Tuesday, January 31, 2012

Gembira :')

Assalamualaikum.

Sudah lama saya rasakan tidak menjejakkan kaki ke blog sendiri ni. Kebiasaannya saya akan post hampir setiap hari tetapi entah mengapa sejak akhir-akhir ni ketandusan idea. Mungkin sibuk mentiti bahagia di luar. Yaaa. Mungkin juga. Kebahagian perlu dicari bukan ditunggu. Tiada benda yang datang sendiri tanpa usaha sedangkan jika kita hendak makan pun kita perlu memasak atau pun membeli sahaja di kedai, bukan? Usaha lah namanya tu. Serasa bahagia sangat hati ini setelah mendapat suasana baru. Entah dari mana datangnya tidak juga aku ketahui. Hanya Allah yang mengetahui dan Allah telah merancang segalanya untukku.

Aku dapat rasakan banyak perkara yang membuatkan ku bahagia tetapi tidak aku pasti yang mana memberi impak terbesar kepada diriku. Kehadiran dan juga kehilangan pastinya berlaku dalam kehidupan setiap manusia cuma yang membezakan ialah cara dan bagaimana ia berlaku. Memang tkdir telah menentukannya namun tidak aku sekali walau sedikit pun kerana semua yang berlaku banyak memberi erti kepada seluruh hidupku. Mungkin tanpa pengalaman ini aku tidak dapat melihat dunia luar yang sebenar dengan lebih luas. Terima kasih kepada mereka mereka sekalian. kalian banyak memberi erti kehidupan dan kesedaran dalam kehidupan walaupun cara kalian pahit untuk ditelan dan diterima.

Baiklah. Satu perkara yang paling pasti dan yakin ialah kumpulan kami menang dalam pertandingan bahasa arab tadi. Sebenarnya kami sangkakan tak menang langsung tempat kedua pun apatah lagi tempat pertama namun ternyata salah kerna kami mendapat tempat pertama. nampak macam gah je padahal  pertandingan kecik je antara kumpulan. Kami mendapat tugasan untuk melaksanakan 'Hikayat Al-tarnimiyah' maksudnya choral speaking. Best tau. Alhamdulillah sebab kami semua dari tamhidi dan smuanya ada pengalaman buat kalam jamai'i ni masa tamhidi dulu-dulu. Tambah pulak hari ni hari last program ni dan saya tak sabar nak balik rumah.

Ouh Johor saya rindu awak sesangat. Rindu kat kawan-kawan Johor. Mereka terbaik. Kawan negeri lain jangan terasa apa-apa pulak yer. Hee. Mungkin itulah sebabnya harini sangat bahagia tambah-tambah sempat berjumpa dengan kawan sebelum sempat sampai rumah. Makan free lagi. Untunglah saya kan. Gembira rasa. Balik-balik rumah ayah tunggu kat bawah. Happy kan. Waahhh. Sayang ayah. Masuk bilik tengok dapat baju lagi. Tapi paling happy malam ni tidur katil sendiri. Alangkah bahagia dan indahnya rasa. Memang jenis jarang balik rumah pun kalau cuti jadi kalini terlebih bahagia sikit dapat balik rumah walaupun cuti lebih lambat daripada kawan-kawan yang ada kat U lain.

Tak mengapa kalau korang dah cuti dulu, saya disini tetap merasa bahagia. Hamper kemenangan tadi pun walaupun tak banyak mana tapi rasa puas sangat kerana semua hasil kerjasama kumpulan. Terasa pentingnya kawan saat-saat macam ni. Tanpa kekasih masih boleh hidup tanpa kawan-kawan lebih merana tahu. Kawan-kawan jangan tinggalkan saya tau. Saya sayang awak semua tau. Terima kasih sebab dapat bahagiakan saya. Ha , tak lupa juga kepada 'kawan' yang lain kerana ada walaupun di kejauhan. Saya tahu awak sokong saya walaupun awak jauh berkilometer2 jauhnya..tak mengapa awak tetap ada kan.

Kawan-kawan USIM, nanti kita jumpa lagi dalam program macam ni lepas semester2 pulak yer. Tetapi saya taknak sebab nak balik. Rasa nak nangis kalau kene pergi. Boleh tak tolonglah batalkan je. Nak balik. Nak cuti awal macam orang lain tau. Takpe takpe kita tengok sahajalah nanti okay. Jum bergambar :')

*alhamdulillah*

*14356*

Friday, January 20, 2012

Hidup baru :)

Assalamualaikum wbt.

Tamat sudah semester 1 untuk Tahun Satu untuk semua universiti termasuk saya sendiri yang mengambil kursus Applied Physics batch 2011/2012 Universiti Sains Islam Malaysia. Rasanya semester 1 ni memang sebagai permulaan walaupun dah setahun kat USIM sebelum ni untuk tamhidi(foundation). Permulaan untuk degree lah kan tapi suasana dah lama dah merasa. Bukan permulaan lagilah. Kenal dah jalan-jalan kat sini tapi seriously kat sini tak banyak tempat nak pergi jalan-jalan. Kene keluar dari Nilai baru ada, biasanya pergi The Mines, Times Square, Mid Valley. Normal lah jalan ke sana yang paling senang. Hehe.

