Tuesday, August 2, 2011

Perkongsian

Assalamualaikum .

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak kepada semua umat Islam. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT. Selama menyepi , saya bukan tidak ingat kepada ahli blogger tersayang disini. Saya hanya mengambil masa menenangkan fikiran yang kusut. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah berpisah dengan dugaan kehidupan. begitula corak dan rona kehidupan. Siapa yang nak cuci kereta kalau tak pemilik kereta memberi upah. Semuanya saling memerlukan walaupun secara tidak langsung.

---------------------------------------------------------------------

Setelah sekian lama aku sedar semua yang berlaku memang ada hikmah sama ada cepat mahupun lambat. Aku tahu kehilangan mereka bukan untuk melemahkan aku tetapi sebaliknya menguatkan lagi semangatku untuk meneruskan kehidupan dengan papan tanda awas yang sentiasa digantung di leher. Sedangkan jalan raya punya lintasan zebra , apatah lagi manusia yg dikurniakan akal.

Mereka pergi dan mereka yg lain datang. Mungkin aku diberi peluang mengenali mereka dengan mendalam. Walaupun hatiku tak punya siapa, aku bersyukur mempunyai rakan yang sentiasa menemani aku dan memahami aku. Aku tahu sekarang bukan masa untuk semua ini. Jodoh akan datang jua. Seandainya kau datang untuk memenuhi ruang masamu, jauhilah dari pandanganku.

Aku hanya perlukan suami. Bukan SEKARANG tetapi NANTI. Kau harus faham itu. Bukan bererti aku kejam pabila menolakmu dengan tiada perikemanusiaan walaupun kamu bersungguh-sungguh. Aku masih punya tanggungjawab yg belum aku langsaikan sehingga tamat terhadap keluarga aku. Sesungguhnya ibubapa dan keluargaku merupakan orang paling bermakna dalam hidupku.

Sekiranya kau tidak dapat memahami mengapa aku berkata sepertu itu, aku memohon jutaan ampun dan maaf. Mungkin suatu hari nanti kau akan mengerti jua. Jurang perbezaan darjat dan keadaan membezakan pemikiran kita semua. Seandainya kau menjumpai situasi sepertiku, saat itulah kau akan mengingati dan mengertiku. Aku hanya mampu berdoa. AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...