Thursday, March 8, 2012

Budi bahasa dan harta ?

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar pembaca sekalian? Sihatkah semua? Harapnya sihat sahajalah kan. Boleh makan boleh berjalan okeylah tu tapi jangan sampai hyperactive dahlah. Sampai ter sepak batu pon rasa macam sepak span basuh pinggan je kan. Hee. Terasa nak mengeringkan tekak dengan kata-kata kat sini walaupun tak guna air liur pun nak taip kan. Guna tangan dan jari jemari serta mata dan akal sahaja untuk fikirkannya. Takpe terasa jugak kekeringan tekak di kala malam hari di bawah kipas tu yang boleh dehydrate tu. Haus. Awak-awak. Awak rasa budi bahasa ada kaitan dengan harta kekayaan? Cik Zaty rasa TERLALU berkait. Tapi rasa tertarik dengan apa yang berlaku kepada diri sejak akhir-akhir ni. Maksud : aktiviti-aktiviti universiti dan kuliah akhir-akhir ni (bukan hal peribadi).

Semester dua ni memang sangat mencabar lah kan kene buat lawatan industri , aktiviti dan sebagainya. Walaupun bukan ketua BIRO besar-besar ni tapi terlibat lah jugak. Okay. Sedikit penat tapi suka dan puas dapat sertai aktiviti macam ni. Lebih suka sibuk dari takde kerja macam tin kosong tak berisi apatah lagi berperisa. Rasa tawar je kan. Puih. Kalau penuh isi ada juga bagi manfaat kepada orang lain kan. Macam tulah agaknya. Assignment memang berlambak. Eh tapi macam lari topik pulak. Sebenarnya nak cerita pasal budi bahasa kan kan. Macam ni, disebabkan banyak assignments, adalah subjek yang memerlukan library sebagai sumber utama rujukan. Kenelah pergi.

Dengan hanya berbekalkan kunci kereta, dompet dan handphone (satu je lagi satu tinggal,semak je...hehe) masuklah ke library seperti biasa. Mencari-cari buku yang berkaitan tapi taklah banyak sangat. Banyak sangat buku tapi takde pulak yang berkaitan. Tu di tingkat satu. Naik tingkat dua jumpa banyak sikit. Bincang punya bincang nak pinjam lah bebanyak tuh tapi dua je yang boleh pinjam yang lain 'not allowed' okay. Fuhh. Penat je carik. Takpe ada usaha. Foliom punya pasal. Nak dapat A subjek ni. Insyaallah. Boleh kan, Dr? Bagilah kami markah bebanyak ea. Hehe. Tiba nak keluar bunyi alarm kat pintu. Okay pegi lorong kedua, bunyi, ketiga, bunyi. Eh apa salah aku sampai tak boleh keluar siap bunyi alarm lagi. Cukup bergema lobi library tu. Er cukup buat muka panas rasa darah menyelinap ke seluruh muka. Merah? taktahu. Yang pasti 'bengang'. Dalam kelam kabut terpinga-pinga tu guard tu sebok marah-marah memekak terjerit terpekik lolong sekuat hati sampai anak tekak nak terkeluar pon ada lah. 'Ada amek buku ke apa?' 'nak curik ke apa' bla bla bla bla bla. eh ingat saya nak sangat ke curik buku ni. Simpan pon takde gunalah makcik. mak ayah saya takdenye nak baca buku budaya ni hah. adik saya pun taknak baca lah. Makcik tak boleh tanya saya elok-elok ke. Saya tahulah saya jauh lebih muda daripada makcik tapi hanya sebab usia kita tak perlu hormat orang lain kah makcik? Makcik tak fikir orang tengok makcik marah saya macam tu. Saya tak salah pun. Lepas kene 'alarm' dengan pintu keluar tu pergilah kaunter. Akak kaunter tu cakap selalu je jadi macam ni dik kadang-kadang tak dapat detect buku tuh. SO? saya tak salah okeh makcik. Buku tu yang tak berapa betul. Atas dasar sistem lah tuh bukan sebab saya nak amek ke curik ke haper. Sekalipun buku tu seringgit saya taknak beli saya nak amek beberapa muka surat je pun nak buat rujukan folio kami. Sadisnya kene marah  kat tempat seluas padang bola tuh. Bergema pulak tu. Berdesing-desing telinga kalah bunyi siren ambulans.

