Wednesday, November 14, 2012

Menyintai masalah?

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali ingin menguacapkan kata maaf sebab jarang update blog ni. Busy sangat2. Paham2 jelah student kan. Saya cinta sangat kat MASALAH. Aduh. Semua orang ada masalah kan cuma beza dari segi saiz je ; besar kecik.

Jadi student ada masalah. Cikgu ada masalah. Surirumah ada masalah. Suami ada masalah. Kakak abang adik ibu ayah pols tentera wartwan dan sesisapa sahaja punyai masalah. Nak taknak sahaja kita hadapi. Situlah wujudnya orang yang berputus asa, nak bunuh diri sebab tak tahan dengan masalah yang dihadapi. Semuanya gara-gara masalah. Sedangkan penulis pon mempunyai masalah. Masalah takde idea. Ha okay itu masalah kecil saje. Pejam mata je. 

Kalau bab student, bagi penulis ni. Sebab orang yang sedang melalui, pernah melalui pasti memahami situasi itu. Kalau askar tetiba nak paham student, boleh. Tapi...adala dalam 40 ke 30 peratus sahaja dia paham. Tak mungkin dia paham semuanya. Begitu juga ibu ayah dengan kita. tak mungkin la kita nak cerita semuanya dekat ibu ayah. Sedangkan ibu ayah kita nak melayan masalah sendiri, masalah anak-anak mereka yang lain. Mungkin dia tenang mendengar tapi hati dia mana kita tahu kan. Aduh. masalah. masalah. Masalah student sangat banyak kan. Assingment berlambak. Belum siap satu datang lagi dua tiga. Eh eh eh. Datang lagi. Sambil ada masalah yang berkaitan dengan kampus, ada lagi masalah lain. Masalah keluarga mungkin. Masalah sendiri. Masalah peribadi. Masalah kawan. Sebagai penambah rasa lah kot. Sedap sikit. Manis rasa. Kalau tak tawar je kehidupan. HEHE...

Lagi satu, masalah kita yang paling susah nak diubati ialah memahami orang. Kan? Dari kita tadika sampai ke besar dewasa ni, adakah kita yakin kita mampu mehamai semua orang seratus peratus? mestilah tidak. Kadangkala nak cuba memahami orang ni pun terasa seperti nak putus asa untuk memahami orang. Dari situlah wujudnya malas nak memahami. Biarkan sahaja. Siapa setuju? Penulis rasa ramai je yang pernah rasa macam nih kan kan kan. Memang perit rasa nak faham orang macam mana. Macam mana kita rasa orang tak faham kita macam tu jugaklah dia rasa kita tak faham dia. Aduh kesian orang tu sebab kita tak faham dia. tetapi apakan daya kita tak mampu nak memahami semua orang tapi kita cuba sedaya upaya.

Bukan buat tak endah. eh lantak kau la. Bukan macam tu. Contohnya. Kita nampak kawan kita terkial-kial bawak barang banyak. Kita cakap, banyaknya barang lepastu kita blah je. Eh, memang la dia tak cakap minta tolong tapi tolongla. Dia segan kan. Kalau kawan kita diam je, mesti dia ada masalah yang dia fikirkan. Mungkin lebih baik kalau kita tak cari pasal dengan dia kalau kita taknak kene marah balik. Kan. Kalau bab-bab memahami yang lain, memahami pasal perasaan, pasal idea, pasal kerja tu memang payah. Nak bagi example pon susah rasa. Hehe

Seorang ketua memberi arahan. Tapi belum tentu semua anak buah dengar kata. Tapi apabila sesuatu terjadi anak buah complain menyalahkan ketua. manalah ketua tak pening nak melayan kerenah semua. Dah bagi arahan tak dengar kata. Haiyaa. haha..Dan setiap tindakan itu pasti ada sebab musababnya. Ketua yang baik akan membuat kerja dengan baik. Masalah lain pulak kalau ketua yang mementingkan diri sendiri tak dengar pandangan anak buah pun jadi masalah besar jugak tu. macam mana kita nak memahami orang macam ni. Kita tegur kita yang kene maki. Kita diam dikata kita buat muka, tak buat kerja pulak. macam mana ni?

Credit


Oh okay. Macam ni. Kita diam tak payah bagi apa-apa komen. Kita buat  saja kerja yang disuruh. Kalau tak menepati, Baru cakap kat dia apa sebenarnya yang dia mahu. Serba serbi tak kene. Kalau asyik complain saja mana nak siap kerja. Jangan fikir complicated sangat. kalau kita fikir itu senang, maka senanglah jadinya. malasah begini banyak merata-rata. Sedang zaty sendiri pernah rasa. Masa zaty kerja masa cuti dulu pernah rasa macam-macam. Diam je....Balik rumah lupa semua masalah. Hehe. kalau sekarang jadi student, ada masalah cuba settle. tapi pantang cuti, memang balik sebab rumah tempat paling sesuai untuk melupakan masalah.