Semester satu banyak mengajar benda. Macam-macam. Kawan-kawan kelas, kawan-kawan roomate, kawan-kawan hati. Cewah. Haha. Apa-apa pun semua tu dah lepas. Rasa macam berlaku sekelip mata pun dan sebenarnya tak beri apa-apa kesan pun. Tah macam mana rasa hilang tu semua tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu yang datang yang berjaya membuatkan saya sedar tentang kehidupan. Terima kasih, you. Huhu. Semester dua, tolonglah berbaik-baik dengan saya yer. Saya tahu semester dua banyak subjek yang tergila-gila. Harap kawan-kawan dapat membantu nanti. Belajar ni bukannya senang. Malas tu lah punca kegagalan memang takde benda lain.

Di samping malas usaha, malas mendekatkan diri dengan Allah juga punca juga mungkin. Apa-apa pun nak berjaya kene rajin usaha sungguh-sungguh jangan malas tekun doa dan tawakal. Nak bercakap memang senang tau tapi nak aplikasikan dalam diri sendiri memang payah. I admit it. I am sorry if I am wrong :( . Tapi teringin sangat nak berjaya. Sangat cemburu tengok orang berjaya tau. Tapi jangan salah faham ni bukan iri hati tapi cemburu positif tau. Cemburu macam ni takpe, boleh meningkatkan semangat nak belajar. Saya harap sangat-sangat peneman saya akan sentiasa menemani saya sebab nanti saya tercabar tengok dia je pandai. Mana boleh. Saya nak berjaya jugak tau.

Kawan-kawanlah pembantu yang Allah bagi sebagai perantaraan untuk membantu saya. Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Walaupun ada yang tiada depan mata dan jugak tiada langsung di dalam handphone atau dalam laptop atau di mana-mana tapi ia sangat membantu dalam kejauhan. heee... Entah kenapa tak tahulah hati rasa lain sekarang. Yang penting rasa selesa bergerak sendiri macam dulu-dulu. Saya anak sulung dan sangat  biasa melakukan kerja sendiri terutama ayah sangat berharap pada saya menguruskan rumah bila ayah takde kat rumah. Semua benda saya kene buat sendiri dan sekarang dah biasa sangat. Sampai tiba satu masa ada orang suruh saya bergantung kepada dia kalau saya nak apa-apa.

Tetapi saya sangat tak boleh sebab saya mampu memandu sendiri dan bergerak sendiri. Saya suka kebebasan maccam tu. Bukan bebas sosial tu yer taw. Saya suka menyendiri. Maaflah kawan-kawan saya kat luar tu, sebab suka sorang, bukan tanak ajak korang tapi aku suka macam tu tapi btw thanks sangat2 sebab korang ada teman aku. Korang dah faham perangai aku kan :). Love u all. Apa-apa pun sekarang semua kembali normal. Graf hati saya dah tak bengkok2 dah sekarng dan directly proportional dah. Haha. Ada jugak depend kat orang tu tapi ni lain okay. Korang tak akan faham pun. Weeee...

Graf ni infinity tau...y=mx + c.... hahahahaha...Harap-harap semua berjalan dengan lancar dan semuanya Allah dah tentukan. Mungkin itu jalan terbaik buat kami semua..Syukran kerana pertemukan aku dengan mereka semua. Memang adat dalam kehidupan kadangkala kita jatuh terjunam tapi kita mampu membangun lebih daripada orang yang tak pernah jatuh tu..Amin Semoga persahabatan kita berkekalan hendakNya. Saya berharap orang yang dimaksudkan dalam entry ni memahami maksud saya. Kalian tak faham takpe. hehe. Sekian terima kasih. Minta maaf sekiranya ada ayat yang tersinggung ye :)

I LOVE YOU SO MUCH , FRIENDS <3

Sunday, January 15, 2012

Siapa kata aku tak bahagia?

Assalamualaikum.

Kawan-kawan selama ni saya selalu post jiwang-jiwang kan. Err maaf lah. Dan jugak macam sedih kan kan kan. Siapa yang suka bersedih. Tiada siapa suka disakiti kan. Tapi itu hak saya lah nak luah kat memana pun bukan saya sebut pun siapa bagaimana dimana apa segala yang berlaku pun. Kalau awak tahu awak nak bahagia saya pun tahu nak bahagia jugak tau. Saya pun ada perasaan macam awak juga tahu tak. Kalau awak ada masalah awak tahu cari orang untuk menemani awak seperti itu jugalah saya. Tapi saya rasa perempuan lebih kuat berbanding lelaki. Memang tak dapat dinafikan lelaki lebih kuat fizikalnya akan tetapi perempuan lebih gagah mentalnya.