See? Where's your attitude level, guys? baiklah. Zaty di sini takdelah terlalu berbudi bahasa sangat atau baik dalam segalanya. Semua orang buat silap tapi kita usaha untuk buat yang terbaik kan. Cuba. Usaha. Tak boleh ke makcik cakap kat saya dengan nada yang biasa dan menggunakan ayat dan perkataan yang sopan. Saya tahu makcik lebih tua, saya tak layak nak melawan nanti dicop kurang ajar pula bukan setakat cop ayam lagi dah. Tapi saya ada muka juga, makcik. Tapi tak mengapalah makcik orang-orang kat situ pun bukan saya kenal. Mereka lupalah tu tak lama lagi kan.

Saya student makcik pekerja. Harta. Bezakah kita makcik. Okay fullstop. Abaikan cerita makcik tuh. Itu sahaja realiti. Lain-lain hanyalah pesanan dan kata-kata madah berbunga kiasan bak bunga raya bunga kebangsaan tu merah menyala gitu baru menyerlah kata-kata. Hee. Okay. Macam ni anda rasa anda punya segalanya. Adakah disebabkan anda punya segalanya anda tak perlu mendengar pendapat orang sekeliling? Adakah semua perlu mengikut telunjuk anda? Adakah anda terfikir bahawa orang lain punya pendapat tersendiri sepertimana anda punyai pendapat anda sendiri. Sepertimana anda rasa seperti itu jua orang lain akan rasa. Nak faham orang lain cubalah letak tapak kaki dengan badan-badan sekali atas kasut dia. Rasa tak? Mungkin saiz kasut berbeza tapi perasaan tetap sama kan?

Hah nampak tak. Anda sedar tak tidak akan lahir yang seterusnya tanpa lehirnya yang pertama. Anak sulong tetap sulong. Takkan mungkin dia jadi yang kedua tiba-tiba. Kalau takde komputer yang tebal seberat batu belah batu bertangkup tu tak mungkin ada laptop senipis timun tu. Kalau takde cerek tak terbina juga cerek elektrik. Takde roda takdelah kereta. Semuanya ada permulaan. Peribahasa sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Betullah kan maksudnya. Sngat tepat. Disebabkan anda dilahirkan atas tilam emas orang lain kene tunduk pada anda? Maaf anda silap. Kita di muka bumi Allah sama sahaja pangkat tu dunia semata-mata tapi kita tetap kene hormat antara satu sama lain. Takkan pulak sebab sama sesuka hati nak pijak. Kita hidup bekerjasama hormat menghormati kan. Aman.

Kalau anda nak senang je tanpa susah memang boleh tapi akhirnya nanti akan terbalas juga. Disebabkan mengejar harta anda tinggalkan kain buruk anda yang sedahulunya menemani anda membersihkan tangan selepas mencari rezeki tu. Adakah anda fikir kain itu tidak berkecil hati? Tanpa dia anda juga tak terkehadapan. Fikir-fikirlah. Tapi kain tu tak pandai bercakapp dia tetap beri perkhidmatan kalau anda carik dia kembali. Masih mampu menerima anda. Jangan sebab anda rasa anda mahukan kesenangan anda tinggal perkara pertama yang buat anda punyai benda yang kedua dan seterusnya tu. Manusia punyai akal fikiran yang waras lagi bijak tidakkah anda patutnya terfikir akan hati jantung mereka yang menjadi benda pertama itu.