Rasa lega. Jejak kaki atas pedal kereta terasa semua masalah di kampus hilang dengan serta merta. Korang bagaimana? cuba cari solution yang korang rasa sesuai dengan korang. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah sendiri. Jangan tiru cara orang, mungkin tak sesuai dengan anda. Apa-apa pun ada masalah, mengadu pada Allah, Allah sahaja yang dapat membantu kita dengan menghantar hambaNya yang lain untuk membantu kita. Allah sahaja yang dapat menenangkan kita. Bacaan ayat AQ dapat menenangkan kepala kita yang serabut. Tak percaya? Cubalah. Pasti sangat tenang hati kita. Selepas solat, baca AQ, baru terasa dapat selesaikan masalah satu persatu. Ye. Benar. :)

Mari mendekatkan diri kepada Allah. Jngan sesekali melupakannya. masalah tetap ada. Tidak akan pernah berpisah dengan kehidupan manusia. Yang baik datang dari Allah. yang tidak baik datang dari saya sendiri. Ambillah yang keruh. jangan amek yang keruh ea. :D Wassalam.

Credit



Wednesday, October 3, 2012

Yang tak bersalah menjadi mangsa. Apa alasannya?

Assalamualaikum wbt.

Semoga anda semua tergolong dalam kalangan orang yang diredhai Allah sentiasa hendaknya. Nak mengutarakan mahupun mengulas isu ni memang payah. Kita ambil yang ringkas dan ringan sahaja. Semoga orang tidak pening dan mengambil masa yang lama nak memahami kandungan yang hendak disampaikan. Mangsa tetap menjadi mangsa. Kadangkala mereka menjadi mangsa yang tidak bersalah atas kesilapan orang lain. Adakala mereka menjadi mangsa kerana kesalahan mereka sendiri. Bagaimana?

Cuba kita tengok kat jalan raya. Ada dua lane kan. Kat highway mungkin dua mungkin juga tiga. Tapi kan, ada je manusia yang buat jalan tu jadi empat atau tiga. Ikut laluan yang tepi kiri sekali tu. Lorong kecemasan. Kalau lorong asal tu tiga, jadi empat. Selalu berlaku masa jem jem lah. Kereta tu kemain laju lagi. Kereta yang baris ketiga ni pun tak menyabo, keluar mungkin tak tengok cermin sisi. Agaknyalah. Berlakulah pelanggaran antara dua kereta tu. Macam tu siapa mangsa? Siapa pesalahnya pulak? Dua dua tak sabar.

Kedua, orang tengah pandu kereta dengan cermat berjiwa raganya pandang depan penuh fokus, sampai habuk kat cermin pon boleh nampak, menjaga jarak kenderaan, tiba tiba...zaapppppp!!! kereta dari mana tah wujud masuk depan pemandu berhemah tadi dan dengan serta merta terus menekan brek kecemasan. Kalau malang, kereta belakangnya tak sempat brek, berlakulah pelanggaran antara banyak kereta di belakang belakangnya. Huh. Apa nak kata macam ni.

Ketiga, tengah fokus tengok kiri kanan nak melintas ni, pegang stereng kereta dengan penuh gaya, sebelah kiri takde kereta, sebelah kanan ada sebuah kereta yg berkilat penuh gaya meluncur laju...tengah tunggu dia lepas baru nak melintas nih..tiba tiba..eh eh eh..zappp!! dia membelok. Tak bagi signal. Baik buang je mentol lampu signal yang ada kat kereta dia tu. Ramai lagi orang yang berkereta murah yg tak berlampu sebab tak mampu. Haih. manusia. Apa pulak komen pasal ni?

Ketiga, kereta ni saiznya pelbagai. Kalau nak dibanding dengan lori, kereta memanglah kalah. Ni kalau kita pi bawak kancil, tak tak. Drive kenari ke wira ke besar sikit. Kita tengah kat jalan kiri sekali nih, drive dengan tenag serta fokus lagi, sebelah kanan ada lah lori yang besar-besar tu kalau langgar lori yang kecik sikit pon boleh buat kemalangan maut tu. Sedang tekun memandu, tiba tiba dia himpit ke kiri, kita ni nak buat macam mana? kita kat tepi kiri nih!! Okay, slow slow. Slow je boleh buat. Bagi dia laluan. Eh eh eh. Kurang ajarnya, kan? Mentang mentang kita drive kerete kecik jer. Erk...

Keempat, kereta kereta kereta. Motor pulak haih. Sama macam kes ketiga tadi, motor lagi sering ditindas sebab dia yang paling kecik kan. Huh. Kesian kan penunggang motor nih. Kelima, selain kenderaan, keadaan jalan raya pun memainkan peranan. Tiba tiba ada lubang besar. Kalau motor yang kene memanglah terok, kalau kereta kemik la spot rim weh. Habis kereta aku wehhh. Pehliss. Aku sayang kereta aku okeh. Mana pihak yang sepatutnya menjalankan tugas ni? Okeh takpe takpe. Sekurang-kurangnya, letaklah tanda jalan tu berlubang or something that we can recognize that before we reach the damage part. Is it true? I think so. Perhaps...

Tapi ni baru beberapa kes. Entah berapa banyak lagi kes yang kita tak dapat nak hurai sebab orang yang mengalami sendiri sahaja yang merasainya, kan? Okay. Saya, sebagai pemandu kereta dan juga penunggang motosikal pernah merasai pelbagai ragam manusia atas jalan raya. Tak kurang juga kesalahan daripada diri saya sendiri. Memang betul-betul tersilap. Maafkan saya :) Tapi saya bukan sengaja. Insyaallah saya berhati-hati orangnya bak kata kawan kawan mereka rasa selamat dengan saya. Alhamdulillah. :) Awak awak, tolonglah berhati hati. Kesian tau orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Kita diam je tapi tiba tiba orang langgar kita. Kesian kan. Sampai hati awak tak ikut peraturan.

