Friday, January 13, 2012

Tinta hati

Assalamualaikum wbt

Dikala aku sunyi kau datang menyapa tanpa aku pinta walau sedikit. Tidak aku berharap kau memberi bahagia apatah lagi duka. Sering aku kata aku hanyalah mainan tapi hati mana yang mampu ditahan apatah lagi dikawal lalu jatuh. Entah kemana hendak dikategorikan kemana jatuhnya sama ada ke lautan cahaya mahupun lautan penuh liku dan buaya merbahaya. Tidak aku tahu sehingga saat itu kau memberikan penuh luka bukan segaris dua namun bergaris-garis sehingga tak aku lihat tempat yang tidak tercalar sedikit pun. Entah kau tahu entahkan tidak kerna kau sibuk mengulit bahagia tatkala kau ukir derita di hati insan lain.

Tatkala kau diulit derita aku sedia menemani walau pada mula aku enggan. Entah mengapa hati begini jatuh begitu. Pucuk pangkal siapa salahnya aku kurang pasti tetapi akal mengerti. Akal berfikir sebaiknya ia bermula dari situ yang hanya diketahui aku dan dirimu serta Pebcipta kita. Sedarkah engkau aku diam tersenyum bahagia seperti yang kau lihat sentiasa sedangkan hatiku diluit lara penuh duka sehinggakan mata menyembunyikan kesedihan yang teramat itu tak juga kau mampu lihat. Betapa hebat aku mengawal persaan sehingga kau sendiri tak menyedari derita yang aku tanggung.

Tampak bahagia selalu luka menelan air liur saban masa. Apa yang kau tahu cumalah menggembirakan hati sendiri. Hendak dituduh aku mengundurkan diri sahaja akhirnya. Hendak tahu mengapa? aku juga mahu disayangi bukan disakiti seperti ini seringkali. Pabila kering kau tahu dimana mencari air. Pabila kekenyangan kau tinggal sahaja pinggan itu walaupun masih berbaki. Pabila susah tahu sahaja dimana mencari ketenangan namun pabila senang lupakan semua yang membantu. Tinggallah aku kesepian yang hanya digunakan hati tatkala mereka susah. Apakan daya itu sahaja yang mereka lihat kelebihan aku menyenangkan mereka pabila susah.

Tidak pula mereka lihat penderitaan aku malah hanya tahu mengambil sekeping hati ini tanpa mengira kesannya. Hendak ditangisi kering sudah airmata. Hendak diceritakan tak mampu berkata-kata. Hendak diluahkan juga pasti mereka salah erti apa yang berlaku. Sedang aku meniti titi yang halus ini ada sahaja yang datang menyerpa. Entah kau membantuku melepasinya sehingga destinasi dan memimpinku selamanya ataupun kau membantu sekerat jalan lalu meninggalkanku. Mungkin juga membantu sehingga destinasi lalu memperli dan menolak semula ke dalam jurang itu. Yang mana satu yang aku lalui. Aku mampu memejamkan mata berdoa kepada Allah. Menangisimu ? mungkin. Tetapi aku lebih rela menangis kerana diriku sendiri.

Tidak banyak yang aku pinta cuma perjelaskan mata dan hatiku serta dirimu. Yang mana pilihan walaupun satu tersimpan rapi di dalam almarimu. Walaupun aku gembira diluar namun ku punya hati sepertimu yang inginkan bahagia. Tidakkah kau terfikir sepertimana kau mahukan sesuatu seperti itu juga aku mahukannya. Sepertimana kau tidak suka disakiti seperti itu juga aku. Bukannya kau perlukan stetoskop mahupun thermometer untuk mengukur hatiku untuk difahami. Letakkan kakimu di kasutku. Tidakkah kau mengerti? Begitu susahkah untuk difahami. Tidak pernah aku merengek meminta berlian mahupun permata. Hanya hati dan layanan yang sepatutnya diberi.

Kepala seperti melayang terhantuk di dinding tatkala melihat semua itu dan mersakan semua itu. Bicara berbeza dengan perbuatan. Perbuatan berbeza dengan hati. Bicara juga berbeza dengan hati. Aku keliru dalam terang. Matahari memancar mataku sehinggakan aku tidak dapat melihat keadaan sebenar dengan jelas. Pabila malam pula aku silau dek cahaya lampu kereta. Sekalipun tampak remeh namun ianya sungguh perit untuk melihat yang nyata. Aku berikan segalanya bahagia namun pulangannya hanyalah kulit durian yang penuh duri dan tajam tanpa beralas kau pulangkan dengan kasarnya sehingga tercalit luka di telapak tanganku. Dimanakah keadilan untukku. Bukan aku pengganggu tapi aku yang diganggu.

Hanya orang sepertiku memahami dan aku yakin pasti tiada siapa mengerti hal sebenar itu. Orang menyalahkan itu dan ini tanpa mengambil kira semua sisi. Lalu aku hanya mampu menangisi semua itu. Jika benar kau tak perlukan mengapa kau mencari memberi bintang bersinar sekali lagi sedangkan kau tahu kau akan mengakhirinya dengan luka. Mengapa hatimu seperti graf distribution yang berbentuk bell shape berulang-ulang seperti wave. Jika ditambah wave itu di atas wave satu lagi, ia tampak berbeza tetapi dimanakan particle hatimu. Jika location hatimu mampu dikira menggunakan shcrodinger equation, pasti aku orang pertama melakukannya.

Tetapi malang sekali tiada equation untuk mengira hati dan juga perasaan. Dimana hatimu terletak dan terbentuk setiap kali itu jugalah graf perasaan dan hatiku berubah yang kadangkala menurun dan kadangkala menaik secara tiba-tiba sehingga infinity. Kadangkala juga seperti negative infinity. Entah berapa helai kertas graf yang dilukis hatiku aku tidak dapat menilainya. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang tahu segalanya. Mungkin ini tanda iman aku diuji. Sehebat dan sebesar mana ujian begitu besarlah juga iman diuji. Bersyukur kepadaMu Ya Allah kerna tidak melalaikan diriku dari terus alpa mengejar cinta dunia. Izinkan aku mengejar cintaMu dan juga izinkan aku mencintai hambaMu.

Tahanlah aku daripada berjumpa dengan orang yang bukan jodohku agar aku tidak tersilap pilih mahupun tersilap memberi cinta sekali lagi mahupun berkali-kali. Jauhkan aku daripada itu kerna aku takut hatiku dilukai dihiris lagi. Aku tiada daya mengawal semua kehendakMu. Izinkan aku menurut perintahMu. Pimpinlah aku agar aku tidak terluka lagi.

seringkali disakiti

salahkah aku?

aku tahu kau tak tercalar sedikit pun jika aku hilang dari pandanganmu...

*izinkanku meniti bahagia dan hilangkan derita ini*


2 comments:

  1. Be strong, Izzaty Rahim. Allah lebih mengetahui (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye. Itu saje yg dpt pkir scra positif...

      Delete

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...