Saturday, February 25, 2012

Rintangan..

Assalamualaikum..

Di suatu tempat aku masih tercari-cari jalan keluar sejak tengah hari tadi namun tak ku jumpa sehingga sekarang.  Matahari mula meninggalkan langit sendirian dan bulan sedia menemani awan. Aku sendirian hanya angin sepoi-sepoi bahasa yang menemai sejak tadi. Mengapa aku masih tersesat di sini. Bunyi cengkerik mula kedengaran. Langkah demi langkah aku terdengar bunyi aliran air tetapi kadangkala seperti menghilang tenggelam dek bunyi cengkerik mengalahkannya. Aku cuba mencari dari mana punca bunyi air itu. Aku teruskan perjalanan sehingga aku dapati bunyi aliran seakan air sungai itu semakin kuat.

Ya, memang tepat. Itu air sungai. Dengan berbekalkan lampu suluh kecil dari handphone ini aku mencuba untuk mengikuti jejak air ini mengalir dengan harapan aku menjumpa jalan keluar dari tempat semak ini. Inikah hidup yang penuh dengan liku dan harus bijak mengatasi dan melaluinya? Jika tersilap langkah pasti gelaplah masa hadapan dek tibaham harimau mungkin. Ataupun lemas di dalam sungi mahupun tergelincir ke dalam gaung dan berkemungkinan juga mati kelaparan. Itu terpulang sama ada bijak mengatasi mahupun berticak melulu memakan diri.

Begitulah gamaknya. Sedang meniliti laluan air itu akhirnya aku tergelincir ke dalam sungai itu. Dalam kegelapan malam yang hanya ditemani cahaya bulan yang dipantulkan dari matahari itu. Sungguh samar-samar dan hampir tiada apa yang aku lihat. Hendak kembali semula ke darat tidak pula aku nampak tempat untuk naik ke darat. Aku turutkan sahaja kehendak air ini mengalir. Mujurlah hanya separas dada namun itu cukup untuk membuat aku sesak sekali sekala atas tekanan air yang ada di situ. Sampai bila aku harus lalui rintangan ini. Hendak mengalah memang tak boleh. Allah tak suka orang putus asa. Istiqamah, wahai diri. Allah melihatmu.. sabar...

Entah apa yang ada dalam sungai ini. Buaya? Ular? atau apa. Memikirkannya sahaja sudah cukup menggerunkan dan mampu membuatlku kecut perut. Dan baru terasa yang perut ini sudah minta diisi sedari tadi namun tiada apa yang mampu aku telan. Tak mengapa sebentar lagi pasti ada yang menanti kepulanganmu dengan sabar. Tiba-tibaa ada pula dahan yang melanggar tubuhku dari belakang. Sunnguh berbisa dahan itu. Kaki pula seakan terpijak sesuatu. Apakah ini. Menggelikan. Sunnguh terpaksa aku menahan kesakitan ini sendiri. Tiada siapa menemani. Dimana kalian saat aku terkapai-kapai mencari bantuan.

Aku tak pinta kau menemani setiap saat namun mengapa harus kau menarik diriku ke sini sedangkan kau ketahui bahawa kau akan tinggalkanku sendiri mencari penyelesaian sendiri. Terkapai kelemasan diri ini namun aku pergagahkan diri mencari kekuatan diri. Hendak menyalahkan tiada guna. Pasti perbalahan akan bermula dan pastinya pihak menyebelahimu dan menyalahkanku. Aku hanya mampu terdiam. Dikala memikirkan perkara itu akan terjadi jika aku bertindak melulu, aku berjalan sendirian menahan luka calar balar ini sendiri tanpa aku pinta akan bantuanmu. Sungguh aku tak rela diperlekehkan begitu. Jauh sekali jika kau menganggap aku yang mencari.

Memang benar seperti aku yang mencari di luar namun apa yang aku cari hanyalah jawapan yang aku pinta. Bukan  aku mencarimu untuk menuntutmu tapi jawapan sahaja yang aku pinta. Jangan sekali kau buat aku diperbodohkan seperti bekas mencari penutup atau perigi cari timba. Tidak sekali aku menginginkan itu. Malah terasa seperti melemparkan batu tepat ke kakimu untuk menyedarkan apa erti segala apa yang aku lakukan. Aku terduduk tatkala kau menyalahertikan segala tindakan itu. Namun aku diam menuruti kata angin. Tidak perlu diperbesar kerna itu hanya penambah perisa luka dan episod kehidupan dalam segenap hati ini.