Awak tahu tak , gara-gara awak seorang mampu meragut banyak nyawa, Mungkin seorang dan mungkin juga dua tiga empat mahupun sepuluh orang. Kalau ada 100 orang macam awak dari 5-6 ptg, kali dengan mangsa, mungkin melibatkan 400 nyawa. Kalau tak maut, mungkin cedera parah mahupun ringan. Kasihanilah mereka. Semoga kita sama-sama mematuhi peraturan dunia dan tak lupa peratusan akhirat. Baca doa menaiki kenderaan, basmallah dsb tu penting. Allah sentiasa bersama kita. Insyaallah :) Yang baik dtg daripada Allah, yang buruk datang daripada saya sendiri. Mohon ampun dan maaf. Sekadar perkongsian pengalaman dan juga pemerhatian sepanjang kehidupan. 

Credit

Friday, September 21, 2012

Aku rindu padamu....

Assalamualaikum wbt.

Awak semua apa khabar?Awak cuba teka saya nak tulis tentang apa? Mestila macam2 jawapan yang korang fikirkan kan. Hehe. Takde idea nak menaip entry lately. Why? Awak..sepanjang hidup zaty, kali pertama zaty merasa kehilangan orang terdekat ialah sahabat sendiri. Raya tahun lepas. 15 hb Februari tahun ni pula kehilangan atok tercinta atas sebab kemalangan. Hendak menitis airmata masa taip entry ni. Siapa yg pernah lalui pasti merasakan benda yang sama macam zaty. Tak lama lepas tu..31hb Ogos. Hari Kemerdekaan negara kita. Ye. Haritu jugak masa zaty bergembira di rumah, dapat berita tok ngah, adik nenek meninggal..

Dan sekali lagi...15 September..Nenek pula pergi. Genap tujuh bulan atok pergi, nenek pula turut serta. Luluh hati ni Allah je yang tahu. Hendak dijadikan ceritanya, Isnin kan cuti umum. Zaty tak balik rumah kat Johor atas sebab tertentu. Zaty tinggal je kat hostel kat Nilai ni. Tapi apakan daya, hari sabtu, 15hb tu dapat berita tp tak boleh nak balik sebab dah lewat malam. Zaty balik kampung 16hb, tepat sampai allahyarhamah sedang dikapankan. Sempat melihat wajah nenek buat kali terakhir. Ya Allah. Rindu.

Dengan kereta yg ayah bg buat belajar kat Nilai ni jugakla zaty pecut balik kampung. Tak kira jam dah.Segalanya berjalan lancar. Tiada masalah. Alhamdulillah semuanya membantu menguruskannya. Ketika melihat van jenazah pergi, dengan van jenazah yang sama semasa atok meninggal, terasa pilu hati mengingat kembali detik 7 bulan yang lalu ketika melihat atok pergi bersama van jenazah itu. Zaty merasakan lagi sekali dalam masa kurang setahun. terlalu cepat semuanya pergi. Dan krtika sedang leka mengemas untuk menyediakan pinggan mangkuk untuk tahlil malam tu, terasa lagi suasana sama seperti majlis tahlil untuk atok 7 bulan lalu....

Semuanya seakan masih baru, tetapi kini zaty merasa lagi sekali. Dalam setahun, ramai yang pergi. Inilah namanya ujian. Sabar. Doa turut serta menemani. Adakah anda dapat selami hati zaty ni. Tiada apa yg zaty minta. Hanya sedekahkan Al-fatihah untuk atok,nenek serta semua yg terdekat . Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa kalian. Semoga atok dan nenek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin..Insyaallah...

Zaty rindu atok dan nenek.....

Mari Beraya


Assalamualaikum wbt.

Nak bercerita tentang cerita yang mungkin dah lapuk. Cerita beraya. Hehe.

6 Syawal 1432 bersamaan 4 September 2011. Kehilangan sahabat yang dikenali sejak zaman sekolah rendah. Sama sekolah. Sama kelas sehingga tamat darjah 6. Sempena Hari Raya ini, seperti biasa lah kami semua rakan-rakan sekolah rendah berkumpul beraya bersama dek kerana cuti yang masih panjang memberi peluang kepada semua untuk berjumpa. Setelah hari raya tahun lepas diragut untuk pendaftaran masuk u, kami tidak dapat bersama.

Entah bagaimana. Allah yang menentukan tanpa kami rancang untuk berjumpa pada 6 Syawal 1433 bersamaan 24 Ogos. Pada asalnya kami rancang untuk berkumpul di rumah cikgu kelas kami semasa sekolah dahulu. Namun Allah izin cikgu ada hal dan segala perancangan tertunda ke tarikh ini. Berkumpul di rumah Nadiah. Seterusnya ke rumah Izzuddin. Seterusnya lagi ke tanah perkuburan. Perjalanan diteruskan ke rumah keluarga Allahyarham.

Sangat terasa kelainan. Kali terakhir beraya bersama pada tahun 2010. Ini semua ketentuannya. Al-fatihah. Walaupun begitu, kita yang masih di dunia masih perlu meneruskan perjuangan untuk bekalan akhirat. Mencari sebanyak mungkin amalan untuk dinilai. Gentar di hati memikirkan bagaimana kita dijemput bertemuNya. Ya Allah. Takut.