Sebab...perempuan kalau kecewa, ada ke carik lelaki lain. Perempuan tahu menangis dulu yang pertama barulah mencari kawan-kawan sekeliling untuk menemani mereka. Lelaki?huh. ada masalah sikit dengan pasangan, pulun sangat carik orang lain cakap ada masalah lah ape lah. Haih awak semua ingat kami perempuan ni apa nak teman awak yang dah berpunya tu. kalau awak semua ada masalah dengan awek tak perlu cari orang lain okay? Cari jalan penyelesaian terbaik yang lain. Cari orang lain tu buat tambah masalah awak dan orang yang awk cari tu je tahu. Kalau dah bahagia sangat dah buat istikharah dah rasa dia tu jodoh hang kahwin lah tak payah duk pulun sangat sakan tayang sana sini la.

Saya ada hubungan dengan sesape pun tak tayang kat mana-mana pun. Private sudah. Sebab...belum tentu la kahwin dengan dia. Couple ke tunang ke duk pakat pakai cincin sesame ke tu semua takde beza pun. Kahwin saje yang halal. Jadi tak payah sangat nak bagitahu kat semua orang yang awak-awak tu bahagia dengan dia. Awak-awak nak kahwin, haa tu jemput la orang baru orang leh ucap tahniah kat awak-awak tau. Lagi best. Kalau ada masalah itu kan adat tak perlu cari masalah lain yer kawan-kawan. Orang yang awak tumpang kasih tu tahu erti sakit hati dan seksa. Awak-awak dah bagi harapan kat dia tapi awak-awak tinggal begitu sahaja kononnya tiada jodoh. Kalau dah tahu fikir macam tu kenapa dari awal memberi harapan. Pehlisssss lah. Tak matanglah you.

Kalau awk-awak matang sangat awak-awak pandai settle masalah dengan pasangan lah tak payah ngadu kat orang lain. Orang sekeliling cuma tahu mengutuk orang lain je. Mereka mungkin salah faham sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Ada awak fikir apa akan berlaku dan terjadi pada orang yang awk bg harapan itu akan lalui. Dia akan lalui banyak benda yang awak tak terfikir pun sedangkan awak bahagia sesangat dengan dia. Kalau tahu status diri, tak perlu jaja diri itu tak ada yang empunya. Saya disini single bukan sebab suruh awak masuk tapi kawan jelah. Single sebab tahu benda-benda ni memang sesak kepala. Awak-awak, yang baca jangan terasa. saya menulis mengikut pengalaman yang saya lalui dahulu kala. Jangan perasan sangat saya nak tulis pasal awak lagi okay.

Saya ada kisah saya sendiri yang awak sendiri tak pernah tahu yang mungkin sama seperti awak lalui. jadi jangan marah-marah maki-maki tengking-tengking tak boleh post apa-apa. Terasa? nasiblah. Saya tak cakap pasal awak pun. Ni kisah bertahun dulu. Tapi luah secara general sikap lelaki yang saya hadapi selama bertahun-tahun ni. Biasa dah. Lelaki ada awek tetapi mesti nak ada yang lain buat teman bila awek takde or tak layan. Bila dah bahagia, memang kene tinggallah. Sabar yer wanita-wanita yang pernah alamai sebegini. Saya memahami kerna berlaku berkali-kali sehingga naik lali dan tahu apa yang mereka cakap. Seakan sama sahaja ayat yang mereka gunakan untuk putar belit keadaa. Ingat saya kisah sangat ker. Mungkin nampak saya sedih kan.

Tetapi saya sangat bahagia kerana itu bukti saya mampu menjadi kawan yang baik dan ada semasa susah senang untuk kawan-kawan walaupun sebenarnya awak-awak mengambil kesempatan. tak mengapalah. Mungkin suatu hari nanti awek awak buat macam mana awk buat kat perempuan lain atau awak sendiri yang buat sekali lagi atau bagaimana Allah membalas saya tak tahu Itu urusan Allah saya hanya berdoa berjuta kali berdoa memohon segala terbalas. Amin. Bukan terlalu keras hati menyalahkan tetapi terlalu ingin awak-awak sedar apa yang awak buat tu bukan sikit kesannya malah besar. Awak tak tahu sebab yang tanggung semua orang yang awak tinggalkan itu. Sebab orang-orang yang terdekat dengannya yang tak mengetahui apa-apa pasti mereka membaca yang ada di depan mata sahaja.

Tidak mungkin sekali saya nak bercertia hal sebenar biarlah mereka salah faham asalkan cerita itu tidak berpanjangan sebab saya nak hidup juga seperti awak. Perit kan kalau orang salah faham dan menyalahkan kita walhal sebenarnya pucuk pangkalnya salah orang lain tetapi kita yang menanggungnya. Semuanya. Tampak remeh bukan. Sebenarnya perit nak lalui tetapi buat endah tak endah sahajalah. Sebab itu saya nampak bahagia sangat di luar. Tetapi seribu kali awak tindas saya berjuta kali orang menemani saya. saya masih ada pintu lain. Kawan-kawan saya semua menyokong dan memahami saya sangat-sangat. Ucapan terima kasih kepada kawan-kawan serasa tak cukup. Ingin berikan hadiah tak pula mampu. Mungkin akan datang ye korang. Terima kasih menemani setiap masa.

