Friday, May 11, 2012

Bukit Broga & Sg Tekala bersama rakan sekuliah .

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah terlambat untuk update tentang ni sebab kami pergi ke Broga Hill dan Sungai Tekala pada 1 mei 2012 bersamaan hari Selasa. Ambil masa untuk mengumpulkan semua gambar semasa berada disana. Zaty akan cerita secara detail dan tersusun. Cuba. Kami sekuliah iaitu 43 orang tetapi 4 orang tidak dapat bersama kami. Namun, ada tiga orang lagi yang masuk, iaitu mereka yang telah tukar program. Jadi semuanya 42 orang. Kami berkonvoi sebanyak 8 buah kereta yang diketuai oleh zaty sendiri diikuti oleh kereta nasri > diyanah > ikhwan > shahir > faezah > faezi > shafiq . Sebenarnya saya pun lupa susunan kereta ni tapi yang pasti last sekali shafiq lah sebab semasa memandu tengok kereta yang terakhir sekali untuk memastikan semuanya ada dan tiada yang tertinggal. Okay kereta first tu yang warna jingga tu saya yang drive. Comel kan kereta tu. Kereta pinjam *kereta ayah je. Belum kerja mana mampu nak beli , belajar pun belum habis. Kereta lain-lain tu kereta sahabat dan zaty tak sempat utk mengambil gambar kereta lagi satu, kereta Avanza dipandu shafiq.


Malam sebelum hari itu, kami membahagikan tugas. Ada yang membuat sandwich, ada yang perap ayam untuk bbq kat sungai tekala dan ada yang tanak nasi. Okey. Cukup. Semua ada kerja. Adil dan saksama. Tapi sebelum dan sebelum itu, zaty bersama teman tersayang, Asilah, Asnee, Yun dan Yani bershopping membeli semua barang. Sehari suntuk membeli belah dari pagi sehingga 3 ptg. Jam 3 ptg hari Ahad,  29hb April kami pergi ke rumah sahabat lain untuk menumpang dapur rumahnya utk membuat air gula, puding dsb. Banyak yang kami lakukan. Seronok sangat-sangat. Semuanya tersiap sedia dari awal. Tak sabar nak pergi sedangkan Isnin tu ada kelas dari pagi sampai ke malam. Agak kelam kabut jugalah untuk menyusun jadual apa yang perlu dilakukan sebab hari Isnin tersebut kami mempunyai kelas. Penuh.

Tak mengapalah. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Seterusnya, pada malam membuat sandwich, Isnin malam, teman-teman paksa saya tidur sebab saya kene drive awal pagi. Mula-mula susah betul nak lelap mata sebab mereka sibuk buat kerja zaty pula tidur. Huhu. Tapi tidur juga akhirnya. Jam 3 pagi cik Asnee saya kejut, bangun zaty bangun. Okay. Mandi. Blablabla. Kami berkumpul sekitar jam 3.30 pagi namun biasalah awal pagi masing-masing sukar untuk membuka mata yang tertutup menikmati mimpi-mimpi indah. Jam 4.30 pagi kami mula bertolak ke Broga. Alhamdulillah mata zaty segar bugar memandu. Wajib segar sebab zaty yang mengetuai konvoi ni. Jika tersalah jalan nanti kesian mereka semua. Dahla ramai. Membazir minyak kalau sesat. Alhamdulillah semuanya lancar. Zaty memang tahu jalan kesana sebab ada saudara tinggal di Semenyih. :)

Mula mendaki awal pagi :)