Kami lupakan kesedihan itu. Pada awal padi ramai yang menyertai namun Allah izin perempuan sahaja yang dapat meneruskan perjalanan selepas solat jumaat. Wah. Beraya sakan. Ada yang kami main serbu je rumah kawan. Ada yang call tidak pulak dijawab. Serbulah. Apa lagi kan. Hehe. Dengan ketentuan Allah, rumah kami semua kebanyakannya masih di sini. Hanya beberapa sahaja yang sudah meninggalkan Johor. Senanglah untuk kami berjumpa dan berkumpul selalu.
Beraya pun senang. Dapat banyak rumah. Nah. Amek. 9 rumah dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang. Seronok sangat dapat berjumpa semua. Dari rumah nad, izzuddin, keluarga Allahyarham, atika, yaya, ikip, emy dan mira. Makan kuih raya dari pagi cukup mengenyangkan perut. Aduh. Banyak makan. Tettt. Naikla berat badan. Tahun depan kita buat macam ni lagi ye kawan-kawan. Tapi harap lebih ramai lagi. Insyaallah. Semoga kita dipanjangkan umur. Aamiin. Al-fatihah untuknya.

Tuesday, August 28, 2012

Surat cinta untuk atok.


Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik masuklah kita dalam bulan Syawal. Terasa tak puas merasai Ramadan. Seperti tidak banyak amalan yg dapat ditambah. Tahun ini. Tahun 2012. Tahun ini tahun pertama menyambut Hari Raya tanpa kehadian atok tersayang. Tahun pertama Hari Raya tanpa sahabat yg dikenali sejak sekolah rendah. Walaupun pemergian atok begitu sekelip mata hati ini masih terasa kehadiranmu. 15 Februari 2012. 6bulan telah berlalu.

Atok. Kali ini raya tak semeriah dulu. Kenapa? Sebab nenek tak nak beraya kat kampong. Nenek nak tinggal kat rumah pak long. Zaty pun dah tak balik rumah atok. Kami balik rumah kami lagi satu kat Muar. Pagi-pagi raya zaty ke rumah pak long dan pak ngah. Walaupun dah besar panjang, atok tetap bagi duit raya kat cucu-cucu atok kan. Zaty pernah terfikir nak bagi atok duit byk2 bila zaty dah kerja nanti tetapi apakan daya Allah Maha Berkuasa. Zaty reda. Zaty hanya mampu mengirimkan doa.

Atok. Seperti biasa zaty beraya ke kampong sebelah ibu lepas solat. Hari Raya ketiga baru zaty balik Muar. Mulalah jejak jejakkan kaki ke rumah saudara mara kita. Adik beradik nenek. Adik beradik atok. Ouh. Tersenyum sendiri dalam hati tatkala melihat wajah adik beradik atok. Wak Kassim. Masa zaty dating rumah dia, dia tengah mengurut kaki pesakit. Cara dia bercakap. Cara dia senyum. Wajah yang tertera sangat mirip atok. Kedutan dan senyumannya memang mampu membuat hati memberontak untuk berjumpa atok. Al-Fatihah.

Atok. Selalunya kita beraya bersama-sama kan. Zaty naik kereta paksu, atok naik kereta dengan ayah kan. Rindu menggamit hati ni. Semoga atok berada dalam kalangan orang beriman. Zaty tahu atok baik sangat dengan orang. Zaty tak nak atok sakit dan terseksa. Ya Allah. Ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Mari kira sedekahkan Al-fatihah. Moga-moga ramai juga orang yang sedekahkan Al-fatihah untuk kita bila kita mati kelak. Aamiin. Insyaallah.

Sunday, August 5, 2012

Kemalangan sekelip mata depan mata.

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama menyepi baru kalini terdetik nak menaip kembali. Lama menyepi sebab haritu sibuk nak final exam. Bila balik rumah sibuk mengemas rumah pulak. Nak beraya la katakan. Tinggal beberapa hari saja lagi kan. Terawih dan amal kebajikan kita adakah cukup. Persoalan untuk semua umat Islam. Hanya diri sendiri dan Pencipta kita sahaja yang tahu. Dalam bulan Ramadan yang indah ini seperti biasalah zaty memang pergi ke bazar boleh dikata hampir setiap hari. Carik kuih untuk makanan tambahan. Sikit-sikit je.

Biasanya dalam pukul 5 lebih zaty dah keluar sama ada pergi dengan ibu dan ayah atau pergi sendiri kalau ayah kerja. Tapi harini, 4 Ogos pergi lambat sikit. Mungkin dalam lingkungan jam 5.30 petang. Berhenti tepi jalan. Tengok kiri tengok kanan. Tiada kereta. melintas. Beli kuih. Tunggu lama. Sebab ramai. Dah siap. Tengok kiri banyak kereta. tengok kanan ada motor. Lajunya. Zupp. Dia hon. Dalam masa yang sama, pakcik yang jual kuih tu jerit "hey budak tu". Kelip mata sekali. Dalam masa sama dentum kuat sangat. Lepas kelip terus paling ke arah kiri motor tadi tu langgar moto lagi satu. Motor dari arah kanan zaty tadi lelaki India. Motor yang lgi satu budak lelaki melayu dalam lingkungan tingkatan satu atau dua.