Sebenarnya ramai sahaja orang yang datang tetapi silap saya nampak awak je sebab awak muncul. Mengapa yer. Takpe takpe awak tak perlu jawab. Saya tahu seseorang yang sebenarnya menemani saya dalam diam sehinggakan saya mengguris hatinya. Awak saya minta maaf bukan saya tak nampak awak tetapi saya rasa saya selesa sebegini. Jodoh dah ditentukan. Jika ada, adalah ye. Lelaki boleh mencari saya perempuan hanya menanti. Sekarang hati saya totally tak punya dan dipunyai sesiapa. Bersyukur sesangat sebab dapat buang semuanya. Saya pun tak perlukan kuman kat hati ni. Semak je kan. Awak, walau bagaimanapun kita tetap kawan :)

Ramai yang datang tatkala airmata penuh seperigi. Awak jugak terima kasih kerana awak datang tepat masanya tetapi hati ini takut untuk memberi. Tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan berlaku akan tetapi kita sebagai hambaNya tetap kene berusaha mencari. Saya tahu awak baik orangnya. Saya tahu status awak yang tak punya sesiapa seperti saya. Tiada halangan untuk kita memulakan atau apa-apa. Tetapi kita kejar cita-cita dahulu. Kita juga berkawan sepertiamana yang kita lakukan sekarang. Awak banyak menyedarkan saya tentang kehidupan walaupun dalam masa yang singkat. Allah dah gerakkan awak untuk tolong saya kat dunia ni. Terima kasih, Encik A. Saya amat menghargai kehadiran awak. Sekiranya ada kesilapan selama kita berkawan saya minta maaf.

Manusia seringkali melakukan kesilapan. Mungkin pertuturan saya mengasari awak-awak semua terutama kawan-kawan sekeliling, Encik A dan juga B. Saya rasa sangat bahagia sebab ada kawan-kawan kelas, kawan-kawan sebilik, kawan sekolah, kawan-kawan pena, kawan-kawan hp sebab semuanya menghargai saya dan menemani saya. Terkadang rasa mahu menangis sebab sebenarnya orang yang menyayangi saya ramai sangat. Mereka semua mengambil tahu tentang saya sedangkan saya nampak awak sahaja masa tu. Tak mengapa pengalaman mengajar saya berfikir secara rasional. Saya tahu bila saya patut dan tak patut menangis.

awak sebenarnya suka bila melihat orang yang awak tinggalkan itu sengsara bukan? Saya tahu semua itu. Tkpe awak-awak saya bahagia. awak silap besar jika wak ingat saya lemah atau tak boleh hidup tanpa awak. Saya rasa lebih bertuah berkawan dengan orang lain berbanding saya mencari awak. Terima kasih untuk sebelum ni, awak. Nanti kalau awk ditimpa masalah lebih besar daripada yang awak buat kat saya, semoga awak ingat kesilapan awak kat saya dan semua yang awak sakiti. Semoga awak sedar. tak kira cepat mahupun lambat ia tetap akan terbalas. Ingat tu awak-awak. saya tak takut dengan awak-awak saya takut dengan Allah je. Saya lebih takut kehilangan Allah daripada kehilangan awak. Awak hanya memberi erti secebis sahaja dalam hidup saya. Allah, keluarga dan kawan-kawan saya adalah segalanya.

Awak-awak, saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa. Yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik itu daripada Allah. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain. Semoga insan bernama lelaki diminta setialah kepada pasangan dan sekiranya benar-benar sayang kahwinilah mereka tak perlu menayang sbelum masanya. Yang perempuan pula tunggulah saat kamu disunting atau dipinang. Jaga lah hati untuk suami kita akn datang. Insyaallah. Peringatan untuk diri sendiri juga. Saya berharap saya pun tak akan terleka mahupun terlalai dek masalah duniawi semata-mata. Kawan-kawan, tegurlah saya jika saya terleka kerna saya bukan insan yang sempurna.

*hatiku milik bakal suamiku*

kepada bakal suamiku : pimpinlah saya ke jalan yang dikehendaki Allah agar kita sama-sama berada di Jannah yang penuh indah 


Friday, January 13, 2012

Tinta hati

Assalamualaikum wbt

Dikala aku sunyi kau datang menyapa tanpa aku pinta walau sedikit. Tidak aku berharap kau memberi bahagia apatah lagi duka. Sering aku kata aku hanyalah mainan tapi hati mana yang mampu ditahan apatah lagi dikawal lalu jatuh. Entah kemana hendak dikategorikan kemana jatuhnya sama ada ke lautan cahaya mahupun lautan penuh liku dan buaya merbahaya. Tidak aku tahu sehingga saat itu kau memberikan penuh luka bukan segaris dua namun bergaris-garis sehingga tak aku lihat tempat yang tidak tercalar sedikit pun. Entah kau tahu entahkan tidak kerna kau sibuk mengulit bahagia tatkala kau ukir derita di hati insan lain.

