Monday, June 20, 2011

Feeling


Kebahagiaan. Kegembiraan. Bohongla sekiranya orang itu tak suka kebahagiaan . Aku pernah merasakan kebahagiaan. Semua orang pernah merasakannya walaupun tak berpanjangan. Aku gembira bersama keluarga aku. Tapi masih ada ruang di dalam hati . Kekosongan yang belum mampu aku lengkapkan. Aku tiada kekuatan untuk memberi hatiku kepada sesiapa walaupun secebis. Aku tiada keberanian. Aku takut. 

Aku takut ditinggalkan lagi di tengah lautan. Aku tak yakin aku mampu mencari sesuatu yang dapat menimbulkan aku dalam kelemasan di dalam lautan.

Aku mungkin akan tersungkur lebih dalam. Mungkin aku akan menjadi permata yang hampir retak. Tetapi masih punyai sesuatu yang keras di dalam permata itu. Hatiku tak mampu aku buka kembali.

Hari ini. Aku sangat merasakan kekosongan. Meskipun aku tak mampu memiliki sesiapa. Aku tetap merasakan kekosongan itu. Ibarat botol kosong yang digoncang. Tanpa isi. Tanpa air. Hanya udara yang mengisi kekosongan itu. Angin melambai sayu hatiku. Aku hanya mampu pejamkan mataku. Menitiskan embun.

Aku akan pertahankan diriku. Walaupun aku diulit kekosongan, aku tak mampu mencari sesuatu yg dapat memenuhi itu. Aku akan bertahan. Biarkan aku sakit. Perit sendirian. Aku akan menyembuhkan lukaku sendiri.

Walaupun aku gembira diluar, kalian tidak dapat membaca wajahku. Pengertian yg mendalam hanya difahami oleh orang-orang yg berada di lautan bersamaku.......


tekan-tekan :


Friday, June 10, 2011

Luahan .



Kau memetik hatiku dikala ku memerlukan , aku berpaut padamu selama mana yang ku mahu. Sayangku hanya seorang akan tetapi kau leraikan tanganmu di mana aku masih di tengah lautan kebiruan. Aku terkapai-kapai mencari dahan. Setelah lama ku berpaut pada dahan baru , kau bertemu permata baru lalu aku dilupakan ibarat angin yang singgah di pipimu. Tidak pernah kau melayaniku seperti kau membelai permatamu yang baru. Mengapa sering aku dilupakan oleh kalian sedangkan aku setia pada genggamanmu. Aku akan terima kamu sebgai kenangan dengan rela hati.Sewaktu kau memberikan genggaman tanganmu yang hangat , aku percaya padamu. Kamu akan memegang tanganku sehingga ke destinasi. Akan tetapi, aku tahu kau tidak akan berdamping denganku selama mana yang aku mahukan. Janjimu kosong.



Tapi , semakin ku melalui badai , semakin jelas jurang layanan mu kepadaku berbanding layananmu kepada permata kalian yang baru. Dahan yang ku capai sekarang semakin lama semakin tenggelam. Lalu aku hilang di dalam lautan. Setiba aku di dasar lautan , ku berpijak di atas bumi yang nyata. Ku sedar dari lamunan. Aku sedar bahawa kau hanya mahukan permainan dan akulah gelongsormu. Aku relakan. Aku kembali berenang ke tepian. Aku tiba ke destinasi baru untuk ku lalui. Aku cuba memaafkan kalian yang pernah aku sayang, walaupun kalian meninggalkanku sebegitu....



Kesakitan hati , wujudkah penawar di klinik mahupun hospital? Sekali pun tak pernah diwujudkan , Sekiranya wujud, akulah orang pertama yang akan mendapatkannya. Setelah beribu batu aku belayar bersamamu , kau mengajar aku beribu kata. Tak pernah sekalipun wujud istilah perpisahan antara kita. Seperti durian menimpa kepala saat kau menguangkapkan kata perpisahan. Terlerailah ikatan aku bersama kau , kau dan kau. Aku tak bernai menguangkan BENCI kepada kalian , kalian pernah melengkan hatiku , di waktu yg berlainan. Aku mahu kau bahagia walaupun bukan berada disisiku. Walaupun layanan kau terhadap dia membuat aku cemburu. Aku cuba merelakan. 


Luaran. Dalaman. Berbeza. Senyuman, memberi seribu erti. Aku mampu tersenyum , tertawa seiring dengan kehidupan. Aku turut mahukan kebahagiaan. Di sebalik senyuman itu, terukir wajah disimbahi airmata kelukaan. Namun, apakan daya , aku mampu memdiamkan diri sahaja. Aku hanya mampu melihatmu dari jauh. Jangan kamu menilaiku bahawa aku telah melupakanmu. Jangan kamu menilaiku dari luaran, tapi nilailah aku sepertimana kau pernah mengenaliku dahulu. Aku senyum. Aku mahukan kejayaan akan datang. Mungkin dengan senyuman ini membawa lebih pengertiaan. Ini bukan senyuman palsu , tetapi senyuman perlu untuk meneruskan kehidupan. Ini juga menjadi kekuatan bagiku untuk meneruskan perjuangan seperti orang lain. Datanglah semangatku.....aku menyambutmu dengan rela hati...




Aku berharap kau mendengar bisikanku dari jauh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...