Sunday, December 18, 2011

Sebuah pelangi

Assalamualaikum.

Mentari pagi meninggalkan kelam malam menusuk mata menyedarkan jiwa. Aku lihat ramai manusia kelihatan seperti sebuah pesta. Tetapi itu semua suatu tujuan menunaikan yang wajib. Sedari pagi aku membuka mata memanjat syukur masih diberikan roh dan jasad malah dapat menghirup udara tanpa bayaran daripada Allah. dengan sinar mata mu, aku mampu tersenyum lebar bak melihat emas di genggaman. Aku melayari langkah demi langkah mencari teman menemani. Terhenti. Aku menjumpainya. Teman aku sedari aku mula gagal melawan emosi. Aku melangkah lagi. Lagi. Lagi. Dan lagi.

Aku terhenti diam terpaku melihatmu di hadapan mata tanpa aku pinta walaupun kau tak sedari kehadiranku di selindung tubuhmu sendiri. Meski kau sedang sibuk melayani permainan dirimu aku tetap meniliti seluruh air mukamu. Aku lihat sesuatu tersembunyi di sebalik wajah ceriamu. Aku sangat merindukan senyuman dan gelak tawamu. Sekali kau senyum pasti aku mampu gembira seberapa mungkin lama. Aku pasti kerna kau masih tersemat kemas di dalam hatiku. Aku tidak akan membiarkan sesiapa menjumpai kunci hatiku agar tak siapa dapat mengambil ruang hatiku yang sudah tersedia namamu di situ.

Aku ditinggal sendiri namun aku pasti suatu masih menanti. Aku meneruskan langkah bukan untuk menjauhi dan membencimu malah tabah mengharungi laluan yang penuh onak duri paku mahupun pisau terpacak tajam di segenap ruang yang menyukarkanku melangkah. Akan tetapi aku pasti masih ada ruang penyelasaiannya. Walau aku tak pasti akan kehadiranmu sebentar tadi. Walau aku tak pasti kau melihat segala persembahanku namun aku masih mengharapkan kau masih tercari-cari wajahku di mana aku tak dapat mencarimu yang pasti disorokkan di sebalik orang ramai yang memenuhi ruang dewan itu.

Aku benar-benar tak pasti. Seusai aku selesai segalanya aku tak sekali mengharapkanmu hadir namun kau sering menyusuri anak mataku. Kemana mata aku melilau pasti ada kehadiranmu. Aku pasti. Melihatmu gembira pasti menimbulkan curiga kepada benakku. Aku mempersoalkan kepada hati adakah kau gembira melihatku derita. Namun aku tersedar. Aku harus mendahulukan yang patut didahulukan di mana aku masih bergelar seorang penuntut ilmu. Akan aku simpan perasaan inni sehingga waktunya. Aku pasti menjaganya.

Walau aku masih mencari hatimu dan mengharapkan kembali, aku mahu kau seperti aku jua. Walau sesaat aku mendengar suaramu aku dapat melelapkan mata dengan penuh ketenangan bertemankan angin bayu menyentuh pipi selembut layanan hangatmu terhadapku suatu ketika dahulu. Dengan beralaskan tanganmu pasti aku dapat menyinari hatiku dengan pelangi yang kau hadiahkan kepadaku walau ia hanya beberapa detik. Pasti aku hafal dialogmu. Pasti aku ingat suaramu. Aku sangat rindu akan suaramu dan segalanya tentangmu. Jika dibenarkan pasti aku menjerit mengatakan itu duhai kasih.

Jika benar kau tak perlukan kehadiranku, pasti aku lebih mencuba mencari pelangi yang kau beri. Aku tak kering menjauhimu malah aku mengharap magnet merapati hubungan ini. Bukakanlah hatimu sayangku. Aku merindukanmu.


Imissyoualot

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...