Wednesday, November 30, 2011

Ujian Allah

Suatu ketika dahulu aku senang hidup bersendirian tanpa sesiapa kecuali keluargaku. Perjalanan hidupku penuh dedngan kegembiraan. Tiada lagi masalah perasaan yang sering disakiti kaummu. Setiap kali pengenalan dengan kaum Adam, pasti ada sesuatu yang mengguris hati ini seperti tertusuk jarum di kalbu dan dipanah pada jantung. Berkecai hati seperti kaca berderai ke lantai. Musnah segala harapan yang aku letakkan padamu. Namun semua itu telah aku lupakan dan tak ingin diingat kembali. Serasa pedih untuk mengingatinya kembali.

Bertahun aku hidup sendiri. Dan aku yakin semua itu punyai hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah. Aku hanya berfikiran positif. Mungkin Allah mahu melihat bagaimana aku mengawal perasaan ketika menghadapi masalah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penguasa. Aku gembira dengan apa yang aku miliki tika itu. Tiada rasa kekosongan sedikit pun walaupun tiada insan bernama lelaki menemani hidup. Itu sudah pasti. Umur yang begitu mentah langsung tak sesuai untuk mencari teman berlainan jantina. Terlalu awal. Seharusnya STUDY :)

Itu yang terbaik. YA. Aku tahu. Dan aku akui. Tapi selama mana aku sendiri dan keseorangan, muncul insan dihadapanku. Semuanya berlaku tanpa diduga. Apa yang aku terima tak pernah aku pinta. Dan apa yang aku terima ini tak pernah aku rasai sebelumnya. Hatiku bahagia ditatang sebegitu setelah sekian lama menyendiri. Walaupun pada hakikatnya aku semampunya tak mahu terlibat dalam hubungan ini, aku terjatuh juga. Aku sempat merasai kebahagian yang diberi oleh si dia.

Namun, aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Aku merasakan kebahagiaan itu hanya sementara sahaja. Hanya sekelip mata aku kehilangannya. Hatiku sentap. Mengapa semuanya sekelip mata. Sekelip mata aku mengenalinya. Sekelip mata juga menyayanginya dan disayanginya. Sekelip mata juga semuanya musnah. Mengapa hal sebegini berlaku setiap kali aku mengenali insan bernama lelaki. Adakah aku terlalu banyak kekurangan.? Atau aku masih lagi diuji.

Aku bingung. Setelah lama menyendiri. Aku tahu Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat diriku. Tiada yang lebih baik daripada apa yang Allah rancang. Aku cuma perlu bersabar menanti apa hikmah semua ini. Walaupun kadangkala aku menangis, aku cuba untuk melihat apa yang posittif dari semua ini. Aku menangis sendirian bertemankan Allah disisi. Biarpun kau tak tahu kau telah melukai hatiku dan membuatku menangis, aku pasti suatu hari nanti kau akan mengingati apa yang kau lakukan pabila kau menimpa sesuatu. Semoga kau sedar apa yang kau telah lakukan terhadap perempuan ini.

Bukan aku mendoakan yang kurang baik tetapi aku hanya kau memahami apa yang aku rasa tika ini. Seringkali kau ungkap kata sayang saat aku tak punyai sekelumit perasaan terhadap lelaki sehinggakan aku menyayangimu lebih dari kau menyayangiku. Namun aku silap. Seringkali tersilap. dan seringkali terjatuh pada orang yang salah. Namun aku cuba merelakan semuanya walaupun ianya pahit sepahit ubat.

Ingin aku katakan bahawa aku masih menyayangimu. Aku tahu kau tak dengar apa yang ku perkatakan. Sekali lagi, aku serasa mahu menjerit dan menangis sepuasnya dan mengatakan aku mahu kau kembali. Namun, pabila difirkan secara konklusinya, adakah kau yang terbaik untukku? sudah pasti 'unknown'. Hanya Allah yang tahu. Tiba masa nanti kita lihatlah sendiri apa yang bakal berlaku. Kemana kau dan aku pergi, kita tetap berada di tempat yang sama dan aku tetap akan terserempak denganmu, walaupun bukan setiap hari namun sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Hanya kau yang faham maksudku.

Aku ingin mengingati saat manis bersamamu. Terlalu banyak kenangan antara kita. Senyumanmu. Cara kamu berkata-kata. Suaramu seakan terngiang-ngiang di benakku setiap kali ingin melelapkan mata. Aku mengenali suaramu. Aku merindu suaramu, layananmu, kasihmu dan semuanya tentangmu. Tiada yang kurang dari segi layananmu. Tak pernah aku merasai insan melayaniku seperti kau melayaniku. Di mana aku mahu mencari penggantimu. Sudah pasti tidak akan sama sepertimu. Aku mahukan sepertimu. Aku sayang padamu, ***

Aku harap pengenalan dengan insan bernama lelaki akan mematangkanku. Aku berharap selepas ini aku akan mengenali yang terbaik buatku. Aku juga berharap jodohku adalah yang terbaik buatku. Aku teringin akan percintaan selepas nikah. Aku teringin ibubapaku yang mencarikan jodoh untukku. Namun, cara mereka lebih menyuruh aku berusaha sendiri. Ya Allah permudahkanlah dan peliharalah hambamu ini. Aku berserah segalanya kepadaMu. Aku akan berusaha segalanya yang terbaik disamping bantulah aku Ya Allah. Hanya engkau yang dapat membantu mengawal hatiku dan perjalanan hidupku. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...