Saturday, December 18, 2010

G E M B I R A atau S E D I H ?

Assalamualaikum .


Harini pagi2 dah bangun. Ada program motivasi. Difahamkan fasilitator dari Fakulti Perubatan dan Pergigian. hmm apa yang aku fikirkan..mungkin seseorang terlibat sekali..SECRET la yer..maaf lah..hehe...


Pabila sampai ke kampus, aku nampak lah seseorang nih mcm DIA , tp x sempat nak tengok secara terperinci, dia dah berjalan ke tempat lain..malaslah aku nak kejar...biarkan saje..hm..tapi hati aku dah mula lah x berapa tenang..tangan aku sejuk jer..aku merindui dia..malangnya aku x dapat ucapkan kepadanya sebab aku tak mampu untuk berkata sebegitu di hadapannya.


Aku berjalan menuju ke pintu dewan dan dengan yakinnya aku pasti itu lah dia. Dia juga pandang aku walaupun dalam keadaan yg sangat ramai . Dia x senyum kerana tak nampak aku atau apa ? aku pun tak pasti. Aku terus masuk ke dalam dewan dalam kedaan yang sangat sejuk. Sejuk dek cuaca pagi dan hujan semalam. Ditambah air cond yang menggila..dan hati ku turut sejuk..tapi apakan daya..adakah dia tahu? Semestinya lah dia tak tahu. tak mengapalah.


Kebetulan harini aku duduk di tempat kiri sekali. Padahal kebiasaannya aku duduk di tengah2. Entah kenapa kalini lain pulak rasa dan masa ini juga dia duduk di sebelah kanan. tak mengapalah. Sabar saja lah . Sepanjang ceramah aku ada juga mencari dia. Hati tenang juga bila tengok dia sihat, disebabkan dah sebulan tak berhubung, manakan aku nak tahu tentang dia, tapi aku sangat susah untuk tak memikirkannya. Dia tak pernah tahu hati aku ni sebab aku x pernah luah. Biarpun hubungan kami diketahui parents, kami jarang berhubung dek kesibukan belajar.


Sehari 24 jam , tapi banyak kerja yang perlu dilakukan untuk masa depan berbanding persoalan perasaan ni. Setibanya 1.30 petang barulah kami dibahagikan kepada kumpulan dan bermulalah LDK. Saat diumumkan siapa fasi bagi setiap kumpulan, berdebarlah aku siapa yg akan memimpin kumpulan aku. Tunggu. Dia memegang kumpulan lain. Nasib baik ke tak ye? Cemburu juga bila org lain yg dapat dia. Tapi kalau dia memegang kumpulan aku, serasa terbuka mulut aku ni nnti. Tak mengapa , aku dapat fasi dari Fakulti Pergigian, comel akak ni. Best dpt akak ni tau. Sporting, manis, pandai berkata2, peramah. Tak puas bersama kumpulan tadi. Banyak game yg dapat kitorang main.


Jam 4.15 petang, habislah program LDK. Kami pergi semula ke dewan. Tapi sebelum masuk ke dalam dewan, kami bergambar bersama kumpulan. Best sgt. AND . on the way masuk ke dewan , dia datang menghampiri aku, aku pun datang kepadanya. Bermulalah perbincangan kamu. Mengapa itu dan ini. Apa perasaan aku ni aku pun tak tahu. Gembira sebab dapat jumpa dia, tapi sedih dengan masalah ni. Tapi air mata aku tahan, nanti x pasal2 org2 kat situ pelik pulak dengan kami ni. Tapi aku pun tak tahu la dia perasan atau tidak akan hati aku ni. Aku mmg sgt sdey smpi x tercakap. kelu lidah aku.


Ramai mata memandang tapi aku x peduli, hati aku ni perlu diutamakan dulu sebelum org lain. Lagipun bukan sesiapun yg ada di situ. Hanya faci2 je. Tapi belum sempat habis berbincang aku perlu masuk ke dewan. Tapi aku masuk dengan hati yg berbekas. Air mata bergenang tapi tak pula jatuh. Aku tahan . Aku harus tabah. Aku bukan lemah. Sekarang masa untuk belajar dan capai cita2. Tak mengapa, semuanya aku luahkan pada ibuku. Dan awak, saya sayang awak dan rindu awak sgt. Maafkan saya sebab saya x pernah cakap. Saya x kuat. Walaupun awak tak tahu, saya x kisah. Akan datang nanti awak tahulah sendiri. Biarlah jodoh yg menentukan. Dan sekarang, kita kejarlah cita2 kita dulu.


Saya kesini pun atas dorongan dan semangat yg awk bg pd saya. Sekiranya awak terbaca luahan saya, terpulang pada awak, apa yg awk nak tafsir. Tapi jgn sesekali fikir yg terlalu jauh. Semoga awak x lupakan saya yer. Saya tunggu awak. Saya belajar dulu.


Satu lagi yg berlaku, harini jgak aku dapat melihat seseoang yg selama ini aku hanya berhubung melalui handphone saje. Tapi dia merupakan kawan kepada seseorg yg tadi. Aku kagum ngn mereka, sangat pandai dan bijak membahagikan masa untuk belajar. Kedua2nya menjadi sumber semangatku. Dia, R dan kawannya, A . semoga kalian berjaya mencapai cita2 sebagai doktor. Ini dinamakan kenangan manis mungkin. Sebab lebih byk yg manis dari yg pahit. Terima kasih awak sbb datang jumpa saya td. Tak sangka kita dalam satu program kan. :)


Kepada kawan dia pulak. Inilah saya orgnya. hehe. Pandai korang handle group2 tadi yer. Respectlah. :)
Setelah beberapa jam aku fikir, ini kenangan yg manis. Banyak benda yg aku dapat dalam sehari. Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam program harini. Lectuter2. R n A. dan kawan2. Semoga berjaya dalam hidup. Sentiasalah istiqomah dalam semua perkara. (,")
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...