Adakah puas bagimu memberi perisa luka berdarah di segenap ruang hati gadis yang ikhlas itu. Sedang kau berfoya bermain layang-layang senang sahaja kau melepaskan setelah puas bermain dengannya. Kau fikir layang-layang itu tidak sedih pabila tersangkut di pepohon? mungkin sekali pohon itu penuh duri. Tambah lagi duka di badannya. Sungguh tidak adil. Tak mengapa. Aku masih meneruskan perjalanan ini. Tanpa airmata. Aku pasti. Walaupun aku masih mencari jalan keluar dari semak ini, aku yakin aku akan berjaya melaluinya dengan pebuh ketabahan dan kesabaran. Aku tahu ini hanyalah sekelumit rintangan yang aku lalui.

Pasti beribu rintangan yang bakal aku lalui selepas ini. Aku turutkan sahaja undang-undang ini. Aku akan mengikuti sahaja laluan sungai ini sehingga ke penghujungnya. Sehingga ke penghujung nyawaku. Aku mencari jalan keluar. Mencari dan terus mencari...

Friday, February 17, 2012

Al-Fatihah..atok...

Assalamualaikum wbt.

Lagi beberapa hari zaty nak masuk semester dua dah masa zaty dapat berita ni. Kebiasaannya pagi-pagi subuh tidur nyenyak je tapi pagi 15 Februari ni asyik terbangun je nak lelap pun susah. Kenapa ye. Tiba-tiba ayah ketuk pintu bilik suruh kemas beg dengan muka cemasnya dan masih berpakaian uniform kerja. Mengapa ye cemas-cemas ni? Ayah kata kita balik kampung atok kemalangan. Teruk ke ayah? entah, katanya dah tak ada. Zaty terdiam tak tahu nak buat apa. Kemas beg pun baju tak lipat semua masukkan jer entah cukup ke tak baju tak tahu lah. Ni masih pukul 7.30 pagi. Sementara tunggu ibu adik balik kemas2 lah beg. Dalam fikiran mengatakan atok masih ada lagi, cedera je tu. Tak mungkin lah. Tiada air mata yang gugur.

Tengah mandi, fikiran mula berfikir yang bukan-bukan, dan mulalah teresak-esak. Sepanjang perjalanan semua diam tak cakap apa-apa. Ibu nak cakap lepas tu nangis, diam kembali. Zaty nangis sikit je sebab hati kata atok selamat, cedera je. Atok tak apa-apa kan? Adik kecil, Amsyar yang selalu bising kalau dalam kereta pun senyap je kali ni seolah mengerti apa yang berlaku. Adik, adik faham ke kenapa kakak nangis ni? Kereta ni menuju menemui atok sedangkan kereta lain entah mengejar apa ye? Zaty fikir, orang yang ada dalam kereta kat jalan raya ni mesti ada tempat tujuan dan mesti ada masalah sendiri kan. Tengok macam tenang je kereta lalu atas jalan raya tapi kereta kami penuh dengan sayu. Jadi jangan menyangka semua orang sedang bahagia.

Kami terus ke rumah atok, dah ramai. Atok, betul ke maknanya ni? Ayah peluk maksu, maksu nangis. Zaty hanya terdiam..peluk nenek, tak tahan air mata gugur juga. Aku masih punya perasaan! 9 pagi atok baru di hantar ke hospital tapi kenapa atok dibiarkan lama atas jalan tu? kenapa orang tak tolong?Maksu, apa cerita sebenar, apa yang terjadi?

