Sunday, March 20, 2011

;(



Siapa tahu hati kita boleh berubah sekelip mata. Tapi itulah kamu. Dengan penjelasan kamu, yg sebenarnya merupakan penipuan begitu mengguris hatiku. Aku tahu sedari awal penjelasanmu itu bukan yg sebenar. Tapi pabila ku tahu sendiri alasan sebenar mengapa kau begini , ini adalah kerana kau curang . Tak ku sangka, kau yg ku sangka seorang yg berbudi bahasa tegar melukakan hati seorang perempuan. Apakan daya, nasibku. 

Tak mengapa, ini semua ada hikmah. Aku terima seadanya. Perbuatanmu kali ini membuatkanku dicabar. Aku ingin berjaya walaupun aku hanya pelajar biasa yg tidak setanding denganmu. Mungkin rezeki aku bukan dalam bidang sepertimu. Aku punyai harapan tersendiri sepertimu.
Doakan aku berjaya. Ingat aku dalam doamu, walaupun aku tak dapat memenangi hatimu dan memilikimu. Aku turut doakan kamu berjaya menjadi seorang yg berguna, dan dapat mencapai cita-citamu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...