaskan.

Assalamualaikum wbt.

Entah mengapa hati ini kurasa sayu. Hendak kualirkan air mata tiada gunanya. Hendak ku tahan terasa pahit di tekak sesak di dada. Aku memandang sayu pemandangan luar penuh dengan tanda tanya apakah yang berlaku di luar sana. Apakah mereka sepertiku merasa masalah menimpa-nimpa. Semestinya aku mampu menjawab mereka juga punya masalah tersendiri yang tidak perlu semua orang tahu akan apa yang berlaku terhadap orang lain. mereka juga punya privasi tersendiri. Ouh. Mengapakah duhai hati kau bermuram begini. Aku mampu tersenyum tatkala suasana dan tiupan angin menerpa di pipi. Mengelus lembut pipi dan hatiku yang gundah gulana.

Mungkinkan aku teringat kehadiran sesuatu itu. Mungkinkah aku teringat kisah remajaku, kisah kanak-kanakku yang membuatkan perasaan rindu itu menerpa segelinap ruang hati yang kecil ini. Walaupun hati ini kecil namun mampu membuat hidup dan fikiran ini jauh melayang dan kadangkala gagal untuk dikawal. betapa sukarnya mengawal hati ini. Hendak ditanya mengapa kau begini tiada gunanya. Aku tahu tiada guna menyimpan pemilik cinta itu kerna tiada kemanisan yang bakal aku dapat jika aku mengejarnya malah pahit yang bakal aku rasa. Adakah itu adil bagi aku yang rela memberi dibalas pahit menyeendiri. Tidak dia fikir hati ini hanya fikir kehendak diri memuaskan hatinya sendiri.

Tak mengapa duhai hati kelak dia yang memakan diri sendiri kau carilah bahagia yang sentiasa menanti. jangan dipersoal takdir ini kelak hilang hikmah yang bakal Allah beri. Bersabarlah. Hendak aku capai bunga-bungaan beserta dedaun yang sunggug menarik itu namun aku takut tercapai durinya. Hendak aku gapai bintang itu tapi terasa terlalu jauh untuk disentuh. Lalu aku mengambil keputusan biarlah mereka datang sendiri kepadaku. Mungkin bunga yang cantik mekar itu akan berterbangan datang disisiku tatkala aku lena menikmati tiduku. Walaupun aku masih terbuai dengan kemanisan dan kepahitan saat bersama itu, aku masih mengharapkan sinar baru datang menerpa secepatnya agar kisah itu dapat aku lenyapkan walaupun bertahun lama mungkin aku kira untuk melepaskan.

Aku menyendiri melihat sekeliling. Aku percaya semua sibuk melakukan hal tersendiri namun pasti terselit seseorang mahupun beberapa yang memerhati dari jauh kelibatku. Apa yang sedang aku lakukan. Begitulah kehidupan. Tatkala aku memerhati bulan orang lain sibuk bergembira dan ada juga yang sedang menangis. Jika aku mampu mendengar luahan semua manusia pasti aku lebih tabah kerna pasti mereka punya masalah lebih besar dariku. Namun apakan daya aku hanya mampu mendengar luahan hati sendiri. Memerhati kegelapan malam bersama sinar bintang dan bulan yang indah ciptaan Allah, mampu membuat hatiku runtun. Mengingatkan aku apakah yang sedang keluarga aku lakukan. Apakah yang sedang mereka lakukan saat aku bersedih mengingati apa yang mereka lakukan.

Tidak adil. Namun aku mencuba melangkah seperti biasa walaupun di hati waktu itu basah dipenuhi air mata yang tidak mampu berlinang lagi kerna letih mengeluarkkannya dari mata. Teman bergembira. Aku bergembira. Namun di hatiku tersimpan kesedihan yang aku tidak akan luahkan sentiasa. Ia tersemat di hati. Selalu. Namun aku tetap tersenyum membahagiakan rakanku. seperti lemah aku rasa jika aku bermuram durja. Aku rela begini. Mendiamkan diri hanya terluah sekali sekala pabila hati itu tidak dapat menampung kesedihan itu.