Motor budak tu terjatuh. Budak tu dihempap motor. Dia bangun. Berjalan terhinjut-hinjut tetapi tiada apa yang berdarah tetapi siapa tahu mungkin kakinya retak ke kan. Kita bukan nampak. Dalam masa sama motor yang ditunggang lelaki India tu terpelanting ke depan agak jauh. Dia pun terpelanting jugak. Dia cuma bersinglet berwarna biru muda. Erm. Peliknya. Jauh terpelanting tapi tangan dia tak luka pun. Atau zaty yang tak nampak. Tapi lelaki India tu berjalan seperti biasa menuju ke budak lelaki tadi. Budak tu cepat2 bangun lepas jatuh terus duduk tepi jalan.

Muka dia jelas menunjukkan terkejut dan kesakitan sebab kaki dia mungkin terseliuh atau apa2lah. Zaty tak tahu. Lepas tengok mereka berlanggar, giliran zaty pula nak melintas semula nak pergi ke kereta. Ayah yang tengok semuanya secara penuh dan detail. Zaty tengok bila mereka dah berlanggar je. Masuk kereta. Tanya ayah. Ayah kata budak tu melintas tak tengok kiri kanan. Salah budak tula. Hmmm....Dalam kereta zaty tengok mereka. Lelaki India dewasa itu cakap beria-ia kat budak lelaki tu. Mcam marah. Mestilah marah kan sebab orang lain kita yang terlibat.

Disebabkan diri sendiri pun tak kuat semangat untuk tengok kejadian yang melibatkan  nyawa ni, terus jelah suruh ayah beredar dari situ. Tapi...jantung ni laju tak terkata. Terkejut. Biasa kalau ternampak kemalangan pun, bila dah berlaku. Dah diselamatkan orang yg terlibat. Kali ini berlaku betul-betul depan mata. Siapa sangka kan. Terasa ketar nak tunggang motor atau drive kete. Tapi tadi jelah. Pasni drive mcm biasa je..hehe..tp serius memang susah nak lupa. Phewww...

Awak..tak kira sesiapa pun, kepada pemandu kereta, penunggang motosikal, pembonceng basikal. pejalan kaki, berhati-hati semasa berada di jalan raya. Beri signal jika nak ke kanan atau ke kiri. Nak melintas tengok cermin sisi. Melintas berhati-hati. Tak lupa juga jaga harta seperti beg tangan, dompet atau darang berharga. Jangan sampai senang dilihat atau dirampas peragut. Kalau berada dalam kereta juga tak mustahil dia pecahkan cermin. Seramnyaa. Ya Allah peliharalah kami semua dari kejahatan. Lindungilah kami. Tak lupa juga nak pesan, memandu tu betul2 lah ye. Park kereta anda dengan betul. Fikir lah orang lain. Kalau park belakang kereta orang lain, macam mana orang tu nak keluar.

Pelbagai ragam manusia ni. Dah bertahun memandu kereta, menunggang motosikal, faham dah gelagat manusia cuma memang susah nak kawal perasaan kalau kita yang susah gara-gara orang lain. Tapi hanya mampu bersabar sahaja. Tak mengapa....tapi fikir itu penting ye. Berhati-hatilah di jalan raya. Sayangi nyawa anda. Orang yang menyayangi anda memerlukan anda. Segalanya bergantung kepada Allah yang penting adalah usaha doa tawakal. Insyaallah.

SALAM RAMADAN.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPEROLEH KEBERKATAN DARINYA.
INSYAALLAH.

Tuesday, May 15, 2012

3 bulan pemergian atok .

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya tidak sedar langsung hari ini 15 hb dan ini menunjukkan 3 bulan atok pergi. Tiba-tiba perasaan rindu menggamit sanubari. Tidak dapat dinafikan air mata serasa mahu mengalir sederas-derasnya mengenangkan atok. Namun hanya mampu memberikan doa dan al-fatihah. Tiada apa yang dapat zaty beri selain itu. Sedar tak sedar semasa awal semester hari itu dan baru beberapa hari atok meninggalkan zaty, zaty baru perasan yang zaty ada print gambar zaty dengan ayah tapi ada terselit atok di tepi ayah. Gambar tu memang zaty letak dalam fail subjek Calculus sebab fail tu tak mudah terkeluar kertasnya. Setiap kali membuka fail nampak gambar tu.

Zaty merasakan kehadiran atok disisi zaty walaupun pada hakikatnya atok dah lama meninggalkan kami di sini. Gambar tu atok senyum dan gambar tu masa kita raya tahun 2010. Atok berbaju melayu warna hitam. Atok, tahun ni kali pertama zaty beraya tanpa atok. Zaty tak dapat lagi duit raya daripada atok. Zaty tak dapat lagi salam tangan atok. Entah bila agaknya zaty salam tangan atok buat kali terakhir ya? Zaty jarang balik kampung sebab zaty sibuk masa semester 1 tetapi zaty cuma balik masa nenek sakit. Namun, pemergian atok yang tidak disangka-sangka memang membuat hati ni tersentap pilu. Masa kan tidak, nenek yang sakit tetapi atok yang meninggalkan kami. Ya Allah.

