Saturday, December 17, 2011

Di mana kamu...

Assalamualaikum.

Tiada kata lain yang sesuai selain keperitan. Tiada kata lain yang dapat menggambarkan kesengsaraan hati. Tiada madah dapat menggambarkan keparahan luka di hati. Andai kata hati terletak di tangan pasti kau dapat melihatnya berdarah tanpa henti disusuri linangan tangisan mata dan hati membanjiri seluruh tubuh. Sekiranya dari titik mula kau tahu aku pasti kau biarkan mengapa kau harus merelakan dirimu mengikatku ibarat basikal dirantai di tiang rumahmu. Pabila bosan kau mengayuh tubuhku sehingga ke lubuk mana asalkan kau peroleh kepuasan. Apabila kekaratan mewarnai tubuhku kau biarkan ia lusuh berhabuk. Adakah itu adil bagi aku yang memberi jasa kepadamu saat kamu benar benar memerlukanmu.

Tidak ku mengekori sekiranya kau tak mendahului. Tak ku memberi sekiranya kau tak mencari. Tak pernah sekali aku merelakanmu. Tak pernah sekali aku merelakan kau pergi. Hatiku meronta mencarimu dalam kelam tanpa suluh pelita. Akan ku gapai selagi aku mampu. Selagi aku terdaya. Aku mahukan kembali. Selama mana aku terdampar di tepian aku tetap merelakan diriku  menantimu selama mana kekuatan dayaku. Sehingga suatu masa aku pergi jauh meninggalkanmu aku pastikan kau menyesal merobek hatiku yang setia menantimu. 

Sekalipun aku mengatakan begitu itu hanya ketika kau berada di ruang kamar hatiku akan tetapi masa berubah seiring dengan sekeping hatimu yang kering dimamah matahari. Aku mehukannya kembali. Pulangkanlah kembali cintaku. Aku sekalipun tidak merelakan ia mengisi ruang hatimu. TIDAK. Sekali aku lalu dihadapan bilik ICU beribu kali hati ku berdarah tanpa henti. Tiada noktahnya. Alasan beribu alasan. Sayang beribu sayang benci beribu benci. Sekali jatuh terdamparlah kau mahupun sesiapa di lautan kasih. Sekiranya tangisan sendu ini ditadah pasti dapat membanjiri seluruh kamar ini. Dimana kau mencariku disitulah aku mahukan kau kembali.

Bukan aku menagih air kontang di perigi tetapi aku mahukan kembali hati yang telah kau curi sepenuhnya dan seluruhnya. Aku tetap dengan pendirianku. Meski tidak kau tahu bahawa kegembiraan yang terpancar di wajahku semata mahu menghindari dari membanjiri ruang ini setiap hari. Menyembunyikan kelukaan parah di hati yang hanya Allah saja mengetahui. Jika aku kejam dimana pula ruang kasih aku yang ku berikan selama ini. Kamu kamu kamu dan kamu harus mengetahui dan memahami setiap sudut. Pasti kau dikaburi. Demikianlah kau merasakan itu semua sebagai helah.

Aku berdoa agar kau merasai kelukaan berdarah dihatiku. Tidak aku serik mengenalimu malah belajar daripadamu akan erti sebuah pengenalan. Sekalipun bibir ku mengatakan benci itu hanya kerana kasihku terhadapmu terlalu menggunung menguasai segala emosi. Tidak sekali aku menerima alasanmu membiarkanku. Aku merasakan pasti. Pasti sesuatu tersirat yang tak aku ketahui. Simpan di hatimu? Tiada siapa tahu malah memburukkan keadaan. Di mana penjelasanmu. Aku perlukan itu. Akan aku tunggu sehingga suatu saat aku tak tertenggung rasa pasti aku mencari dan merungkai segalanya.

Sahabatku mengatakan aku tabah menghadapi. Kau mengatakan aku perempuan berani dan berdikari. Bukan aku pinta dipuji. Akan tetapi itu semua kata-kata semangat untuk aku meneruskan helah kehidupan penuh liku ini dengan ketabahan yang diberikan Allah. Pasti Allah membalas segalanya tiada siapa dapat membantahnya malah aku mengharapkan itu semua berlaku. Bukan aku membenci tetapi aku mahukan kembali cinta hatiku yang telah aku berikan walau ia hanya bertahan sementara. Sekali aku terluka pasti aku menuntut berkali. Bukan menagih simpati tetapi mengambil kembali. Kau harus ingat detik permulaan segalanya.

Adakah aku punca segalanya. Di mana titik mulanya. Aku yakin lagi pasti kau telah lalai dan melupakannya di mana ia bermula. Sedangkan membuka pintu ada kuncinya inikan pula hati halus seorang wanita. Ketabahan hati mengajar diri lebih berdikari. Bersabarlah lagi sayang. Allah pasti membantumu sayang. Tahanlah tangisan sendumu dari membanjiri ruang kamarmu.


Dimanahatimupastiakanakumilikikembali

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...