Caraku seperti gembira. Caraku seperti rela. Caraku seperti tidak apa-apa. Namun fikiranku sentiasa memikirkan itu. Akan tetapi aku harus melwan semua itu. Kerna ada yang lebih penting dari itu sedang menunggu. Jangan dilayan hati yang mengajak aku bersedih itu, hati! Ingat! Aku seperti menelan ubat sentiasa. Yang tidak akan pernah habis. Apakah ubatnya. Aku fikir ubat itu akan datang beberapa tahun lagi. Namun dalam tempoh itu aku harus menelan kepahitan ubat itu beribu berjuta kali dan semakin lama semakin pahit fikirku. Pastinya ada lagi yang bakal menerpa fikiran dan hatiku. Namun aku harus terus tabah. Aku terus tersenyum kepada mereka yang mengguris hati dan perasaanku.

Aku mencuba membuat mereka bahagia walaupun hatiku jauh terluka. Aku tidak rela menjadi musuh. Oleh itu aku terpaksa merelakan hatiku disakiti untuk kebahagiaan mereka. Ouh. betapa sukarnya membiasakan ini. Tidak mengapa. Tidak mengapa. Kata mulutku. Tidak boleh, tidak boleh, aku menyayanginya, kata hatiku pula dalam masa yang sama. Aku harap ini semua cepat berlalu. Agar tiada siapa yang bakal terluka dengan mendalamnya. Tidak aku harapkan belas kasihan namun penghargaan serta ucapan terima kasih dan permintaan maaf kepadaku secara bersungguh-sungguh itu yang aku pinta. Janjimu yang aku tuntut. Tepuk dada tanyalah hati dan akal apakah janjimu.

Aku hanya mampu tersenyum jika kau bertanya kepadaku. Tersekat segalanya  di kerongkongku ini. Terasa tertelan ubat sebesar ibu jari. Sukarnya, Ya Allah. Ya Allah bantulah hambamu mengukir senyuman seikhlas hati dan melupakan semua yang berlaku itu. Izinkan hambaMu ini mendekatiMu untuk mendapat kasih sayangMu. Biarkan yang berlalu itu berlalu. Yang baru itu denganMu. Insyaallah. Tetapkan hatiku agar ku melepaskannya.

Friday, May 4, 2012

Mulut lebih tajam dari pedang ?

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Alhamdulillah sihat-sihat shaja kan semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna Allah masih memberi kita kesempatan untuk menghirup udara Allah dengan percuma tanpa bayaran walau sesen pun. Pernah terfikir? mungkin pernah terfikir tapi kadang-kadang manusia alpa dengan kenikmatan sehingga kenikmatan itu ditarik balik dan didatangkan dengan bala. Saai itulah baru tersedar dari khayalan. Oh ya, mulut juga anggota yang Allah beri untuk setiap manusia dan makhluk Allah yang lain. Sungguh sempurna. Mulut untuk bercakap dan juga makan minum. Tanpanya, entah bagaimana kita mahu meneruskan hidup kita. Sungguh indah. Subhanallah!

Pertama sekali, kita hari hari menggunakan mulut kita untuk bercakap kan. Kadang-kadang kita tak sedar apa pun yang kita perkatakan sehingga orang memperkata balik barulah kita tersedar kan. Kadang-kadang hanya dengan satu patah perkataan sahaja mampu membuat orang berkecil hati sampai tak nak kawan lagi dah. Kanak-kanak pun reti kecil hati dan merajuk tau. "tak nak kawan". Ingat kembali zaman kanak-kanak memang lucu bukan? Seronok sangat. Semua orang membuat kesilapan namun kita sebagai manusia yang bertanggungjawab memang seharusnya me'minimize'kan kita punya kesalahan dan me'maximize'kan kita punya usaha dalam apa jua perkara.

Kita sedaya upaya mencuba menjaga hati orang. Ada perkara yang nampak ketidaksengajaan itu dan ada juga yang jelas kelihatan sengajanya itu. Sangat dapat dibezakan. Pada mulanya seorang bangun menuding jari pada di sana. yang di sana bangun menoleh bertanya kenapa di sini menjawab kau salah. Dalam sesetengah perkara yang pertama mungkin benar, untuk menegur. Dalam sesetengah perkara yang pertama itulah salah sebab menjadi batu api tanpa usul periksa menuduh melulu dengan sikap bongkaknya dan bangganya mengumumkan dia lah yang benar sedangkan dia senang menegakkan benang yang basah. Mungkin sesetengah mendengar pihak 1 dan tidak mendengar dari pihak 2 dan menyokong pihak 1. Orang yang berada di pihak 2 menyokong pihak 2 namun kebenaran tetap telah termaktub cuma ia belum di'reveal'kan lagi sahaja.

