Sunday, March 20, 2011

;(



Siapa tahu hati kita boleh berubah sekelip mata. Tapi itulah kamu. Dengan penjelasan kamu, yg sebenarnya merupakan penipuan begitu mengguris hatiku. Aku tahu sedari awal penjelasanmu itu bukan yg sebenar. Tapi pabila ku tahu sendiri alasan sebenar mengapa kau begini , ini adalah kerana kau curang . Tak ku sangka, kau yg ku sangka seorang yg berbudi bahasa tegar melukakan hati seorang perempuan. Apakan daya, nasibku. 

Tak mengapa, ini semua ada hikmah. Aku terima seadanya. Perbuatanmu kali ini membuatkanku dicabar. Aku ingin berjaya walaupun aku hanya pelajar biasa yg tidak setanding denganmu. Mungkin rezeki aku bukan dalam bidang sepertimu. Aku punyai harapan tersendiri sepertimu.
Doakan aku berjaya. Ingat aku dalam doamu, walaupun aku tak dapat memenangi hatimu dan memilikimu. Aku turut doakan kamu berjaya menjadi seorang yg berguna, dan dapat mencapai cita-citamu.

Friday, March 4, 2011

Freedom





Assalamualaikum wbt . Dah lama rasanya aku x post , kan ? nak tahu sebab apa ? Aku busy. Mengalahkan orang atasan. Banyak betul kerja. Tapi x mengapa. Aku masih merasakan aku bebas kesana sini dengan mudahnya. Hatiku lega. Bebanku ringan. Semua ini kerana aku berjaya mengawl perasaan aku. Buat masa sekarang bukan untuk membicarakan tntang lelaki. Hanya kawan semata-mata.

Aku tanpa sesiapa. Aku bebas. Tiada siapa mengawal pergerakanku kecuali Allah. Semakin lama aku merasakan cintaku terhadap pelajaran semakin mendalam. Moga Allah memberkatiku.

Aku juga merasakan ketenangan pabila aku tidak memikirkan perkara-perkara yg tak penting. Kepada si dia yg sedari awal menyakitiku tanpa kau sedar, aku tak kisah tentangmu lagi. Mungkin ada yg lebih baik darimu untukku. Dan , sekarang ini bukan masa untuk itu !

Kebebasan yang kurasa , ku lihat awan luas terbentang. Tenang rasanya. Semakin lama ku tenung, ku sedar ciptaan Allah sangat menarik. Ku hirup udara segar di samping mata yang terpejam, ku terbayang keindahan alam yg terbentang luas ini.

AKU SUKA AKAN KEBEBASAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...