Monday, April 2, 2012

Away to UTM

Assalamualaikum wbt.

31 Mac 2012. Awal-awal pagi lagi jam 5 pagi dah diarahkan berkumpul depan hostel untuk pergi ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Disebabkan tak yakin dengan mata mampu bangun seawal 4 pagi untuk siap saya membuat keputusan tak nak tidur. Okay memang tak tidur langsung. Memang dah biasa buat macam ni pun. Sebelum tu dari hari sebelum tu buat lah kerja-kerja yang patut nanti dah sibuk berjalan-jalan tak siap kerja lah pulak kan. Masa itu penting tahu? Siapa tak kejar masa, masa yang akan potonh mereka. Rugi tak manfaatkan masa dengan baik. Berbalik pada cerita, pukul 4 suku mungkin, mandi lah dengan sejuk-sejuk sikit tu. hehe.

Lepas tu, siap-siap untuk turun. Nak dijadikan cerita masing-masing turun lambat bas pon lambat. Semuanya lambat . Pukul 6 baru bertolak. Takpelah tak kesah yang penting dapat pergi. Hehe. Pukul 10.30 baru sampai. Em. Dah alang-alang ada kat johor, rasa nak je balik rumah terus kan. Tapi malas lah pulak nak beli tiket bas nak balik sendiri kalau balik rumah. Hehe. Walaupu cuaca kurang elok, sepanjang perjalanan hujan dari nilai sehinggalah ke skudai, tetapi hati tetap seronok. Maklumlah dah lama tak naik bas ni. Pergi kelas pun naik kereta, balik rumah pun pandu kereta. Rasa teruja sikit dapat naik bas setelah sekian lama bas ditinggalkan. Hehe.

Hmm. Sampai-sampai, masih lagi gerimis, masuk lah dalam tempat tu. Tak tahu nak cakap dewan atau macam mana tapi khemah bertutuplah mcam tulah kira. Teruja sikit, banyaknye fakulti kt UTM. Best-best semuanya kan. Kenapalah tak masuk sini. Takpela rezeki kat USIM. Dapat banyak ilmu lah banyak pameran contoh tentang process of distillation for producing distilled water , freezing point of nitrogen , electric circuit , innovation of toilet with sensor , replica of oil rig dan macam-macam lagilah. Tak lupa satu benda ni, pusing-pusing. Sapa yang tengok MHI kot kalau tak silap lah, ada tunjuk. Macam pening je kalau naik. Taknak la try. Nanti tak pasal-pasal jalan rasa tak jejak tanah gara-gara pening punya pasal.

Ada pertandingan mewarna kat kertas, ada jugak pertandingan mewarna guna komputer gambar boboboboboboy. Hehe. Best tengok budak-budak ni mewarna memang mengingatkan zaman kanak-kanak dulu selalu menang pertandingan mewarna sebab memang minat. Jangan cemburu ye. Hehe. Lupa nak cakap, ramai kawan sekolah belajar kat UTM tapi memang tak sempat nak jumpa semua sebab pergi kejap je kan. Sempat bagitahu dan jumpa seorang sahaja. Yang lain-lain sila jangan merajuk dengan aku ye, cik Mala, Taslim dan lain-lain. Lain kali aku datang jenguk korang ea. :)

Terima kasih kepada kawan-kawan yang teman masa kat UTM tu. Terpaksa berjalan dalam hujan renyai sikit. Basah sikit jelah kan baju. Takpe hujan air je bukan batu pun kan. Tapi serius seronok sangat dapat pergi sana. Dapat jugak bergambar dengan Dr Faiz Khaleed, angkasawan negara kita. Ramai sesangat tapi dapat jugak akhirnya. Puas jalan sikit dengan kawan-kawan usim, jalan-jalan dengan kawan sekolah yang belajar kat UTM pulak sampai pukul 1 kalau tak silap. Terima kasih, kawan. :) Jam 1.30pm bergerak ke Danga City Mall pulak ada Innovating Malaysia Tour 2012. Kat sini lagi best dapat pendrive percuma. Masuk apa-apa program atau game kat situ tak kena bayar tapi boleh lagi dapat hadiah, buku nota, pendrive, macam-macam lagilah. Ada lagi cabutan bertuah, dapat ipod okay. Jelesnye, nama tak bertuah pulak haritu. Paling kemuncak bila cabutan bertuah yang akhir, dapat Ipad. Okay tahniah lah yer pada awak. 

Tapi, sebelum cabutan bertuah yang terakhir tu, ada lah bengkel lukis carricatur. Macam best, masuk jela, kene ada pasangan, kalau tak nak lukis apa benda pulak kan. Pasangan dengan budak sekolah tingkatan 5, lelaki nama dia Adam. Muka childish sikit tak macam form5. Hehe. Pandai jugak budak ni lukis muka aku kan walaupun tak serupa sangat. haha. Takpe, best dapat join. Join je pon dapat pendrive lagi. Hah nah amek. Free2 je. Teruja sikit. Akhir sekali bergambar ramai-ramai. Bestnyer dapat jalan-jalan macam ni. On the way pergi pakcik bas buka certita bujang telajak. Terasa bosan sikit sebab dah tengok dan amek keputusan untuk tidur dah memang malam tu tak tidur langsung kan. On the way balik pulak pakcik bas buka cerita hantu pulak.

Pakcik! Maaflah pakcik saya tak tengok cter hantu laaaaa -.-'' tapi terpaksa dan tertengok jugak lah sebab dah pasang, nak buat macam mana lagi kan. Awal-awal lagi dah jerit kan tapi tak termasuk saya yer sebab saya pejam mata. Okay gelakkan lah takpe. Rasa macam 'ish' apsal speaker dekat sgt nih. Amek keputusan untuk tidur lagi. Sekian. haha. Bukak mata dah cerita lain okay ni best. Comel. Verita tentang binatang dengan manusia. Apa tajuknya tak tahulah pulak. Magrib berhenti ka R&R pago kalau tak silap, maklumlah tidur je keje masa dalam perjalanan, memang tak tahu kat manalah. Hehe. Solat magrib and isyak sekali then makan-makan. Pastu tak tidur tapi rasa sakit kepala asek tidur kejap-kejap. Lama-lama tidur jugalah kan.

Hampir sampai ke hostel tersedar semula. Rasa macam pagi pulak sebab awal pagi keluar masih gelap, sampai tempat yang sama dengan keadaan yang gelap sama macam pagi tu. Aduhai, ngantuknye. Balik-balik ada pulak orang mintak tolong amek kat KTM. Tlong sahajalah wpun kepenatan sebenarnya. Takpelah nanti kita susah orang pulak tolong kita kan. Comelll..Konklusinya, memang best dapat pergi UTM dengan Danga City Mall tu. Dapat pengalama, kenangan, pendrive, jumpa kawan, jalan-jalan dengan kawan setelah asek menghadap kuliah hari-hari. Serius seronok. Terima kasih semua. 


Nak tunjuk gambar dengan Dr Faiz tapi nanti stalker setia saya tu jeles pulak. #not available lah sayang, kesian you kan.....hehe


Awak, kali ini saya rindu awak sangat. Tak mengapa awak tak tahu sebab saya memang nak simpan je. Awak yang takde kaitan nak jadi perasan kejap pun boleh. AWAK itu rahsia. Saya je tahu siapa itu AWAK. :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih membantu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...