Terkenang dan terimbau saat zaty kanak-kanak. Setiba di simpang masuk ke rumah atok, tengok dulu kalau-kalau atok ada di kebun depan rumah dan jika ada zaty dengan syafiq turun kejar atok. Bukan tolong atok menanam pun, tolong pijak tanah je saje-saje kacau atok kan. Zaty ingat zaty pernah petik pucuk ubi dengan atok. Rupa-rupanya pucuk ubi tu sedap. Dah besar baru tahu nak makan. Masa zaman kanak-kanak sayur bunag tepi pinggan je. Hm. Zaty teringat jugak zaty dengan sepupu lain, eka, yana, anis, semua main bakar daun kering belakang rumah. Ada dusun. Kadang-kadang kitorang panjat pokok manggis tu sebab geram.

Zaty ingat lagi bila petang-petang atok pergi ngeteh dengan kawan-kawan atok kat kedai situ je tapi nanti bila dah nak magrib atok balik, zaty dengan syafiq tunggu atok lepas tu kejar atok. Kadang-kadang tunggu atok kat jambatan depan rumah lepas tu naik moto sekali. Atok mesti belikan jajan untuk zaty dengan syafiq dan jajan tu mesti sama rata sama banyak. Malam-malam zaty, syafiq dengan atok tido sama-sama kan. Kita tengok tv sampai tertido. Kadang-kadang bila zaty tersedar zaty nak tutup atok tak bg sebab atok nak tgk tv lg. Atok, sekarang zaty tak boleh rasa lagi semua tu. Zaty pun ingat, walaupun zaty dah besar, atok tetap buatkan air milo ke kopi ke apa-apa untuk makan dengan biskut kan. Patutnya zaty yang buatkan untuk atok. Kalau baru je sampai kampung, ada je makanan yang atok buatkan dan keluarkan.

Kadang-kadang ubi, mee goreng, pisang goreng, jemput-jemput pisang, macam-macam lagi kan atok. Zaty rindu semua hasil tangan atok. Entah apa khabar dusun-dusun atok kat kampung tu. Zaty tak mampu mengawal hati ini daripada menahan air mata ini dari tidak mengalir. Terasa sendu dan pahit di tekak kerana mencuba menahan tangisan. Sekiranya tak dikawal pasti meraung jadinya. Itu zaty nak elakkan. Itu seperti tidak reda atas takdir Allah. Tahan. Terlalu banyak kenangan manis bersama atok. Hendak diperkata satu persatu serasa letih tangan menaip ini namun sayang zaty kepada atok tetap zaty gagah menaip seboleh mungkin.

Atok, atok sempat pergi ke tempat zaty belajar kan. Atok sempat masuk jugak tempat asrama zaty kat usim ni kan. Masa tu pun atok dah lain je sebenarnya. Diam je tak banyak cakap. Ya Allah. Tabahkan hati ini. Atok juga sangat menghargai apa juga pemberian orang kan. Ayah bagi atok jam, kasut, handphone dan macam-macam dan zaty nampak atok sangat menjaga semua itu. Atok basuh kasut tu siap jemur atas bumbung rumah lagi, simpan dalam kotak kalau tak guna. Jam tangan tu pun cantik lagi bila ayah amik balik bila atok dah tiada. Zaty tak boleh lupa saat-saat bersama atok. Zaty tak boleh lupa dari saat awal pagi zaty mengetahui berita tentang atok. Zaty juga masih teringat saat zaty mengemas bilik atok. Terasa luluh jantung ini. Jika  tak mampu dikawal serasa mampu pengsan lemah longlai badan ni.

Namun zaty tetap gagah. Menelan pahit. Ini kali kedua zaty kehilangan ahli keluarga selepas kehilangan sepupu. Namun pada waktu dahulu zaty tidak merasa apa-apa sebab masih kecil. Pemergian atok ini kali pertama zaty rasa betapa sukarnya menelan kepahiran kehilangan orang tersayang. Tiada galang gantinya. Atok atok yang terbaik. Segalanya masih segar dalam ingatan. Namun zaty hanya mampu memberikan hadiah doa sahaja. Semoga atok tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ingatan sayang dari cucumu Nur Izzaty , Nur Syafiq dan Muhamad Syahir Amsyar. Ibu ayah semua rindu atok. Kami akan meneruskan kehidupan ini seperti biasa. Doa dari kami insyaallah sentiasa bersama atok. Aamiin.

Mohon pembaca juga sedekahkan Al-fatihah kepada atok, Kiman. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Insyaallah. Terima kasih.

AL-FATIHAH
ZATY RINDU ATOK

IMYSM


Friday, May 11, 2012

Bukit Broga & Sg Tekala bersama rakan sekuliah .

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah terlambat untuk update tentang ni sebab kami pergi ke Broga Hill dan Sungai Tekala pada 1 mei 2012 bersamaan hari Selasa. Ambil masa untuk mengumpulkan semua gambar semasa berada disana. Zaty akan cerita secara detail dan tersusun. Cuba. Kami sekuliah iaitu 43 orang tetapi 4 orang tidak dapat bersama kami. Namun, ada tiga orang lagi yang masuk, iaitu mereka yang telah tukar program. Jadi semuanya 42 orang. Kami berkonvoi sebanyak 8 buah kereta yang diketuai oleh zaty sendiri diikuti oleh kereta nasri > diyanah > ikhwan > shahir > faezah > faezi > shafiq . Sebenarnya saya pun lupa susunan kereta ni tapi yang pasti last sekali shafiq lah sebab semasa memandu tengok kereta yang terakhir sekali untuk memastikan semuanya ada dan tiada yang tertinggal. Okay kereta first tu yang warna jingga tu saya yang drive. Comel kan kereta tu. Kereta pinjam *kereta ayah je. Belum kerja mana mampu nak beli , belajar pun belum habis. Kereta lain-lain tu kereta sahabat dan zaty tak sempat utk mengambil gambar kereta lagi satu, kereta Avanza dipandu shafiq.