6.40 pagi maksu tengok atok termenung kat dapur tapi lepas maksu mandi, 6.50 pagi atok dah takde, pergi menoreh getah macam biasa. Biasanya atok pergi lagi awal kan? Kenapa? atok fikir ye nak pergi ke taknak ea? Lepas maksu siap-siap tiba-tiba ada orang datang cakap atok dah takde. Maksu call adik beradik ayah. Mula-mula kereta terlanggar atok mungkin sebab gelap lagi, tak perasan. Lepas tu, pemandu kereta ni dengar bunyi kuat dan undurkan kereta semula tengok atok dah macam tu. Kereta yang lepas pemandu pertama tadi lari. Secara detailnya Allah yang tahu. Yang pasti, pertama hanya terlanggar sedikit menyebabkan atok jatuh. Yang kedua tu terus langgar, bagaimana? Taktahu. Atok mungkin tengah berusaha nak bangun tapi belum sempat nak bangun kereta kedua terus langgar ye atok?

Kereta kedua tu mesti laju sebab kalau perlahan atok tak akan kene sampai macam tu sekali tahu tak? Jalan kampung je pun, kenapa bawak kereta laju-laju hah? Yang kau lari tu kenapa? Takot? Bila kau nak report polis? kereta pertama mengaku dan meminta maaf. Tapi kau? diam je? Siapa kau ye..aku tak dendam pun cuma aku nak tahu siapa kau dan bagaimana boleh terjadi sehingga keadaan atok macam tu sekali. Kepala atok parah, otak atok terkeluar. Tubuh atok yang kurus tu tersembam ke atas jalan. Aku tak sempat tengok.

Hampir 12 tengah hari, jenazah atok tiba di rumah. Orang ramai angkat atok ke dalam rumah. Zaty diam. Perlahan-lahan, orang membuka penutup keranda. Melihatkan jenazah atok yang sememangnya kurus kelihatan sangat kurus. Bahagian muka atok dibuka untuk ditatap buat kali terakhir. Orang pertama yang cium atok, adik beradik atok, lepas tu ibu dan lepas tu Zaty. Sayunya mata atok. Atok! Zaty tak sempat cium pipi atok, ni Zaty boleh cium pipi atok tetapi beralaskan plastik. Atok..kenapa atok meninggal dalam keadaan macam ni. Atok kan baik. Atok yang sayang cucunya. Suami yang baik kepada nenek. Bapa yang baik kepada ayah dan adik beradik ayah. Zaty tahu atok baik sangat dengan orang dan kawan-kawan atok.

Semua orang yang beli tanaman atok, mesti atok bagi lebih. Kalau orang datang rumah atok mesti bagi sesuatu untuk dibawa balik. Ubi, keledek, nenas, macam-macam. Atok, lepas ni sapa nak tanam kan semua tu atok? Lepas ni tak de lagi orang yang nak gorengkan pisang, keledek, rebuskan ubi, buatkan air kopi, air milo untuk Zaty. Selalu kalau baru sampai je atok dah keluarkan makanan. Buat susah-susah je. Bukan Zaty yang sediakan untuk atok tapi sebaliknya pulak. Atok, baiknya atok. Kecik-kecik dulu Zaty dan adik tidur dengan atok sekali kan. Kita tengok tv sama-sama sampai tertidur. Bangun pagi je atok dah takde, pergi menoreh. Nanti da pukul berapa tunggu atok kat pintu tepi rumah, atok lalu nak letak basikal kat belakang rumah. Tapi lepas ni hanya tinggal kenangan dan bayangan je atok lalu tepi rumah dengan baju kebun dan basikal atok tu.

Kali ni kali ketiga atok kene langgar kan. Pertama atok cedera ringan je. Kedua, basikal atok kemek, tayar yang bulat jadi nombor lapan. Ayah dan maksu belikan atok basikal baru. Basikal itulah yang atok gunakan. Kali ni basikal tak teruk tapi atok yang teruk. Kenapa atok?kenapa atok tak cepat2 bangun. Kebiasaannya keadaan rumah panas waktu tengah hari tapi kali ni tiada apa yang Zaty rasa. Langsung tak panas. Biasa saja. Zaty tunggu sehingga atok dimasukkan ke dalam van jenazah. Zaty tengok atok pergii sampai hilang dari pandangan. Betul ke tu atok? Zaty rasa macam mimpi, atok. Zaty rindu saat zaty manja-manja dengan atok. Zaty cucu yang rapat dengan atok kan. Setiap kali atok ngeteh petang2, atok belikan jajan untuk Zaty dengan adik.