Hanya atas alasan harta emas yang anda ada anda sesuka hati memperlekeh yang lain. Apakah anda tahu orang yang anda perlekehkan itulah yang akan membantu anda kelak? Adakah anda terjamin akan sentiasa hidup dalam kesenangan hingga ke akhir hayat anda? Tiadalah kasut mewah cantik berkelip-kelip bagai berlian itu jika tiada pekerja-pekerja kilang yang menbuat kasut anda tu. Tiadalah kilat berkilau-kilau kereta anda jika tiada pencuci kereta yang anda perlekehkan itu. Tiadalah keamanan jika tiada polis, askar, dan lain-lain itu. Adakah anda yakin lagi pasti anda mampu berdiri dengan sendiri di muka bumi ini tanpa orang yang anda anggap lebih rendah dari anda? Merekalah yang membantu anda tanpa anda sedar. Sedang bibir anda lincak memperlekeh mengata mereka, mereka teguh lagi gigh berusaha bekerja dengan ikhlas membantu memberi perkhidmatan terbaik  untuk anda. Adakah anda terfikir akan perkara ini.?

Mungkin hanya dengan satu SAHAJA perkataan anda yang anda gunakan semasa memperlekeh mereka mampu merubah segala perasaannya sehingga ke akhirnya. Tapi mereka diam malah mampu tersenyum dan berdoa supaya anda berubah. Adakah yang berharta semestinya mulia budi bahasanya? Sudah pasti jawapannya ialah tidak. Ini semua sikap manusia apatah lagi dengan kemajuan zaman sekarang ni. Fikir secara dewasa. Matang, bukan dengan perasaan hati jantung semua tuh. Itu hanya perlu dijaga tapi nak bercakap menggunakan akal melalui mulut yang mengeluarkan suara. Silap bicara musnahlah harapan. Andai terucap perkataan kesat di khalayak, pasti pandangan mereka terhadap anda ialah anda seorang yang buruk perangainya. Budi bahasa sangat penting kan?

Kalau cakap macam kanak-kanak ikut sedap mulut sesuka hati kacang je cakap bilalah nak maju kedepan. Orang dah masuk gear lima anda masih lagi gear dua gara-gara halangan orang ramai yang tak mahu membantu dek budi bahasa anda. Siapa salah? Sendirilah jawabnya. Jangan sengaja nak pijak tempat dimana mereka melangkah hanya kerana cemburu. Adakah yang tidak berharta tak mampu menjadi lebih tinggi pangkatnya? Ini semua atas usaha masing-masing. Harta bukanlah penyebab segalanya. Yes. Memang kita perlukan harta untuk hidup tapi hanya sekadar untuk keperluan. Kehendak itu sekali sekala dipenhi tiada salahnya juga. Kanak-kanak pun tahu fikir macam mana nak cari gula-gula, yang dewasa ni patutnya tahulah bagaimana nak mengendalikan sesuatu dengan waras bertunjang akal fikiran bukan nafsu perasaan semata-mata.

Harta budi bahasa. Sangat susah untuk diterangkan. Hendak dikata sudah terang lagi bersuluh tak juga semua memahami dan mempraktikkan apatah lagi. Serasa semakin hilang budi bahasa pabila bumi semakin dimamah usia. Entah siapa yang salah tak siapa mampu menjawab. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Konklusinya, semua manusia haruslah punyai budi bahasa tak kira siapa pun mereka sama ada ketua, pembantu, orang gaji, pekerja bawahan, bos dan sesiapa sahaja. Semua manusia juga haruslah berfikir dengan waras menggunakan akal dalam melaksanakan tugas dan juga menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kita perlu memahami, saling membantu, saling menghormati dan menjaga hak masing-masing tak kira siapa pun kita. Ingatlah harta kekayaan tak bawa ke kubur sebaliknya gunakanlah ke jalan Allah. Meluah memang senang mempraktik memang payah. maaf sekiranya penaip ini terkasar bahasa atau ada yang tersinggung. Maaf juga andai penaip tidak mempraktik mungkin tak sengaja. harap maafkan ana :) . Hanya sekadar perkongsian pendapat. Persetujuan mahupun pembantahan bolehlah beri pendapat anda pula bagaimana. Tiada kaitan dengan sesiapa. Peaceeee (Y) ^____^




can we? Insyaallah :)


#imissyou33
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...