Tatkala kau diulit derita aku sedia menemani walau pada mula aku enggan. Entah mengapa hati begini jatuh begitu. Pucuk pangkal siapa salahnya aku kurang pasti tetapi akal mengerti. Akal berfikir sebaiknya ia bermula dari situ yang hanya diketahui aku dan dirimu serta Pebcipta kita. Sedarkah engkau aku diam tersenyum bahagia seperti yang kau lihat sentiasa sedangkan hatiku diluit lara penuh duka sehinggakan mata menyembunyikan kesedihan yang teramat itu tak juga kau mampu lihat. Betapa hebat aku mengawal persaan sehingga kau sendiri tak menyedari derita yang aku tanggung.

Tampak bahagia selalu luka menelan air liur saban masa. Apa yang kau tahu cumalah menggembirakan hati sendiri. Hendak dituduh aku mengundurkan diri sahaja akhirnya. Hendak tahu mengapa? aku juga mahu disayangi bukan disakiti seperti ini seringkali. Pabila kering kau tahu dimana mencari air. Pabila kekenyangan kau tinggal sahaja pinggan itu walaupun masih berbaki. Pabila susah tahu sahaja dimana mencari ketenangan namun pabila senang lupakan semua yang membantu. Tinggallah aku kesepian yang hanya digunakan hati tatkala mereka susah. Apakan daya itu sahaja yang mereka lihat kelebihan aku menyenangkan mereka pabila susah.

Tidak pula mereka lihat penderitaan aku malah hanya tahu mengambil sekeping hati ini tanpa mengira kesannya. Hendak ditangisi kering sudah airmata. Hendak diceritakan tak mampu berkata-kata. Hendak diluahkan juga pasti mereka salah erti apa yang berlaku. Sedang aku meniti titi yang halus ini ada sahaja yang datang menyerpa. Entah kau membantuku melepasinya sehingga destinasi dan memimpinku selamanya ataupun kau membantu sekerat jalan lalu meninggalkanku. Mungkin juga membantu sehingga destinasi lalu memperli dan menolak semula ke dalam jurang itu. Yang mana satu yang aku lalui. Aku mampu memejamkan mata berdoa kepada Allah. Menangisimu ? mungkin. Tetapi aku lebih rela menangis kerana diriku sendiri.

Tidak banyak yang aku pinta cuma perjelaskan mata dan hatiku serta dirimu. Yang mana pilihan walaupun satu tersimpan rapi di dalam almarimu. Walaupun aku gembira diluar namun ku punya hati sepertimu yang inginkan bahagia. Tidakkah kau terfikir sepertimana kau mahukan sesuatu seperti itu juga aku mahukannya. Sepertimana kau tidak suka disakiti seperti itu juga aku. Bukannya kau perlukan stetoskop mahupun thermometer untuk mengukur hatiku untuk difahami. Letakkan kakimu di kasutku. Tidakkah kau mengerti? Begitu susahkah untuk difahami. Tidak pernah aku merengek meminta berlian mahupun permata. Hanya hati dan layanan yang sepatutnya diberi.

Kepala seperti melayang terhantuk di dinding tatkala melihat semua itu dan mersakan semua itu. Bicara berbeza dengan perbuatan. Perbuatan berbeza dengan hati. Bicara juga berbeza dengan hati. Aku keliru dalam terang. Matahari memancar mataku sehinggakan aku tidak dapat melihat keadaan sebenar dengan jelas. Pabila malam pula aku silau dek cahaya lampu kereta. Sekalipun tampak remeh namun ianya sungguh perit untuk melihat yang nyata. Aku berikan segalanya bahagia namun pulangannya hanyalah kulit durian yang penuh duri dan tajam tanpa beralas kau pulangkan dengan kasarnya sehingga tercalit luka di telapak tanganku. Dimanakah keadilan untukku. Bukan aku pengganggu tapi aku yang diganggu.

Hanya orang sepertiku memahami dan aku yakin pasti tiada siapa mengerti hal sebenar itu. Orang menyalahkan itu dan ini tanpa mengambil kira semua sisi. Lalu aku hanya mampu menangisi semua itu. Jika benar kau tak perlukan mengapa kau mencari memberi bintang bersinar sekali lagi sedangkan kau tahu kau akan mengakhirinya dengan luka. Mengapa hatimu seperti graf distribution yang berbentuk bell shape berulang-ulang seperti wave. Jika ditambah wave itu di atas wave satu lagi, ia tampak berbeza tetapi dimanakan particle hatimu. Jika location hatimu mampu dikira menggunakan shcrodinger equation, pasti aku orang pertama melakukannya.

Tetapi malang sekali tiada equation untuk mengira hati dan juga perasaan. Dimana hatimu terletak dan terbentuk setiap kali itu jugalah graf perasaan dan hatiku berubah yang kadangkala menurun dan kadangkala menaik secara tiba-tiba sehingga infinity. Kadangkala juga seperti negative infinity. Entah berapa helai kertas graf yang dilukis hatiku aku tidak dapat menilainya. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang tahu segalanya. Mungkin ini tanda iman aku diuji. Sehebat dan sebesar mana ujian begitu besarlah juga iman diuji. Bersyukur kepadaMu Ya Allah kerna tidak melalaikan diriku dari terus alpa mengejar cinta dunia. Izinkan aku mengejar cintaMu dan juga izinkan aku mencintai hambaMu.