Kadang-kadang Zaty ikut sekali naik motor dengan atok jalan-jalan waktu petang. Zaty rindu saat bila Zaty balik kampung nampak atok kat depan rumah tengah mencangkul nak tanam ubi, keladi semua tu. Zaty turun kat depan sebab nak teman atok. Lepas ni zaty tak akan nampak lagi semua tu. Tiada lagi orang yang nak tanam, jaga semua tu. Durian, manggis, ubi, keledek, keladi, nenas semua atok tanam. Zaty penah teman atok petik pucuk ubi kat depan kan? Zaty pernah ikut atok ke belakang rumah bakar daun-daun kering. Lepas ni takde sapa lagi nak teman nenek kat rumah, nak halaukan monyet-monyet yang masuk rumah tu. Takde lagi orang yang susunkan pinggan. Bila Zaty basuh pinggan, atok yang susun pinggan, kemas dapur. Atok, patutnya Zaty yang buat tau.

Tapi ni atok buat semua. Tapi lepas ni takde sape nak buat. ATok sempat tinggalkan keladi dan ubi untuk kami kan. Zaty tengok pokok keleadi tu baru sehelai dua je daunnya. Atok memang tahu atok nak pergi ye. Sempat lagi atok tanam untuk waris atok kan. Tanaman atok semua menjadi. Kalau zaty tanam apa jadi tah. Mati agaknya. Atok sangat tenang kan. Orang curi getah yang atok toreh pun atok diam je. Atok memang pendiam tapi zaty tahu ada sesuatu yang atok sembunyikan akhir-akhir ni. Masa raya cina haritu atok diam je tak banyak cakap. Tapi jiran kata atok jadi peramah sejak akhir-akhir ni. Atok peramah dengan orang luar pulak yer.

Atok, hajat paksu nak amek gambar raya kat kedai tahun ni tak sampai. Hajat ayah nak hantar atok pergi haji pun tak sampai. Ayah selalu bagi atok kasut kan? ayah bagi atok jam, macam-macam. Kenapa atok tak tunggu zaty grad, tunggu zaty kerja? zaty tak sempat bagi sesuatu kat atok kan. Zaty nak jugak bagi atok rasa duti zaty tapi tak sempat. Atok sayang semua benda yang ayah bagi kat atok. Atok basuh kasut tu jemur kat bumbung. Rindunya...ramai sangat orang datang, tak pututs-putus. Ni semua sebab atok baik dengan orang kan. Ramai sangat2. Petang, zaty basuh pinggan, zaty menghadap belakang rumah, tempat selalu atok simpan basikal. Terbayang wajah atok kat situ. Zaty tengok cangkul, barang-barang atok. Sayunya.

Atok, zaty basuh pinggan sejam lebih agaknya sampai kecut jari jemari Zaty tapi takpe ni semua sebab atok. Ramai orang datang, Zaty sanggup berkorban semuanya. Lepas asar mandi-mandi sekejap, sambung lagi kerja dapur. Penat memang tak terkira sebab dari pagi tu tak makan. Malam ni tahlil pertama. Ramai sangat orang datang. penuh. Kereta banyak sangat mengalahkan orang datang jemputan kahwin. Atok baik dengan semua orang kan. Baiknya atok. Sementara tunggu tahlil siap, mak ngah cakap ni mesti atok ada kat luar tengok kita panggil-panggil kita tapi kita tak dengar. Atok nampak kami semua kan tapi kami tak nampak atok.

Atok senyum je kan. Maksu kata akhir-akhir ni atok tidur bukak lampu. Kenapa? atok takot ye tidur gelap sorangsorang. Zaty tak sempat jumpa atok. Last zaty jumpa atok raya cina hari tu je. Tapi atok, atok sempat pergi USIM tempat zaty belajar kan. Atok masuk situ dengan ibu ayah, nak tengok zaty kan. Kita makan sama-sama kat Sepang kan. Lepas tu, nenek sakit, masuk hospital, kritikal sangat. Tapi nenek berjaya lepas keadaan tu. Nenek memang sakit dari dulu tapi atok yang pergi dulu. Kenapa atok..nenek asyik sebut, lepas ni mesti sunyi. Zaty senyum je atok. Zaty pun sedih.