Malam sebelum hari itu, kami membahagikan tugas. Ada yang membuat sandwich, ada yang perap ayam untuk bbq kat sungai tekala dan ada yang tanak nasi. Okey. Cukup. Semua ada kerja. Adil dan saksama. Tapi sebelum dan sebelum itu, zaty bersama teman tersayang, Asilah, Asnee, Yun dan Yani bershopping membeli semua barang. Sehari suntuk membeli belah dari pagi sehingga 3 ptg. Jam 3 ptg hari Ahad,  29hb April kami pergi ke rumah sahabat lain untuk menumpang dapur rumahnya utk membuat air gula, puding dsb. Banyak yang kami lakukan. Seronok sangat-sangat. Semuanya tersiap sedia dari awal. Tak sabar nak pergi sedangkan Isnin tu ada kelas dari pagi sampai ke malam. Agak kelam kabut jugalah untuk menyusun jadual apa yang perlu dilakukan sebab hari Isnin tersebut kami mempunyai kelas. Penuh.

Tak mengapalah. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Seterusnya, pada malam membuat sandwich, Isnin malam, teman-teman paksa saya tidur sebab saya kene drive awal pagi. Mula-mula susah betul nak lelap mata sebab mereka sibuk buat kerja zaty pula tidur. Huhu. Tapi tidur juga akhirnya. Jam 3 pagi cik Asnee saya kejut, bangun zaty bangun. Okay. Mandi. Blablabla. Kami berkumpul sekitar jam 3.30 pagi namun biasalah awal pagi masing-masing sukar untuk membuka mata yang tertutup menikmati mimpi-mimpi indah. Jam 4.30 pagi kami mula bertolak ke Broga. Alhamdulillah mata zaty segar bugar memandu. Wajib segar sebab zaty yang mengetuai konvoi ni. Jika tersalah jalan nanti kesian mereka semua. Dahla ramai. Membazir minyak kalau sesat. Alhamdulillah semuanya lancar. Zaty memang tahu jalan kesana sebab ada saudara tinggal di Semenyih. :)

Mula mendaki awal pagi :)

Jika saya tidak silap, kami tiba di kaki Broga dalam jam 5.30pagi. Kami terus memulakan perjalanan mendaki bukit seawal itu. Baru sedikit dah semput. rehat kejap. Mula-mula kami sekumpulan beramai-ramai. Lama-kelamaan semakin berpecah dan hilang. Pada awalnya, sahabat lelaki mengetuai hiking di hadapan dan juga dijaga di belakang sekali. Namun pada pertengahan, kami dah berpecah. Ada juga yang cramp. Tapi itu adatlah. tak mengapa, zaty terus mendaki. Mula-mula dengan teman-teman tercinta tetapi Yun, Yani, Asilah hilang dah. Zaty mendaki bersama Jihan. Lepas tu hilang. Terjumpa Alyn, Eiffah, Akasyah, Nabihah pulak. Zaty kira orang last2 juga antara kami. Sebab tu mereka dah rehat dulu. hehe. Zaty nak naik lagi, Eiffah pulak yang teman. Akan tetapi, tiba satu tempat yang sangat curam. Ya Allah. kalau aku jatuh entah aku selamat atau patah riuk badan.

Semakin tinggi semakin ramai zaty nampak. Ramai sangat orang yang mendaki cuti-cuti ni kan. Semasa sedang mencuba mendaki bukit yang curam sangat tu, nafas rasa tersekat gara-gara terlalu penat. Terasa lemah lutut dan seluruh badan tapi tinggal lagi beberpa langkah sahaja. Selepas dari bukit curam tu, berdiri pun terasa nak melayang tetapi Aliya sempat sambut. Pening sangat. Okay tu lah siapa suruh tak bersukan. Hehe. Tak mengapa. Cuba lihat jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Solat SUBUH! Mendaki lagi mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Tiba-tiba terlihat sekumpulan muslimin muslimat berjemaah. Ambil peluang untuk turut serta. Alhamdulillah. Selesai.

Pejam celik rupa-rupanya dah cerah. Tak sempat melihat matahari terbit. Namun sedikit pun tidak rugi apabila menjejakkan kaki di sini. Sungguh indah ciptaan Allah. Apatah lagi semasa masih gelapp tadi, terdangat cantik pemandangan beserta lampu-lampu buatan manusia yang tersusun. Indahnya. SUBHANALLAH. Lihatlah. Cantikkan?






