Monday, September 5, 2011

Selamat tinggal sahabatku :'(

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin mengucapkan banyak perkara. Entry kali ni agak panjang. Pertama sekali salam lebaran buat semua rakan saya. Mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Saya minta maaf sgt2. saya tak mahu berdendam dengan sesiapapun. Semoga kalian memaafkan saya yer. terima kasih.

Dalam kegembiraan Aidilfitri ada terselitnya kedukaan yg amat diluar jangkaan. Sahabat seperjuangan iaitu Ahmad Zakwan yg merupakan sahabat sy sejak darjah 1 telah meninggal dunia bersama dua adiknya, Ahmad Zahinuddin dan Ahmad Zarif. Namun ibu kepada Ahmad Zakwan telah mengenali keluarga sy sejak sy lahir lg. Allahyarham serta ibunya menziarahi sy ketika sy baru lahir tetapi beliau sudah berusia 8 bulan ikutan beliau lahir pd bulan januari manakala sy pd bulan ogos.

Tetapi kami mula berkenalan pd darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam. Allahyarham merupakan pelajar pintar kerana sering mendapat tempat pertama. Kami sekeleas sehingga darjah 6 pada tahun 2004. Kami mula berpisah apabila melonjak ke sekolah menengah kerana dia memasuki sekolah berasrama penuh manakala sy hanya sekolah biasa di SMK Simpang Rengam.

Walaupun begitu, sy dan rakan sekelas yg lain masih berhubung sehingga sekarang ikutan kami berkawan lama. Sewaktu kami sekolah menengah sy jarang berhubung dengannya sehingga sy ditempatkan di Universiti Sains islam Malaysia (USIM) manakala Allahyarham di UITM Puncak Alam. Oleh kerana sy seorang sahaja pelajar dari SMKSR yg ditempatkan di USIM bermula May 2010, sy tiada teman lain disana. Semasa di semester 1 sy berulang alik dari Nilai ke Johor bersama sesiapa shja yg mahu ke johor. Tetapi pada semester 2, sy sering berulang alik daripada Nilai ke Johor bersamanya.

Allahyarham juga pernah menghantar sy ke Nilai dengan menaiki kereta. kebetulan pada masa itu, Allahyarham mahu menghantar adiknya, Allahyarham Ahmad Zahinuddin ke sekolah lamanya di Putrajaya. Allahyarham zakwan berkata 'takpe kan satu jalan' . Semasa dalam perjalanan kami berbual rancak sehingga tiba ke destinasi. Dari situlah sy mula rapat dengan Allahyarham Zahin walaupun sy sudah lama berkwn dengan abgnya, sy jarang bertemu Allahyarham Zahin kerana dia bersekolah di Putrajaya. 

Allahyarham Zakwan sepatutnya mendaftar sebagai pelajar ijazah sarjana muda di UMK manakala adiknya akan ke Mesir utk mengambil bidang perubatan . Mereka sangat pintar. Semua cikgu kami di sekolah rendah sgt menyanyanginya dah mereka merupakan harapan keluarga. Namun apakan daya Allah lebih menyayanginya. Bersabarlah buat diriku dan teman2 lain. Sekiranya dia masih ada memang kami tak dapat pulang bersama kerana Allahyarham Zakwan di UMK manakala sy di USIM. Tetapi itulah memang kali terakhir kami pergi dan pulang bersama.

Saya dan keluarga bercadang utk beraya di rumah saudara di Kulai dan Johor bahru pd awal pagi semalam  , 4 september 2011, namun kami terus ke rumah mangsa. Kami menunggu sehingga tengah hari. Mereka dikebumikan di Pusara taman purnama. Sebenarnya tahun ini sy dan rakan2 Allahyarham mmg dah berkata awal2 lg bahawa tak dapat beraya ke rumah sesiapa pon antara kami kerana masing2 akan mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah sarjana muda di IPTA masing, namun mmg kami tak sempat beraya di rumahnya malah bertukar kepada majlis tahlil. Kami reda.

Sy akan berdaftar pd hari rabu, 7 september ini. Sepatutnya sy bergembira dengan situasi ini namun itu semua hanya angan2 kerana seorg rakan sy x dpt mencapai cita2nya. Saya langsung tidak dapat memberi kata2  terakhir kepadanya. Segala jasanya akan sy kenang. Terima kasih , Zakwan. Aku sayang kau. Zahin, aku pun sayang kau walaupun kita dapat berbual sekejap sahaja. perbualan terakhir sy bersama Allahyarham Zahin bila Allahyarham bertanya tentang UPU. Allahyarham mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun Foundation yg dia minat tiada di IPTA yg dia mahukan.

Sy sempat membantunya menyusun pilihan yg dibuat dalam permohonan UPU. Tapi , org yg bijak sepertinya lebih layak mendapat yg lbh baik. Sepatutnya Allahyarham akan ke mesir seperti yg diperkatakan td. Tak mengapa. Saya terima. Selepas ini pabila saya beraya di rumahnya tiada lg kedengaran suara dan perbualan dari Allahyarhan Zakwan dan Zahin. Semoga Allah merahmatinya. Ampunkanlah dosanya Ya Allah. Walaupun sy tidak mengenali Ahmad Zarif, tp sy tahu akan kepintarannya. Semoga kamu tenang disana, dik.

Sy mencuba untuk menerima semua kenyataan ini walaupun pahit utk ditelan.Namun ini semua takdir dpd Allah SWT. Sy akur dan reda. Sy tak sanggup menekan butang delete pd nombor telefon dia yg sy ada. Sy juga tak sanggup memadam nombor dia daripada senarai 8pax pada handphone celcom sy. Rasa tak sanggup. mungkin ini mengambil masa. Sy selalu berhubung dengannya menggunakan celcom berbnding maxis kerana lebih murah. Namun segalanya menjadi kenangan. Sy telah padam semua msej dpdnya dulu. Sy terkilan tiada mesej terakhir daripadanya. Tolonglah faham perasaan sy. Tabahkan hatiku ya Allah. Sy cuba utk tidak menangis lg.

Semoga kalian dapat sedekahkan Alfatihah kepada roh mereka semua. Sekian terima kasih. Doakan kejayaan sy dan rakan2 dalam meneruskan pengajian di universiti . Amin.


Segalanya terpapar disini :




New Straits Times


beberapa kenangan bersama Allahyarham Zakwan

ketika bersekolah rendah (duduk 2 dari kiri)


aidilfitri terakhir bersama di rumahnya (sept '10)


aidilfitri di rumah sy

aidilfitri di rumah sy


makan bersama (november '10)


berjalan2 bersama ke Batu Pahat (november '10)


Berbowling bersama


bergembira bersama


bersama teman baiknya, amirul 




gambar terakhir semasa kami kluar bersamanya (18 may 2011)


SEKIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...