Sunday, July 10, 2011

Again and again .

Zaman berubah. Mengikut angin. Tapi aku tetap dengan pendirianku. Berkali aku menyukai seseorang. Namun aku tak pernah terlintas untuk memberitahunya. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Biarpun aku terlepas. Aku lebih rela begitu daripada ditolak. Sememangnya kau dan aku berbeza. Kau idaman setiap kaum hawa. Namun aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan.



Namun sekarang aku mampu mengawal diri daripada menitiskan airmata yang sememangnya sudah kering dek sering berada dibawah cahaya matahari. Aku relau kau pergi. Itu yang terbaik yang telah ditentukan. Aku sakit keseorangan. Aku mahu kau tahu bahawa aku menyukaimu tetapi bukanlah dari butir yang keluar dari mulutku. Biarlah engkau mengetahuinya sendiri kelak. Saat itu mungkin aku telah pergi jauh dari hidupmu.

Aku mampu hidup tanpa kau. kau. kau. kau........ Aku tahu kedudukan diriku dipandanganmu. Disebabkan itu , aku rela. Namun aku masih menjalani kehidupanku dengan normal. Aku akan lebih berhati-hati menyukai seseorang. Izinkan aku menjerit . AKU MENYUKAIMU !!!


Terima kasih menjadi sahabatku selama ini . Maafkan kesilapanku atas keterlanjuran kata-kata dan ketidakselesaan yang aku berikan padamu selama ini .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...