Sunday, July 10, 2011

Again and again .

Zaman berubah. Mengikut angin. Tapi aku tetap dengan pendirianku. Berkali aku menyukai seseorang. Namun aku tak pernah terlintas untuk memberitahunya. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Biarpun aku terlepas. Aku lebih rela begitu daripada ditolak. Sememangnya kau dan aku berbeza. Kau idaman setiap kaum hawa. Namun aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan.



Namun sekarang aku mampu mengawal diri daripada menitiskan airmata yang sememangnya sudah kering dek sering berada dibawah cahaya matahari. Aku relau kau pergi. Itu yang terbaik yang telah ditentukan. Aku sakit keseorangan. Aku mahu kau tahu bahawa aku menyukaimu tetapi bukanlah dari butir yang keluar dari mulutku. Biarlah engkau mengetahuinya sendiri kelak. Saat itu mungkin aku telah pergi jauh dari hidupmu.

Aku mampu hidup tanpa kau. kau. kau. kau........ Aku tahu kedudukan diriku dipandanganmu. Disebabkan itu , aku rela. Namun aku masih menjalani kehidupanku dengan normal. Aku akan lebih berhati-hati menyukai seseorang. Izinkan aku menjerit . AKU MENYUKAIMU !!!


Terima kasih menjadi sahabatku selama ini . Maafkan kesilapanku atas keterlanjuran kata-kata dan ketidakselesaan yang aku berikan padamu selama ini .

Monday, July 4, 2011

I Need You

Saat kau muncul dalam hidupku , aku hanya merasakan tiupan angin menyentuh lembut pipiku. Aku tak sedar kehadiranmu dalam saat aku sedang mengejar masa depanku. Aku lalai terhadapmu. Tak sepatutnya aku begitu. Tapi mengapa kau terlalu cepat melupakan aku. Adakah aku hanya tempat persinggahan untukmu. Kesibukan menyebabkan aku alpa padamu. Tetapi , tak pernah sekali aku menekan button 'delete' pada dirimu dalam hatiku.



Kau ibarat jantungku. Aku tak mampu hidup tanpamu. Selama aku menyepikan diri, aku mengambil ruang untuk mengenali hidupku. Saat itu juga kau mengenali insan lain yang kini sudah membolot hatimu. Aku hanya mendapat sergahan dan melodi yang penuh dengan kesayuan terngiang-ngiang di telingaku. Kau hanya di pemikiranku saat ini. Aku merinduimu. 

Walaupun aku selalu tersenyum di luar, hatiku semakin lama semakin parah. Tiada seorang pun mengetahui perkara sebenar yang terjadi. Ombak di lautan sekadar menyedarkan orang dari lamunan walaupun ianya sebagai petanda hatiku digoncang. Perasaanku diuji. Aku tak mampu menjawab semua pertanyaan kau. Ia makin menyakitkan. Satu soalanmu menerjah fikiranku, saat itu aku merasakan satu tikaman di dadaku. Aku tiada sebab untuk menyintaimu. Aku menyayangimu kerana dirimu.



Persoalan setaraf tidak pernah muncul dalam benakku. Aku hanya insan yang seringkali lemas dalam lautan dahulu kala. Kau mencuit hatiku. Aku benar-benar menyesal memperkatakan itu. Tapi aku tak terniat melepaskanmu. Aku tiada kekuatan untuk melakukan apa-apa. Aku hanya mampu berdoa supaya aku akan menemui kebahagiaan. Sekiranya aku bertemu kau kembali, aku mengucapkan syukur.

Biarkan aku sendirian walaupun hatiku menjerit kesakitan. Aku hanya mampu melihatmu tersenyum dari jauh. Aku sering menangis. Tangan serta kakiku sejuk membeku. Lidahku kelu. Hatiku terkedu. Saat kau menjumpai insan lain, itulah saat yang paling menghiris hatiku. Hatiku meronta. Bilakah aku akan melanjutkan pelajaran. Setiba aku disana, aku dapat menyibukkan diri. Aku dapat mencuba melupakanmu. Walaupun hatiku seringkali memanggil namamu. Walaupun kutahu kau tidak mendengarnya. Aku hanya mampu menangis sendiri. Tanpa sesiapa disisi. Tidak pernah aku menceritakan hal peribadiku seluruhnya kepada sesiapa.



Bayangkan. Aku hanya menanggung penderitaan ini seorang diri. menelan air liur yang tatkala ku rasakan ia begitu pahit berada di tekakku. Di saat kau menerjahku dengan suara gentarmu. Hatiku tersentap. Aku diam membisu. Aku tak mampu mengatakan apa-apa. Pengalaman lalu cukup membuatkan aku gentar merapati insan bernama lelaki. Aku merasakan semuanya akan menipu diriku. Aku trauma. Badanku menggigil ketakutan. Aku merinduimu. Aku menyalahkanmu. Kau menyalahkanku. Tetapi bagiku, kite berdua salah. 

Aku berbuat demikian untuk mengambil masa. Aku juga menghadapi masalah yang tak aku ceritakan padamu. Aku hanya terlewat sehari. Aku melihatmu bergandingan dengan insan lain. Mungkin itu yg trbaik. Dia lebih cantik dariku. Aku sememangnya dilahirkan sebegini. Wajahku tidak dipandang sama sekali. Jika kau menyayangiku, kau tak akan begitu pantas mencari tempat berteduh di tempat lain. Padaku, masih ada ruang untuk dirimu berteduh di dalam hatiku.

Cepatlah masa berlalu. Suapaya aku dapat menyesuaikan diri hidup tanpa perhatianmu. Aku menyepi. Tapi aku mahu kau tahu dan ingat bahawa sekiranya aku berdiam diri itu bermaksud aku menyayangimu. Jika aku tersenyum melihatmu, aku sedang menahan keperitan di hatiku dari dilihatmu. Jika aku ketawa , aku menahan tangisan dalam sendu. Jika aku berlari meninggalkan bayangku, itu bermakna aku mahu menghampirimu. Tapi aku tiada daya untuk menghampirimu lagi.

Saat ini kau telah membuang diriku tanpa aku pinta. Aku tak pernah membuang dirimu seperti sampah. Seperti yang kau perkatakan. Malah aku hanya menyepikan diri sementara waktu....

abang , syg menyayangimu. Syg tidak pernah melupakan abg walaupun sekali. Syg tak mampu hidup tanpa abg...i need u, abg.......





andai itu takdirnya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...