Tahanlah aku daripada berjumpa dengan orang yang bukan jodohku agar aku tidak tersilap pilih mahupun tersilap memberi cinta sekali lagi mahupun berkali-kali. Jauhkan aku daripada itu kerna aku takut hatiku dilukai dihiris lagi. Aku tiada daya mengawal semua kehendakMu. Izinkan aku menurut perintahMu. Pimpinlah aku agar aku tidak terluka lagi.

seringkali disakiti

salahkah aku?

aku tahu kau tak tercalar sedikit pun jika aku hilang dari pandanganmu...

*izinkanku meniti bahagia dan hilangkan derita ini*


Sunday, January 8, 2012

Tangisan kerinduan.

Assalamualaikum.

Setelah lama aku pejamkan mataku aku harus membukanya supaya aku dapat melihat keadaan sebenar yang berlaku di luar sana. Tanpa disedari aku telah berjalan di atas jambatan jalan raya yang sangat panjang menyusuri kegelapan malam. Sangat tenang. seperti yang dikatakan aku tahu bisikan semalam hanyalah mimpi. Namun itu tak mengapa aku dapat juga merasakan bahagia itu walaupun hanya seketika. Saat ini aku merasakan ketenangan diusik angin malam yang membuai kenangan lalu. Aku merasakan air mata menunggu saat untuk gugur ke bumi tanpa aku sendiri ketahui sebabnya. Apakah sebabnya.



Ingin aku mencari apakah sebabnya namun aku tak temuinya. Di bawah jambatan ini dipenuhi lautan yang luas berseri-seri dan bercahaya dek pantulan cahaya lampu jalan dan seluruh bangunan sekeliling yang ada. Entah mengapa aku rasakan diriku seperti melayang di atas angin. Aku terlalu inginkanmu disisiku sentiasa. Menemaniku saat aku perlukanmu sepertimana kau perlukanku saat kau dilanda ribut. Aku serasa ingin menjerit memanggilmu tapi aku tak berdaya. Aku takut. Aku tak dapat hendak menanggung lagi derita ini. Apakah aku akan menaggungnya bertahun-tahun atau sehingga bila. Tolong perjelaskan semua ini. Aku keliru dalam kelam.


Temanilah aku menikmati keindahan malam di jambatan ini yang bertemankan kereta yang lalu lalang. Aku perlukanmu sayang. Aku ingin bermalam di sini. Aku dapat merasakan kesejukan malam luar. Aku tak mahu kembali ke kamarku yang penuh dengan kenangan yang sudah pasti menambah lagi ruang agar airmata gugur ke cadar katil itu. Aku terduduk mengingatkan kembali segalanya. Mengapa sebegitu perit untukku telan semua itu. Angin...bawalah aku pulang jika kau tak mahu menemaniku menitiskan air mata di sini. 



temaniku

*terima kasih segalanya sayang , imyilysmdm*

Saturday, January 7, 2012

Berikanlah aku ketenangan

Assalamualaikum wbt

Dikala aku berjalan di bahu jalan aku lihat banyak kereta memecut seperti mengejar dunia tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Keadaan malam yang hanya diterangi lampu jalan sangat membuai hati yang tatkala menanti bulan jatuh ke riba. Inginku jerit memanggil namamu namun aku tak mahu sekali menganggumu sayang. Aku berjalan lagi tanpa menyedari aku tersepak batu dan terkena kaki sesorang. Maaf aku tak sengaja. Aku sibuk melayani perasaanku yang sangat dibuai angin malam yang menemani. Ingin aku bercerita kepada engkau yang aku ganggu dengan batu yang aku tersepak itu. Namun siapakah kau untuk aku ceritakan itu.

Aku memejamkan mata mahu melupakan segala memori itu namun aku terdengar bisikan lembut aku rindu padamu sayang. Aku tak mahu membuka mata kerna aku takut segalanya hanya mimpi. Aku mahu ia biarkan sebegitu agar aku dapat meniti bahagia walaupun sesaat. Aku akan bahagia jika kau bersamaku walaupun sedetik. Percayalah sayang. Izinkan aku begini. Aku mahu merasakannya. Terima kasih sayang.



biarkan aku bahagia walaupun sedetik


IlyImydmtqvm

Wednesday, January 4, 2012

Jatuh bertimpa-timpa

Assalamualaikum wbt.

Kali ini aku merantau ke negeri orang. Aku lihat terlalu ramai manusi sehinggakan aku tidak dapat mencari apa yang aku mahukan. Semuanya kelihatan sama dan serupa. ketika aku menjauhkan diri daripada orang ramai dan bersembunyi di satu lorong yang kelihatan sunyi tetapi mampu memberikan ruang untuk melihat mereka yang sibuk mengejar hal dunia. Baru kini aku dapat perhatikan mereka satu persatu. Selama mana aku melangkah ke belakang aku tersadung dek batu yang gah berbaring di atas tanah gersang itu. Aku terbaring kesakitan mengurut kaki yang terseliuh itu. Luka berdarah walaupun sedikit sakitnya pasti terasa kelak.

