Saturday, November 19, 2011

Mimpi Merepek

Assalamualaikum.

Tengok tajuk tu 'MIMPI MEREPEK'. Memang pun mimpi pelik. Bila dah tidur kita bukan terus bermimpi. Mungkin dah berjam-jam tidur baru mimpi. Kadang-kadang baru berapa minit tidur(tidur siang) dah mimpi. Mimpi full story pulak tu. Padahal tidur 5 minit je. Betul tak? Tipulah kalau korang tak pernah mcm tu kan. Biasanya bila kita tidur, kita mulalah bermimpi sesuatu yang sering kita fikirkan (itu sayalah, kalau korang taktahu lah). 

Contohnya , dari pagi tadi sampai ke malam asyik fikir bila nak buat assigment arab, dengan susahnya, serabutnya, kene dalam group sampai terbawak2 dalam mimpi. Tapi dalam mimpi tu pulak nanti ahli kumpulan tu bukan yang sebenar pun. Tak pun, memang x jelas muka-muka mereka pun kan. Yang kelakarnya nanti masing-masing buat kerja entah apa-apa. Dah tu, kat mana lah plak. Mula-mula kat tempat lain, pastu ada gangguan pulak yg menyebabkan tersedar dari tidur. Lepas tu, mimpi lagi, boleh pulak sambung yang tadi tu.

Tapi kalau da sambung mimpi tadi, bertukar ahli lagi. bertukar tempat pun satu hal. Memang tak pernah pergi langsung tempat-tempat tu. Tu la kali pertama tengok, dalam mimpi je. Tu lah tidur tak basuh kaki. Hm, betul ke tidur tak basuh kaki menyebabkan mimpi pelik-pelik dan bukan-bukan. Sampai mana kebenarannya. Saya pun tak tahu lah. Kalau korang tahu, share lah yer. jangan segan-segan. Tapi jangan tafsir mimpi sembarangan okay? Ada orang kata kalau kita mimpi, yang akan jadi sebaliknya. Contoh macam mimpi dapat 12A+ SPM, sebaliknya nanti dapat teruk.

Huh?betul ker? takkk. tak mungkin. Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jadi jgn sesuka hati tafsir semua2 tu yer. Tapi untuk maklumat tambahan tengokla LINK NI . Hm . pape pun jangan sampai mengingau2 plak yer. Sebelum tidur, bacalah doa tidur dulu yer. Saya pernah baca satu artikel mengatakan kita digalakkan memakai wangi-wangian kerana jin dan lain-lain tidak akan ganggu semasa kita tidur. Setakat mana kebenaran artikel ni Wallahualam. Saya tidak pasti. Maaf yer. Kita sememangnya nak sangat2 tahu apa maksud mimpi kita kan. Saya terjumpa tafsir mimpi ni. Cubalah tengok web tu. Seronok tak?hehe. Tapi kene ingat, segala apa pun , berserah pada Allah. :)



Tapi mimpi pun kadang-kadang seronok. Mimpi dapat kereta impian ke, terjumpa lelaki idaman ke kan. Nak jumpa betul2 susah pulak kan. Enjoy jelah dengan mimpi tu. Mudah-mudahan dapat beri senyuman pada hari tu. Daripada muka ketat je! betul tak? Enjoy ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...