Sunday, August 5, 2012

Kemalangan sekelip mata depan mata.

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama menyepi baru kalini terdetik nak menaip kembali. Lama menyepi sebab haritu sibuk nak final exam. Bila balik rumah sibuk mengemas rumah pulak. Nak beraya la katakan. Tinggal beberapa hari saja lagi kan. Terawih dan amal kebajikan kita adakah cukup. Persoalan untuk semua umat Islam. Hanya diri sendiri dan Pencipta kita sahaja yang tahu. Dalam bulan Ramadan yang indah ini seperti biasalah zaty memang pergi ke bazar boleh dikata hampir setiap hari. Carik kuih untuk makanan tambahan. Sikit-sikit je.

Biasanya dalam pukul 5 lebih zaty dah keluar sama ada pergi dengan ibu dan ayah atau pergi sendiri kalau ayah kerja. Tapi harini, 4 Ogos pergi lambat sikit. Mungkin dalam lingkungan jam 5.30 petang. Berhenti tepi jalan. Tengok kiri tengok kanan. Tiada kereta. melintas. Beli kuih. Tunggu lama. Sebab ramai. Dah siap. Tengok kiri banyak kereta. tengok kanan ada motor. Lajunya. Zupp. Dia hon. Dalam masa yang sama, pakcik yang jual kuih tu jerit "hey budak tu". Kelip mata sekali. Dalam masa sama dentum kuat sangat. Lepas kelip terus paling ke arah kiri motor tadi tu langgar moto lagi satu. Motor dari arah kanan zaty tadi lelaki India. Motor yang lgi satu budak lelaki melayu dalam lingkungan tingkatan satu atau dua.

Motor budak tu terjatuh. Budak tu dihempap motor. Dia bangun. Berjalan terhinjut-hinjut tetapi tiada apa yang berdarah tetapi siapa tahu mungkin kakinya retak ke kan. Kita bukan nampak. Dalam masa sama motor yang ditunggang lelaki India tu terpelanting ke depan agak jauh. Dia pun terpelanting jugak. Dia cuma bersinglet berwarna biru muda. Erm. Peliknya. Jauh terpelanting tapi tangan dia tak luka pun. Atau zaty yang tak nampak. Tapi lelaki India tu berjalan seperti biasa menuju ke budak lelaki tadi. Budak tu cepat2 bangun lepas jatuh terus duduk tepi jalan.

Muka dia jelas menunjukkan terkejut dan kesakitan sebab kaki dia mungkin terseliuh atau apa2lah. Zaty tak tahu. Lepas tengok mereka berlanggar, giliran zaty pula nak melintas semula nak pergi ke kereta. Ayah yang tengok semuanya secara penuh dan detail. Zaty tengok bila mereka dah berlanggar je. Masuk kereta. Tanya ayah. Ayah kata budak tu melintas tak tengok kiri kanan. Salah budak tula. Hmmm....Dalam kereta zaty tengok mereka. Lelaki India dewasa itu cakap beria-ia kat budak lelaki tu. Mcam marah. Mestilah marah kan sebab orang lain kita yang terlibat.

Disebabkan diri sendiri pun tak kuat semangat untuk tengok kejadian yang melibatkan  nyawa ni, terus jelah suruh ayah beredar dari situ. Tapi...jantung ni laju tak terkata. Terkejut. Biasa kalau ternampak kemalangan pun, bila dah berlaku. Dah diselamatkan orang yg terlibat. Kali ini berlaku betul-betul depan mata. Siapa sangka kan. Terasa ketar nak tunggang motor atau drive kete. Tapi tadi jelah. Pasni drive mcm biasa je..hehe..tp serius memang susah nak lupa. Phewww...

Awak..tak kira sesiapa pun, kepada pemandu kereta, penunggang motosikal, pembonceng basikal. pejalan kaki, berhati-hati semasa berada di jalan raya. Beri signal jika nak ke kanan atau ke kiri. Nak melintas tengok cermin sisi. Melintas berhati-hati. Tak lupa juga jaga harta seperti beg tangan, dompet atau darang berharga. Jangan sampai senang dilihat atau dirampas peragut. Kalau berada dalam kereta juga tak mustahil dia pecahkan cermin. Seramnyaa. Ya Allah peliharalah kami semua dari kejahatan. Lindungilah kami. Tak lupa juga nak pesan, memandu tu betul2 lah ye. Park kereta anda dengan betul. Fikir lah orang lain. Kalau park belakang kereta orang lain, macam mana orang tu nak keluar.

Pelbagai ragam manusia ni. Dah bertahun memandu kereta, menunggang motosikal, faham dah gelagat manusia cuma memang susah nak kawal perasaan kalau kita yang susah gara-gara orang lain. Tapi hanya mampu bersabar sahaja. Tak mengapa....tapi fikir itu penting ye. Berhati-hatilah di jalan raya. Sayangi nyawa anda. Orang yang menyayangi anda memerlukan anda. Segalanya bergantung kepada Allah yang penting adalah usaha doa tawakal. Insyaallah.

SALAM RAMADAN.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPEROLEH KEBERKATAN DARINYA.
INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...