Jika saya tidak silap, kami tiba di kaki Broga dalam jam 5.30pagi. Kami terus memulakan perjalanan mendaki bukit seawal itu. Baru sedikit dah semput. rehat kejap. Mula-mula kami sekumpulan beramai-ramai. Lama-kelamaan semakin berpecah dan hilang. Pada awalnya, sahabat lelaki mengetuai hiking di hadapan dan juga dijaga di belakang sekali. Namun pada pertengahan, kami dah berpecah. Ada juga yang cramp. Tapi itu adatlah. tak mengapa, zaty terus mendaki. Mula-mula dengan teman-teman tercinta tetapi Yun, Yani, Asilah hilang dah. Zaty mendaki bersama Jihan. Lepas tu hilang. Terjumpa Alyn, Eiffah, Akasyah, Nabihah pulak. Zaty kira orang last2 juga antara kami. Sebab tu mereka dah rehat dulu. hehe. Zaty nak naik lagi, Eiffah pulak yang teman. Akan tetapi, tiba satu tempat yang sangat curam. Ya Allah. kalau aku jatuh entah aku selamat atau patah riuk badan.

Semakin tinggi semakin ramai zaty nampak. Ramai sangat orang yang mendaki cuti-cuti ni kan. Semasa sedang mencuba mendaki bukit yang curam sangat tu, nafas rasa tersekat gara-gara terlalu penat. Terasa lemah lutut dan seluruh badan tapi tinggal lagi beberpa langkah sahaja. Selepas dari bukit curam tu, berdiri pun terasa nak melayang tetapi Aliya sempat sambut. Pening sangat. Okay tu lah siapa suruh tak bersukan. Hehe. Tak mengapa. Cuba lihat jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Solat SUBUH! Mendaki lagi mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Tiba-tiba terlihat sekumpulan muslimin muslimat berjemaah. Ambil peluang untuk turut serta. Alhamdulillah. Selesai.

Pejam celik rupa-rupanya dah cerah. Tak sempat melihat matahari terbit. Namun sedikit pun tidak rugi apabila menjejakkan kaki di sini. Sungguh indah ciptaan Allah. Apatah lagi semasa masih gelapp tadi, terdangat cantik pemandangan beserta lampu-lampu buatan manusia yang tersusun. Indahnya. SUBHANALLAH. Lihatlah. Cantikkan?






Masing-masing dah berpecah maka beruntunglah kepada mereka yang membawa naik sandwich bersamanya. Hehe. Namun zaty sendiri pun lambat sikit dapat makan. Ramai jugak berkumpul kat puncak bukit Broga ni walaupun ada segelintir yang tak dapat bersama hingga ke atas tetapi tidak mengapa. Masih banyak masa untuk kota bersama lagi selepas ini. Insyaallah. Jam 7.30 pagi bermula untuk turun semula. Perjalanan diteruskan ke Sungai Tekala. Haa masa nak turun teringat tempat yang curam tadi. eh eh macam mana nak turun ni.

curam sangat!

jalan lagi satu bersebelahan dgn yg atas tu *curam jugak
Teruskan. Teruskan. Berusaha. Seteleh terpeleset, berjaya jugak zaty turun. Tangan agak pedih ye sebab terseret semama nak turun tu. Selepas itu luka pulak mungkin sebab terkena lalang. Mungkinlah. Ingatkan biasa-biasa tapi tak berhenti pulak. Lama sikit baru berhenti darah tu. Masa nak turun sakit pulak kaki sebab rasa kuku mencengkam jari dan susah nak berhenti. Accelerate! Sebab curam. Tak boleh nak kawal sangat. Turun cepat sikit sampai dari masa naik tadi. Fuhhh. Sebelum turun, sempat jugak bergambar bersama rakan sekuliah. Ada yang tiada dalam gambar ni sebab tersekat kat bawah. hehe.