Tiada seorang yang datang membantu. Mungkin kerna lorong itu terlalu sunyi. Hanya yang memerhati sahaja akan perasan apa yang berlaku disitu. Aku memejamkan mata menahan kesakitan dek tersadung kaki dan terhentak badan serta kepala ke tanah. Hanya Allah yang tahu. Itu kesakitan fizikal. Aku juga menanggung kesakitan rohani yang amat perit rasanya. Hendak diludah aku tak mampu hendak ditelan pahit juga. Sehinnga aku merasakan ada seseorang yang memegang tanganku menghulurkan bantuann. Aku tidak punya kekuatan untuk melihatnya.

Aku dibiarkan duduk namun pabila aku mencuba membuka mataku aku lihat seseorang yang mencuba merampas beg ku yang berisi segala kenangan. Hendak dilawan aku tak punya kekuatan yang cukup untuk berlawan dengan lelaki yang penuh dengan tenaga lelaki yang sememangnya tak dapat dilawan oleh tenaga seorang wanita kerdil ini. Apakan nasib yang menimpaku. Ingin aku memanggil namamu namun aku tahu kau tidak mendengariku apatah lagi datang membantuku. Aku sangkakan orang itu akan membantuku membangunkanku namun itu hanya sementara juga.

Aku merasa bahagia sesaat derita bertahun lamanya. Apakah kau menyedarinya. Aku yakin kau tidak sedar akan semua itu kerna kau hanya tahu mencari kebahagiaan untuk diri kau sendiri sahaja tanpa memikirkan perasaan orang yang kau pernah curi hatinya. Perasaan orang yang kau pernah bergantung kepadanya. Adakah kau sedar akan aku yang menemanimu saat kau menghidapi luka. Tatkala aku berduka pasti teman datang menemani akan tetapi semangatku hampir hilang dibawa bersamamu. Pabila aku ingin menggapai bahagia ia hanya singgah hanya terlalu sementara sehinggakan aku tak sempat untuk berdiri.

Masih terduduk meratapi airmata dan luka kaki berdarah diiringi kesakitan badan dan lebam yang mula membiru di tanganku pabila cuba menahan diri daripada terjatuh tersungkur. bersyukurlan aku hanya jatuh di tempat sunyyi yang pasti tiasa sesiapa melihat bagaimana aku terjatuh hanya sempat melihat aku terbaring sahaja. Aku tak merelakan diri aku disakiti lagi. Bukan sahaja olehmu namun sesiapapun. Aku mahukan bahagia. Aku mehukan senyuman tanpa diulit derita pada ekornya. Kau berbahagia atas derita yang lain. Banyak pihak memihak pelbagai pihak.

Pasti yang terdekat memihak pihak yang paling hampir. Aku pasti. Tidak pernah sekali aku memulakan dan tak pernah jua aku meminta pengakhirannya. Aku mahukannya. Aku tahu apa yang aku mahukan. Kau berbahagialah. Aku ingin menggapai bintang di langit dalam tidurku. Aku penat melayan kaki dan seluruh tubuhku mengalami kesakitan sepanjang perjalanan pulang selepas aku terjatuh tadi. Pasti ramai yang tertawa dalam diam. Meski aku tak lihat mereka namun aku pasti. Terima kasih, sayang.



Imissyou234

Monday, January 2, 2012

Nama Sama

Assalamualaikum wbt.

Berdasarkan tajuk yang diberi, semua sudah sedia maklum setiap orang pasti ada namanya sendiri yang diberikan oleh ahli keluarga kan. Nama saya ialah Izzaty. Ramai sangat nama sama macam saya. Sebijik sebulat sebujur. Masa tamhidi dulu kami ada empat orang Izzati dalam satu group. Izzati Fatimah , 'Izzati , Izzati dan saya, Izzaty. Kenalan saya di Melaka nama sebijik dengan saya , Izzaty. Okay. Ramai kan nama sama. Contoh lain kan saya ada ramai kawan nama Syafiq. ramai sesangat. Meh saya sebut beberapa antaranya Syafiq Syazzany , Syafiq Wahid, Syafiq Abidin , Syafiq Nazri , Syafiq Maarof dan ramai lagi. Hah! Ambik. ramai sangat kan. 

Nama lain, Amsyar. kawan sekolah pon ramai nama amsyar tapi tak ingat lah pulak nama penuh mereka tu sebab nama panggilan bukan Amsyar. Tak terkiralah kan orang yang sama nama dengan kita nih. Sedangkan muka pun terkadang ada iras-iras walaupun tak de hubungan apa-apa pun kan apatah lagi sama nama. Cuma yang membezakan berapa ramai orang yang kita jumpa tu sama nama atau tidak tu jelah. Tarikh lahir pun boleh tersama. Saya ada kenal dua orang yang tarikh lahir sama dengan saya. Seorang senior dan seorang lagi junior.