Ayah ibu zaty adik-adik dan keluarga pak ngah mak ngah semua tidur kat depan tempat atok disembahyangkan tengah hari tu. Sebenarnya semua sekali tidur tak lena. Zaty pun. Takleh lelap, dah lelap, sejuk pulak. Bila tersedar teringat atok. memang sangat tak lena sampai ke pagi. Pagi-pagi takde apa nak buat, cuma kemas rumah je. Orang masih datang. Tapi petang, masing-masing kepenatan dan ngantuk kerana semua tak dapat tidur malam semalam. Petang semalam baru zaty dapat tidur. Tahlil hari kedua, orang masih ramai. Ada orang bai makanan, banyak sangat. Murahnya rezeki atok kan.

Semua orang ingat atok. Zaty lagi ingt atok tapi zaty tak dapat bagi apa-apa selain doa untuk atok. Atok tak tinggal solat kan, atok puasa penuh kan, atok baik kan. Zaty harap atok ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Zaty taknak atok sakit lagi. Atok, zaty sempat temankan atok sampai tahlil hari kedua je. Zaty nak kene balik kampus, semester baru. Atok tahu tak, hari yang sama atok pergi, hari itu jugaklah keputusan keluar dan kawan zaty yang tolong tengokkan. Baik. Zaty tak sempat nak bagi tahu kat atok. Atok, Zaty akan belajar rajin-rajin dan capai cita-cita. Insyaallah. Zaty pun tak akan lupa mendoakan atok. Insyaallah. Amin.

Zaty akan mmemulakan hidup baru dengan semangat yang baru. Gembira dan sedih pada hari yang sama, mana yang lebih menguasai? rasanya sedih lebih menguasai hari 15 Februari 2012. Patutla zaty tak boleh tidur haritu. Atok tahu tak zaty mimpi zaty kene pakai baju putih dengan kain batik, ade orang ramai lah jugak dalam mimpi tu pakai sama macam zaty. Rupanya atok yang pergi. Pagi semalam, ade berita tentang atok kat metro dan sinar harian.

Harian metro



Atok, sekarang pukul 1pm 17Februari2012. 3 hari dah atok pergi. Masih terasa macam mimpi. Tapi Zaty reda dengan pemergian atok. mana boleh meratap pemergian, tak reda dengan takdir Allah. Semoga ramai yang mendoakan atok sentiasa. Hanya itu sahaja yang kami mampu beri selepas atok pergi. Semoga dengan apa yang kami sedekahkan ini dapat menemani atok melalui dan menghadap Allah di sana. Zaty akan menggunakkan hari yang ada untuk berjasa kepada orang yang masih berada di dunia ini. Zaty tak mahu menyesali jika terlambat. Biarkan kita sakit, tapi kita tak menyusahkan orang. Selagi termampu, Zaty akan berusaha menjaga hati dan sesiapa yang berkaitan terutama keluarga. Zaty akan usaha sedaya upaya. Insyaallah. Izinkan hambaMu meniti hari dengan redaMu. Amin. Mohon pembaca mendoakan sekali. Al-Fatihah. Terima kasih.

Zaty sayang atok. Al-Fatihah.

Friday, February 10, 2012

Stalkers and readers .

Assalamualaikum wbt.

Apa beza stalker and reader pada pandangan anda? Saya nak cakap, eh taip, melalui pendapat saya sahaja kalau salah harap maaf ye kawan-kawan. Stalkers merupakan orang yang menceroboh dan mencuba mengambil tahu secara senyap-senyap dan mempunyai niat lain selain sekadar membaca. Readers pulak orang yang membaca apa sahaja yang tertera tanpa mempunyai niat untuk memcerca memaki hamun dan mengambil tahu tentang seseorang sehingga mengutuk orang tersebut. Kalau awak nak stalk pun saya tak kisah tapi tak payah nak mengutuk-ngutuk sambil membaca apa yang tertera depan mata awak-awak tu hah. Tak baik tau. Tapi untunglah orang yang awak kutuk tu sebab dia dapat pahala. Semakin banyak awak kutuk dia semakin banyak pahala yang dia dapat tau. Alhamdulillah.

