Saturday, February 25, 2012

Rintangan..

Assalamualaikum..

Di suatu tempat aku masih tercari-cari jalan keluar sejak tengah hari tadi namun tak ku jumpa sehingga sekarang.  Matahari mula meninggalkan langit sendirian dan bulan sedia menemani awan. Aku sendirian hanya angin sepoi-sepoi bahasa yang menemai sejak tadi. Mengapa aku masih tersesat di sini. Bunyi cengkerik mula kedengaran. Langkah demi langkah aku terdengar bunyi aliran air tetapi kadangkala seperti menghilang tenggelam dek bunyi cengkerik mengalahkannya. Aku cuba mencari dari mana punca bunyi air itu. Aku teruskan perjalanan sehingga aku dapati bunyi aliran seakan air sungai itu semakin kuat.

Ya, memang tepat. Itu air sungai. Dengan berbekalkan lampu suluh kecil dari handphone ini aku mencuba untuk mengikuti jejak air ini mengalir dengan harapan aku menjumpa jalan keluar dari tempat semak ini. Inikah hidup yang penuh dengan liku dan harus bijak mengatasi dan melaluinya? Jika tersilap langkah pasti gelaplah masa hadapan dek tibaham harimau mungkin. Ataupun lemas di dalam sungi mahupun tergelincir ke dalam gaung dan berkemungkinan juga mati kelaparan. Itu terpulang sama ada bijak mengatasi mahupun berticak melulu memakan diri.

Begitulah gamaknya. Sedang meniliti laluan air itu akhirnya aku tergelincir ke dalam sungai itu. Dalam kegelapan malam yang hanya ditemani cahaya bulan yang dipantulkan dari matahari itu. Sungguh samar-samar dan hampir tiada apa yang aku lihat. Hendak kembali semula ke darat tidak pula aku nampak tempat untuk naik ke darat. Aku turutkan sahaja kehendak air ini mengalir. Mujurlah hanya separas dada namun itu cukup untuk membuat aku sesak sekali sekala atas tekanan air yang ada di situ. Sampai bila aku harus lalui rintangan ini. Hendak mengalah memang tak boleh. Allah tak suka orang putus asa. Istiqamah, wahai diri. Allah melihatmu.. sabar...

Entah apa yang ada dalam sungai ini. Buaya? Ular? atau apa. Memikirkannya sahaja sudah cukup menggerunkan dan mampu membuatlku kecut perut. Dan baru terasa yang perut ini sudah minta diisi sedari tadi namun tiada apa yang mampu aku telan. Tak mengapa sebentar lagi pasti ada yang menanti kepulanganmu dengan sabar. Tiba-tibaa ada pula dahan yang melanggar tubuhku dari belakang. Sunnguh berbisa dahan itu. Kaki pula seakan terpijak sesuatu. Apakah ini. Menggelikan. Sunnguh terpaksa aku menahan kesakitan ini sendiri. Tiada siapa menemani. Dimana kalian saat aku terkapai-kapai mencari bantuan.

Aku tak pinta kau menemani setiap saat namun mengapa harus kau menarik diriku ke sini sedangkan kau ketahui bahawa kau akan tinggalkanku sendiri mencari penyelesaian sendiri. Terkapai kelemasan diri ini namun aku pergagahkan diri mencari kekuatan diri. Hendak menyalahkan tiada guna. Pasti perbalahan akan bermula dan pastinya pihak menyebelahimu dan menyalahkanku. Aku hanya mampu terdiam. Dikala memikirkan perkara itu akan terjadi jika aku bertindak melulu, aku berjalan sendirian menahan luka calar balar ini sendiri tanpa aku pinta akan bantuanmu. Sungguh aku tak rela diperlekehkan begitu. Jauh sekali jika kau menganggap aku yang mencari.

Memang benar seperti aku yang mencari di luar namun apa yang aku cari hanyalah jawapan yang aku pinta. Bukan  aku mencarimu untuk menuntutmu tapi jawapan sahaja yang aku pinta. Jangan sekali kau buat aku diperbodohkan seperti bekas mencari penutup atau perigi cari timba. Tidak sekali aku menginginkan itu. Malah terasa seperti melemparkan batu tepat ke kakimu untuk menyedarkan apa erti segala apa yang aku lakukan. Aku terduduk tatkala kau menyalahertikan segala tindakan itu. Namun aku diam menuruti kata angin. Tidak perlu diperbesar kerna itu hanya penambah perisa luka dan episod kehidupan dalam segenap hati ini.

Adakah puas bagimu memberi perisa luka berdarah di segenap ruang hati gadis yang ikhlas itu. Sedang kau berfoya bermain layang-layang senang sahaja kau melepaskan setelah puas bermain dengannya. Kau fikir layang-layang itu tidak sedih pabila tersangkut di pepohon? mungkin sekali pohon itu penuh duri. Tambah lagi duka di badannya. Sungguh tidak adil. Tak mengapa. Aku masih meneruskan perjalanan ini. Tanpa airmata. Aku pasti. Walaupun aku masih mencari jalan keluar dari semak ini, aku yakin aku akan berjaya melaluinya dengan pebuh ketabahan dan kesabaran. Aku tahu ini hanyalah sekelumit rintangan yang aku lalui.

Pasti beribu rintangan yang bakal aku lalui selepas ini. Aku turutkan sahaja undang-undang ini. Aku akan mengikuti sahaja laluan sungai ini sehingga ke penghujungnya. Sehingga ke penghujung nyawaku. Aku mencari jalan keluar. Mencari dan terus mencari...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...