Monday, December 19, 2011

Kelukaan hati

Assalamualaikum.

Siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Siapa sangka air muka yang penuh ceria menyimpan seribu satu duka. Kisah hati menjadi rahsia diri. Hendak dikhabar menjadi suatu bualan. Indahnya khabar dari rupa itu biasa terjadi. Namun tiada yang indah tentang khabarku. Lalu dinoktahkan khabar itu. Melihat burung berterbangan seperti melayangnya fikiran. Hendak ditangiskan itu suatu kerugian namun siapa dapat bertahan jika hati menghadapi kelukaan. Perlukah ia ditangisi sedangkan hati dilukai ibarat dihiris sembilu. Kegembiraan diperoleh hanya sementara. Ia datang tanpa dipinta. Ia datang dengan kerelaan.

Namun hanya sebagai tempat persinggahan dan luahan duka menemani tatkala kebosanan sendirian. Gembira ditemani. Seusai gembira dibuang begitu sahaja lalu kembali mengutip kelopak yang lalu meninggalkan kelopak lain terkulai layu. Kelopak hanyalah kelopak yang tidak bertangkai mahupun berbatang. Terbanglah ia bersama angin lalu diiringi kenangan yang menghiris hati. Walaupun seringkali dihiris, ia hanyalah luka dan tidak pernah menjadi semakin sedikit malah menjadi semakin luka luka dan luka.

Semakin ia menjauhi lalu menghampirinya semakin ia terluka. Senang benar ia berubah warna. Tidakkah ia sepatutnya menjadi satu warna yang sentiasa menyenangi kehidupan yang lain. Tidak pernah sekali ia menerima dengan senang jika ia meninggalkan. Tidakkah ia mengerti kelekuan lidah keperitan hati kedinginan tangan ini. Ditikiam sebegini hanya siapa mengerti. hendak dikhabarkan tidak mendapat habuan. Hendak dilayankan tidak juga mendapat balasan namun hanya kesakitan. Terpaksa didamaikan hati dengan sendiri. Bertemankan cahaya lampu neon di kegelapan malam.

Bertemankan sekeping hati yang telah hancur bersama jantung hati yang telah pergi dan bersama pensel menemani tangan dan juga keyboard yang sentiasa menerima maklumat. Hati yang sekeping kini menjadi kehancuran kaca yang telah jatuh ke tanah yang tidak mampu untuk dilekatkan kembali. Walaupun jika ia pecah dua mahupun tiga mungkin tidak mustahil akan tetapi jika ia pecah seperti cermin kereta yang hancur pabila kemalangan adakah ia mampu dicantumkan kembali. Wahai hati dimanakah kategorimu sayang.

Ia dipinta untuk dikasihi bukan dikhianati sebegitu. Ia minta diusap lembut bukan dikasari dek tangan dan suaramu serta kata-katamu. Senyum di wajah untuk mengubati sendiri. Ia harus tahu bukan mencaci maki. Orang sekeliling hanya mampu mengata seperti tak pernah melalui hanya tahu memaki. Hanya tahu mengambil yang kanan tanpa menoleh ke kiri. Sedangkan dunia ini luas. Tak harus ia perlakukan sebegitu malah seharusnya ia memandang sekeliling. Walaupun begitu bukanlah bermaka ia mamahami menyeluruh kerna tak semua dapat memamahi sepenuhnya karangan hati. Allah sahaj yang memahami keseluruhannya.

Dimana kekuatanku. Akan aku bina sendiri dengan bantuan Allah. Tidak pernah hadir perkataan delete di ingatanku untukmu. Aku berharap kau mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan aku. Seringkali hati disakiti namun hati masih memerlukan tanpa diragui. Tak sekali ia meragui akan kehadiran ini. Malah menghargai setiap detik itu. Doakan aku, sahabat.


Ihateyou

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...