Awak-awak tak perlulah suruh kawan-kawan awak 'add friend' kat facebook orang yang awak nak stalk tuh. Awak-awak add lah sendiri. Awak-awak pun kalau dah tak suka dengan orang tu awak-awak semua bukan setakat remove tapi block sekali lepas tu suruh kawan-kawan awak add pulak orang yang awak remove/block tu. Kerja senget lah tu kan. Kesian. Kalau biar pun kenapa, tak perlu lah nak block, remove pun cukup lah kalau dah tak suka sangat. Tapi kalau tak remove pun kalian kan boleh hide segala bagai tu kalau kedekut sangat tak nak dia ambil tahu pasal kalian kan kan kan. Serabut lah tengok orang sedih marah kecewa bila ada orang yang me'remove' mem'block' mereka tanpa sebab yang kukuh pun. Kan semua dah baligh/matang kan.

Fikiran jangan macam budak-budak atau cetek sangat ambil perkara remeh tu macam sesuatu yang besar. Ini sekadar alam maya sahaja. Hanya rekaan dan khayalan. Realiti kehidupan kita di luar sana. Adakah kalian tahu siapa saya di luar? tidak, bukan? Biarlah benda2 yang tak wujud nih tapi jagalah hak privasi anda. Mungkin ada stalkers yang nak carik gambar anda dan edit untuk dijadikan fitnah semata-mata. Jenayah siber ada dimana-mana. memang tak selamat dah dunia sekarang nih. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Kadang kita tak sedar yang orang paling rapat juga berkemungkinan mendedahkan privasi kita tanpa kita sangka. Macam-macam lah kan.

Benda-benda ni tak tahulah ada kaitan dengan saya ke tak. Saya tak mem'block' orang sesaja tau. Saya akan block orang yang tak senonoh contohnya lelaki yang tiba-tiba hantar mesej lucah-lucah. Itulah orangnya. Lain-lain Insyaallah takde. Jika ada mungkin ada sebab yang kukuh. Sebab semua yang ada kawan-kawan sendiri. Tak perlu nak marah sampai macam tu. Kita benco seorang, ramai yang membenci kita nanti. Saya taknak orang benci saya jadi saya taknak benci orang akan tetapi kita tak mampu memuaskan hati semua orang kan. Mungkin ada yang terasa hati, mohon ampun dan maaf. Mungkin ada salah faham antara kita yang kita tak sedar, mungkin. Tapi marilah kita bermaaf-maafan. Kita tak tahu bila ajal kita.

Kepada yang mem'block' diri ini dimana-mana sahaja termasuk fikiran, apakah yang membuatmu bertindak begitu. Tak mengapa, harap maaf atas kekasaran mahupun kesaiktan yang saya beri. Mungkin itu semua tanpa saya sedar. Saya tak berdendam dengan kamu-kamu. Kerana saya sedar kita semua makhluk Allah yang sering membuat kesilapan. Adakala kita tersedar pabila orang menegurnya jika tidak memang tidak akan sedar. Okay berbalik kepada tajuk, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah jenayah siber. readers ni kalian lah. Membaca untuk sesaje je kan.

Stalkers tu yang bahaya entah apa yang dia nak bomohkan dengan gambar yang ada atau apa sahaja yang ada untuk memfitnah kita kan. Kita tak tahu sapa yang memusuhi kita mungkin dia perhati kita dari jauh je tunggu masa nak menjatuhkan kita. Berhati-hatilah. I hate stalkers okay. Saya tak membenci orang tetapi saya benci orang yang melakukan jenayah ni. Jangan salah faham okay sayang. jagalah hak anda. Semoga kita semua terpelihara daripada perkara-perkara ni. Semoga Allah melindungi kita sentiasa. Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Aallah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Amin. InsyaAllah.

Kebelakangan ini jarang menghupdate blog sebab bahagia sangat sampai tiada madah dan kata nak diucap. Hehe. I am happy now. Tapi tak reti nak share kebahagiaan ni macam mana. Adalah sebabnya yang saya tak boleh share dengan kalian sebab saya ada hak juga. Heee. okay. Wassalam. Yang baik datang daripada Allah yang buruk datang daripada saya sendiri.


can we ? heee

macam ni lah caranya kan....

I knew I have; maybe

TOTALLY

.............. :)


*143143567*

Sunday, February 5, 2012

Wordless

Assalamualaikum wbt .








*143143567*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...