Apa-apa pun, saya sebenarnya nak mengatakan bahawa saya rimas bila orang salah faham. Get it? Bila saya tengah bermesej dengan si bintang , orang ingat saya bermesej dengan si bulan. Nama je sama tapi takkan la saya nak cerita semua benda kat orang sekeliling kan. tengok! kan dah salah faham. lepas tu, mulalah cerita pelik-pelik keluar sedangkan semuanya tak benar belaka. Itulah manusia suka nak menyalahkan orang tanpa kaji selidik kan. Apalah nak jadi. Macam mana nak maju kalau asyik menuding jari ke arah orang lain, ingat ye ada lagi empat jari menuding diri sendiri tahu?

Kalau tengah call pun sama. call orang lain tapi orang sekeliling sangkakan lain. Kalau nak bermanja dengan ayah, tak boleh ke. Ada macam pakwe ke. Cubit pipi tu kang baru tahu. Okay. Memain je. Orang sekeliling suka judge macam tu je. Sedihnya rasa. Tapi, tolonglah jangan nak perasan sangat. Awak, awak. Yang tengah membaca nilah. Saya bukan bercakap tentang awak tau. Saya tengah bercakap tentang dia. *umum* . Tak bermakna saya post apa-apa di Facebook mahupun Blog, ada kaitan dengan awak atau sesiapa. Saya cuma meluahkan rasa dan kadang-kadang saya mereka cerita itu.

Saya suka menulis atau menaip ayat-ayat macam tu. Awak ada masalah ker? Kalau awak tak suka, sakit hati sangat, janganlah baca apatah lagi follow. Macam marah je ayat saya ni kan? hehe. Tak marah pun sebenarnya cuma memperjelaskan mana-mana yang tak clear. Saya tahu bukan semua orang suka baca ayat-ayat jiwang macam saya taip tu. kalau tak suka, biarkan sahaja okay? Saya tak guna otak dan akal awak untuk fikirkan ayat tu dan tak guna tangan awak pun nak menaip semua tuh. jangan kutuk belakang 'ee jiwang gilerr...menyampah' . Dah tahu macam tu, kenapa baca.

tak fahamlah kan. Saya buat blog ni atas kerelaan saya dan kehendak saya sendiri tanpa paksaan sesiapa pun tahu. Blog ni pun tak paksa sesiapa untuk dibaca mahupun difollow. Siapa nak dia buatlah. Saya tak kisah sedikit pun. Cuma apabila ada sesuatu yang kurang enak didengar sampai ke telinga dan mata, teringin lah saya untuk menjelaskannya. Agak-agak tak jelas, PM kat FB okay? Mana tahu ada apa-apa tak puas hati ke apa ke kan. hehe. Apa-apa pun, buat masa ni saya tak pernah sesekali mengata mahupun mengutuk sesiapa dalam blog dan juga fb. Hanya luahan rasa sahaja. Mungkin jugak ada yang terasa saya memperkata tentang dirinya.

Tetapi percayalah saya tak berniat untuk membuat sesiapapun terasa apatah lagi menangis. Saya ada perasaan macam awak-awak semua jugaklah. saya ada hak nak post kat memana pun tapi saya tahu etika dan adab nak gunakan semua tu dengan sebaiknya. Jika ada salah silap, sila tegur secara peribadi bukan di tempat awam. Saya berkata-kata atau menulis ni untuk diri sendiri. Rasa lega dapat berkawan dengan fb dan blog ni tau. Macam kawan rapat sebab dia terima je apa saya tulis tanpa sekatan. Tak kan saya nak menyusakan kawan-kawan semata-mata nak suruh dengar masalah saya. tak kan saya takde kebebasan untuk berkata-kata?

Cukuplah sekadar saya membuat status untuk melegakan hati sendiri. Tak pula saya mengutuk apatah lagi memaki hamun orang kat fb atau memana lah. Kepada pembaca, saya tak mengata atau mengutuk awak tau. jangan sedih-sedih sebab nanti saya kecewa sebab buat orang kecewa. rasa bersalah sangat. Cuma kepada orang ramai diminta tak perlu menjaga tepi kain orang dan juga tak perlu nilai orang dari luaran dalam sekelip mata. Kita tak tahu hati dia macam mana pun. Setiap orang berbeza. Rambut sama hitam hati lain-lain

Kadang-kadang tengok macam baik tapi rupa-rupanya perompak. kadang-kadang tengok muka macam perompak tapi sopan santun orangnya. ha tengok, jangan mengata orang tau. Segala apa yang saya taip disini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak hanya peringatan sesama insan :) . Good luck, semua. Minta maaf sekali lagi yer. mana yang baik diambil yang kurang ditepikan. terima kasih kerana sudi membaca entry yang serba kurang ini.

trust me :)

Miss you like crazy

*percaya tak , ada orang akan anggap saya rindu kan si bulan sedangkan sebenarnya adalah tidak diketahui oleh awak-awak semua pun,so jangan buat kesimpulan sendiri ye syg, maaf jika kasar ye kalian, terima kasih dan minta maaf sesangat*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...