Lokasi seterusnya ialah Sungai Tekala. Sekali lagi mengetuai konvoi beramai-ramai ni. Best sangat. Kali pertama mengetuai konvoi macam ni. Drive sendiri. Biasa dengan family je kan. Setiba di Sungai Tekala :



Kami disambut oleh monyet-monyet yang ada di situ :



Bayaran masuk RM1 seorang. Terima kasih, kawan sebab bawak ayam-ayam tu. Mesti berat kan sebab byk ekor ayam. Terima kasih bebanyak, Ikhwan & Aizudin :



Mencari lokasi untuk bersantai dan merehatkan badan. Tiba je terus set up semua. Yun, Asilah, Yani & Asnee buat air. Zaty duk diam je sebab hilang mood sikit bila tiba situ. Penat kot nak jaga 7 kereta kat belakang tadi tu. Ramai kan. Biasalah. Hehe. Tapi sangat seronok. Jejaka-jejaka mula membuat bara :



Setelah mengipas-ngipas guna macam-macam benda yang boleh dibuat kipas akhirnya berjaya menghidupkan api membara yang tak membara sangat ni :



Tangan siapa tah ni zaty tak tahu. Terima kasih sebab sudi bakarkan untuk kami :



Selepas itu, bergilir-gilir lah. Zaty dah hilang dah. Pergi mandi. Seronok. Sejuk sangat airnya. aduh. Ada pacat. terus naik duduk atas batu je. Geli. Err. Pastu naik , makan. Tolong mereka membakar ayam. Tolong tengok je. Takdelah. Tolong teman lah kot namanya, hehe. Sekitar pemandangan Sungai tekala :





Subhanallah. Sungguh indah ciptaan Allah. Cantik sangat kan. Perjalanan hari itu sangat seronok. Terasa nak pergi lagi walaupun sakit badan berhari-hari. Ada juga yang tak nak pergi Broga lagi sebab takut dan ada juga yang seronok nak pergi lagi termasuk zaty lah :) . Enjoy sangat. Tak terkata. Terima kasih kawan-kawan sebab bagi zaty kenangan manis. Mesti kenangan ni kita akan ingat masa akan datang. Kita akan terkenang peristiwa lampau pabila kita berada pada waktu sekarang. Begitulah akan datang. Semoga kita dapat mengaturkan pelbagai program lagi bersama-sama. Insyaallah.

Selesai semua. Jam 2 petang jika zaty tidak silap kami bergerak pulang namun tak semua terus pulang ke hostel. Beberapa kereta lain menuju destinasi lain untuk meneruskan keseronokan di tempat lain. Tak tahu la kemana. Lepas tu bukan tanggungjawab zaty nak tahu. hehe. Zaty terus balik. Serius ngantuk dan letih sangat. Haa comel juga rupanya kereta zaty kat atas jalan raya ni kan. Hehe. Syg ayah sebab percaya anak ayah ni. Love you ayah.


Bersurai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tiada yang tercedera atau pun apa-apa. Bersyukur. Allah permudahkan segalanya. Hanya mampu tersenyum pabila terkenang kenangan ini. Terima kasih sekali lagi, kawan-kawan.

p/s : Terima kasih berjuta-juta kepada teman sekereta, Yun, Asilah, Asnee dan Yani kerana sentiasa sudi menemani di kala susah senang. Sayang sesangat kat korang. <3

Kami  pelajar Applied Physics 1st Year 11/12 (ada yang tak turut serta) :

| Akasyah | Nabihah | Zulazlin | Arifah | Faezah | Azween | Izzati Fatimah | Izzaty Rahim | Nasri | Diyanah | Intan Sharaini | Asnee | Asilah | Nabilah | Eliani | Faezi | Azrien | Kuza | Ezati | Shairah | Marhamah | Jiha |   Farah | Wani | Syahir | Najla | Hanis | Hazirah | Hajar | Asyiqin | Nik | Ieyza | Quraisya | Syawaliah | Umai | Radin | Shafiq | Ikhwan | Nazry | Jihan | Aliya Fatin | Rafaa | Yati |

Teman dari program lain yang turut serta :

| Riza | Aizzudin | Diba


Segala kekurangan dan kesilapan zaty mohon maaf. Mungkin tanpa sedar atau tidak sengaja. Harap dimaafkan andai ada yang terguris hati. Semoga persahabatan kita diredai Allah. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...