Menunggu masa sahaja. Tidak mengapa diam itu kan lebih baik. Hanya kerana kata-kata dari bibir sahaj mampu mebuat sesiapapun berbalah. idak kira kanak-kanak ramaja dan juga dewasa. Sedangkan adik beradik yang serumah seringkal bergaduh, pekerja, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lari dari berbalah namun yang membezakannya ialah tahap perbalahan tersebut. Mungkin ianya pada peringkat pertama namun ada juga yang kritikal sehingga wajib ke ICU. Ouh. Teruknya. Kerana kata-kata juga manusia seringkali termakan kata-kata orang yang tidak sepatutnya itu. YA ALLAH. terlalu banyak sebab musabab dan kesan kata-kata ini. Tidak dapat hendak dikategorikannya!

Gara-gara lelaki itu mengayat sedikit cairlah perempuan itu. Hebatnya kata-kata. Kerana penculik itu memberi kata manis kepada kanak-kanak itu, berjayalah dia menculik kanak-kanak tersebut. Kerana perempuan itu berjaya menghasu bahawa suaminya curang, berbalahlah keluarga tersebut sedangkan cerita itu palsu belaka. Kerana kawan berjaya memberi kata-kata semangat dan nasihat, maka bangunlah si sahabat mendirikan diri sendiri dari terus jatuh. Betapa hebatnya kuasa kata-kata ini lebih-lebih lagi diberikan dari orang yang tersayang. Jika disalahgunakan, maka lain jugalah yang bakal berlaku. Kata-kata digunakan untuk penyampaian kebaikan dan juga untuk kejahatan seperti menghasut dan hasad dengki. Ya Allah, jauhkanlah golongan mukmin dari sikap keji ini.

Entah bagaimana hendak dipraktikkan dalam kalangan manusia yang terlalu ramai ini. Mustahil bagi seorang guru berjaya menjaga hati anak muridnya yang beratus-ratus. Tetapi tidak mustahil untuk ramai-ramai itu berjaya memujuk hati seorang guru. Begitu juga mustahil seorang kawan berjaya menjaga hati semua kawannya. Masing masing punyai masalah tersendiri dan sikap tersendiri. Kita sendiri yang perlu atasi namun orang lain masih punyai tanggungjawab untuk menjaga hati orang lain sedaya mampu. Tak perlu memujuk dengan bunga berkuntum-kuntum, hanya dengan adab berkata-kata serta ayat yang digunakan, mampu membeli hati seseorang. HEBAT! ALHAMDULILLAH!

Namun, kita sebagai manusia berakal haruslah berfikir sebelum berkata-kata kelak memakan diri sendiri. Kata-kata nampak mudah , perbualan nampak senang namun tersilap bicara mampu mengguris hati seseorang ataupun banyak pihak. Boyfriend girlfriend kawan kawan tunang suami isteri guru pensayarah pelajar pekerja kanak kanak semua mampu bercakap namun semuanya bergantung kepada cara percakapan dan isi percakapan itu. Kadangkala perbualan sesama rakan mampu menceriakan hati saat keluarga jauh dari sisi kta seperti pelajar (mcm sy,hehe). Kadangkala ada juga terselit sesuatu yang mengecilkan hati namun itu perkara biasa. Tetapi jika perkara besar dihangatkan lagi dengan batu api memang bertambah besarlah nyalaan api itu.

Tidakkan yang lain seharusnya berfikir apa akibat dia memperkata dan menjadi batu api dalam kalangan api yang sememangnya sudah marak itu. Ouh. Salah. Berfikir dahululah sayang. Jangan main tuding jari sahaja sedangkan diri sendiri tidak tahu menahu tentang apa-apa. Semua orang mampu berkata-kata. Namun tak semua orang mampu menerima apa yang diperkata walaupun ia benar. Mohon maaf jika cara penyampaian ini tampak kasar. Tidak pandai hendak bermadah dalam perkara ini. Ampun maaf sekali lagi andai terguris hati. Sekian. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Credit

#Al-fatihah untuk atok, Kiman bin Sabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...