Monday, April 23, 2012

Masa, Tanggungjawab dan Janji .

Assalamualaikum.

Pertama sekali ingin memohon maaf andai ada yang terkasar bahasa atau ada ayat yg mengguris hati dan perasaan. Salah silap kurang lebih mohon halal dan maaf . :)

Manusia memang tak akan dapat lari dengan masa. Kemana sahaja kita pergi pasti masa mengekori malah kadangkala masa lebih jauh lebih pantas jauh meninggalkan kita. Sedar tak sedar berbulan telah berlalu dan tanpa sedar berbulan itu juga tiada pengisian. Kosong. Alangkah ruginya. Tidak kira bayi, kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, guru sekolah, pensyarah dan juga pekerja-pekerja lain serta seluruh masyarakat memerlukan masa untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Adakah tanggungjawab itu kini sudah dipandang enteng? Di manakah kedudukan tahap pemikiran masayarakat sekarang terhadap masa dan tanggungjawab.

Semakin mudah masyarakat memberi komen tersendiri apabila isu ini diuatarakan. Bukan semua yang memandang enteng terhadap isu ini. Masih ada yang menunaikan tanggungjawab dengan penuh teliti namun kuantitinya sangat sedikit. Hanya segelintir sahaja yang menyedari kepentingan tanggungjawab dan masa ini. Mengapa harus diabaikan sedang kita dipertanggungjawab untuk memegang jawatan itu walaupun tanpa dipinta. Sebagai pelajar universiti, mereka bukan sahaja memegang tanggungjawab sebagai pelajar namun sebagai anak , kakak atau abanga atau adik di rumah, tangunggjawab sebagai rakan sebilik, serumah, tanggungjawab sebagai pengguna di kedai, tanggungjawab sebagai pemandu kereta mahupun motosikal pabila di jalan raya.

Betapa banyak tanggungjawab yang kita sendiri tidak menyedari bahawa kita menyandangnya secara tanpa sengaja dan tanpa dipinta. Rela tak rela kita tetap terikat dengan janji dan tanggungjawab itu. Ibu bapa mengharap kita berjaya. Pensyarah dan guru juga mengharapkan perkara yang sama namun di manakah letaknya kaki dan diri kita sedang mereka mendoakan kita akan tetapi kita masih terleka dibuai kesenangan duniawi tanpa memikirkan pelajaran dan peperiksaan yang menanti. Adakah ini adil buat mereka yang memikirkan kita sentiasa tetapi kita langsung tidak terfikir akan apa yang mereka harakan daripada kita.

Mengapa juga jika kita ditakdirkan memegang tanggunjawab sebagai ketua kelas, bendahari kelas, dan apa jua yang berkaitan, masih lagi tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan sepenuhnya. Pemikiran masyarakat yang negatif haruslah diperbetul agar suasana ini tidak terus menerus dipandang enteng dan remeh dab seterusnya membuat masyarakat hanya maju di alam teknologi dan cetek di alam ilmu dan jati diri. Adakah ini patut berlaku? Semestinya tidak. Di manakah perasaan bersalah itu pabila tanggungjawab itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Meskipun semua orang tidak sempurna, hanya ALLAH yang sempurna, namun kita tetap perlu menjalankan apa jua kerja dengan sepenuh hati. Sekiranya ada yang terlepas pandang, itu biasalah. Manusia seringkali terlupa namun itu mampu dimaafkan andai tidak sengaja. Tetapi di mana diri itu jika sengaja melupakan dan mengabaikan kerja-kerja itu dan membiar anak-anak buah terleka dan berlari dalam barisan yang salah. Mengapa juga tidak disampaikan ilmu itu jika telah dipertanggungjawabkan? Tidak juga hanya satu isu sahaja yang harus diikuti namun masih banyak lagi skop yang perlu disampaikan dan diperbetul.

Tanggungjawab sebagai pekerja pula menjalankan segala kerja-kerjanya dengan sempurna agar pengguna berpuas hati dan anak-anak buah senang hati. Namun jika sesuatu tindakan yang memerlukan persetujuan ramai, adakah patut keputusan yang sepatutnya dibincang beramai-ramai dibuat secara individu? Individu yang lain masih mempunyai hak untuk mempersoal dan membuat keputusan itu. Namun, dengan sikap yang mementingkan diri sendiri atas alasan peribadi, terabai jualah kerja dan hak-hak orang lain yang sepatutnya dimiliki bersama terabai begitu sahaja. Hendak dibantah, keputusan telah dibuat dan akhirnya perbalahan yang berlaku. Begitulah masayarakat hari ini berdasarkan penglihatan saya sendiri.

Selain itu, bukan sahaja pelajar yang tahu ponteng kelas, tetapi ada juga istilah ponteng kerja. ADA? jawapannya ada. Atas alasan peribadi, mereka sanggup ponteng kerja dan meninggalkan kerja-kerja mereka yang sepatutnya mereka sampaikan kepada yang lain tertangguh dan kelak menyusahkan orang lain yang sepatutnya mendapat kerja itu lebih awal dari masa itu. Adakah itu adil bagi mereka yang berada di bawah mereka sedang mereka teliti dan menanti kerja yang bakal diterima dengan penuh sabar, orang itu masih lagi berfoya-foya ponteng kerja dengan alasan peribadi yang tidak munasabah itu? Orang lain juga punya masalah tersendiri tetapi mengapa mereka masih berjaya menjalankan tanggungjawab itu dengan sempurna dan cantik sekali. Mereka yang lain pula menggunakan alasan yang orang lain juga punyai masalah itu sebagai alasan untuk skip kerja. Kasihan pada mereka yang tidak bersalah itu terpaksa menggunakan waktu yang lain untuk memberi ruang kepada kerja yang baru tiba yang sepatutnya tiba sebelum itu. *sigh

Begitu mudahnya menjalankan tanggungjawab. Tidak ada gunanya pandai berkata-kata di sana sini andai diri sendiri masih terleka tanggungjawab yang berada ti tempat asal itu. Mungkin masyarakat luar berjaya mengampunya namun sebaliknya masyarakat yang berada di tempat asal itu pasti mengetahui segalanya luar dalam namun hanya mampu diam. Hendak dilawan pasti dilawan kembali namun akhirnya keputusan mendiamkan diri dibuat. Mengapa tidak mebuat perbincangan terlebih dahulu baru membuat aktiviti diluar. Itu baru dinamakan 'consideration'. Hendak berkata lebih-lebih, umur pun baru setahun jagung, masih ramai lagi yang punyai lebih pengalaman. Hanya mampu menyampaikan apa yang mampu difikirkan.

Ramai lagi yang merasakan sendiri pelbagai pengalaman dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin tampak kasar namun hanya hati yang luluh menemani dengan keluhan hati yang tidak mampu terluah dengan kata. Mungkin yang berdiri di tapak yang sama memahami. Mungkin ada yang terasa mahu membantah. Khilaf diri sendiri. Maaf sekali lagi dipohon.Pendapat semata. Setiap orang pelbagai cara pelbagai pemikiran dan pendapat. Bebas mengulas namun pasti masih mempunyai batas. Jalankan tanggungjawab yang kita sedia ada dengan sebaik mungkin. Insyaallah. Peringatan buat diri sendiri paling utama. Yang baik jadikan taudalan yang buruk jadikan sempadan.

Credit
SEKIAN.

#14314345 ;) (awak jangan perasan saya cakap kat pakwe-pakwe awak tu okeh)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...