Masing-masing dah berpecah maka beruntunglah kepada mereka yang membawa naik sandwich bersamanya. Hehe. Namun zaty sendiri pun lambat sikit dapat makan. Ramai jugak berkumpul kat puncak bukit Broga ni walaupun ada segelintir yang tak dapat bersama hingga ke atas tetapi tidak mengapa. Masih banyak masa untuk kota bersama lagi selepas ini. Insyaallah. Jam 7.30 pagi bermula untuk turun semula. Perjalanan diteruskan ke Sungai Tekala. Haa masa nak turun teringat tempat yang curam tadi. eh eh macam mana nak turun ni.

curam sangat!

jalan lagi satu bersebelahan dgn yg atas tu *curam jugak
Teruskan. Teruskan. Berusaha. Seteleh terpeleset, berjaya jugak zaty turun. Tangan agak pedih ye sebab terseret semama nak turun tu. Selepas itu luka pulak mungkin sebab terkena lalang. Mungkinlah. Ingatkan biasa-biasa tapi tak berhenti pulak. Lama sikit baru berhenti darah tu. Masa nak turun sakit pulak kaki sebab rasa kuku mencengkam jari dan susah nak berhenti. Accelerate! Sebab curam. Tak boleh nak kawal sangat. Turun cepat sikit sampai dari masa naik tadi. Fuhhh. Sebelum turun, sempat jugak bergambar bersama rakan sekuliah. Ada yang tiada dalam gambar ni sebab tersekat kat bawah. hehe.





Lokasi seterusnya ialah Sungai Tekala. Sekali lagi mengetuai konvoi beramai-ramai ni. Best sangat. Kali pertama mengetuai konvoi macam ni. Drive sendiri. Biasa dengan family je kan. Setiba di Sungai Tekala :



Kami disambut oleh monyet-monyet yang ada di situ :



Bayaran masuk RM1 seorang. Terima kasih, kawan sebab bawak ayam-ayam tu. Mesti berat kan sebab byk ekor ayam. Terima kasih bebanyak, Ikhwan & Aizudin :



Mencari lokasi untuk bersantai dan merehatkan badan. Tiba je terus set up semua. Yun, Asilah, Yani & Asnee buat air. Zaty duk diam je sebab hilang mood sikit bila tiba situ. Penat kot nak jaga 7 kereta kat belakang tadi tu. Ramai kan. Biasalah. Hehe. Tapi sangat seronok. Jejaka-jejaka mula membuat bara :



Setelah mengipas-ngipas guna macam-macam benda yang boleh dibuat kipas akhirnya berjaya menghidupkan api membara yang tak membara sangat ni :



Tangan siapa tah ni zaty tak tahu. Terima kasih sebab sudi bakarkan untuk kami :



Selepas itu, bergilir-gilir lah. Zaty dah hilang dah. Pergi mandi. Seronok. Sejuk sangat airnya. aduh. Ada pacat. terus naik duduk atas batu je. Geli. Err. Pastu naik , makan. Tolong mereka membakar ayam. Tolong tengok je. Takdelah. Tolong teman lah kot namanya, hehe. Sekitar pemandangan Sungai tekala :





Subhanallah. Sungguh indah ciptaan Allah. Cantik sangat kan. Perjalanan hari itu sangat seronok. Terasa nak pergi lagi walaupun sakit badan berhari-hari. Ada juga yang tak nak pergi Broga lagi sebab takut dan ada juga yang seronok nak pergi lagi termasuk zaty lah :) . Enjoy sangat. Tak terkata. Terima kasih kawan-kawan sebab bagi zaty kenangan manis. Mesti kenangan ni kita akan ingat masa akan datang. Kita akan terkenang peristiwa lampau pabila kita berada pada waktu sekarang. Begitulah akan datang. Semoga kita dapat mengaturkan pelbagai program lagi bersama-sama. Insyaallah.

Selesai semua. Jam 2 petang jika zaty tidak silap kami bergerak pulang namun tak semua terus pulang ke hostel. Beberapa kereta lain menuju destinasi lain untuk meneruskan keseronokan di tempat lain. Tak tahu la kemana. Lepas tu bukan tanggungjawab zaty nak tahu. hehe. Zaty terus balik. Serius ngantuk dan letih sangat. Haa comel juga rupanya kereta zaty kat atas jalan raya ni kan. Hehe. Syg ayah sebab percaya anak ayah ni. Love you ayah.


Bersurai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tiada yang tercedera atau pun apa-apa. Bersyukur. Allah permudahkan segalanya. Hanya mampu tersenyum pabila terkenang kenangan ini. Terima kasih sekali lagi, kawan-kawan.

p/s : Terima kasih berjuta-juta kepada teman sekereta, Yun, Asilah, Asnee dan Yani kerana sentiasa sudi menemani di kala susah senang. Sayang sesangat kat korang. <3

Kami  pelajar Applied Physics 1st Year 11/12 (ada yang tak turut serta) :

| Akasyah | Nabihah | Zulazlin | Arifah | Faezah | Azween | Izzati Fatimah | Izzaty Rahim | Nasri | Diyanah | Intan Sharaini | Asnee | Asilah | Nabilah | Eliani | Faezi | Azrien | Kuza | Ezati | Shairah | Marhamah | Jiha |   Farah | Wani | Syahir | Najla | Hanis | Hazirah | Hajar | Asyiqin | Nik | Ieyza | Quraisya | Syawaliah | Umai | Radin | Shafiq | Ikhwan | Nazry | Jihan | Aliya Fatin | Rafaa | Yati |

Teman dari program lain yang turut serta :

| Riza | Aizzudin | Diba


Segala kekurangan dan kesilapan zaty mohon maaf. Mungkin tanpa sedar atau tidak sengaja. Harap dimaafkan andai ada yang terguris hati. Semoga persahabatan kita diredai Allah. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...