Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua? Alhamdulillah sihat-sihat shaja kan semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna Allah masih memberi kita kesempatan untuk menghirup udara Allah dengan percuma tanpa bayaran walau sesen pun. Pernah terfikir? mungkin pernah terfikir tapi kadang-kadang manusia alpa dengan kenikmatan sehingga kenikmatan itu ditarik balik dan didatangkan dengan bala. Saai itulah baru tersedar dari khayalan. Oh ya, mulut juga anggota yang Allah beri untuk setiap manusia dan makhluk Allah yang lain. Sungguh sempurna. Mulut untuk bercakap dan juga makan minum. Tanpanya, entah bagaimana kita mahu meneruskan hidup kita. Sungguh indah. Subhanallah!
Pertama sekali, kita hari hari menggunakan mulut kita untuk bercakap kan. Kadang-kadang kita tak sedar apa pun yang kita perkatakan sehingga orang memperkata balik barulah kita tersedar kan. Kadang-kadang hanya dengan satu patah perkataan sahaja mampu membuat orang berkecil hati sampai tak nak kawan lagi dah. Kanak-kanak pun reti kecil hati dan merajuk tau. "tak nak kawan". Ingat kembali zaman kanak-kanak memang lucu bukan? Seronok sangat. Semua orang membuat kesilapan namun kita sebagai manusia yang bertanggungjawab memang seharusnya me'minimize'kan kita punya kesalahan dan me'maximize'kan kita punya usaha dalam apa jua perkara.
Kita sedaya upaya mencuba menjaga hati orang. Ada perkara yang nampak ketidaksengajaan itu dan ada juga yang jelas kelihatan sengajanya itu. Sangat dapat dibezakan. Pada mulanya seorang bangun menuding jari pada di sana. yang di sana bangun menoleh bertanya kenapa di sini menjawab kau salah. Dalam sesetengah perkara yang pertama mungkin benar, untuk menegur. Dalam sesetengah perkara yang pertama itulah salah sebab menjadi batu api tanpa usul periksa menuduh melulu dengan sikap bongkaknya dan bangganya mengumumkan dia lah yang benar sedangkan dia senang menegakkan benang yang basah. Mungkin sesetengah mendengar pihak 1 dan tidak mendengar dari pihak 2 dan menyokong pihak 1. Orang yang berada di pihak 2 menyokong pihak 2 namun kebenaran tetap telah termaktub cuma ia belum di'reveal'kan lagi sahaja.
Menunggu masa sahaja. Tidak mengapa diam itu kan lebih baik. Hanya kerana kata-kata dari bibir sahaj mampu mebuat sesiapapun berbalah. idak kira kanak-kanak ramaja dan juga dewasa. Sedangkan adik beradik yang serumah seringkal bergaduh, pekerja, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lari dari berbalah namun yang membezakannya ialah tahap perbalahan tersebut. Mungkin ianya pada peringkat pertama namun ada juga yang kritikal sehingga wajib ke ICU. Ouh. Teruknya. Kerana kata-kata juga manusia seringkali termakan kata-kata orang yang tidak sepatutnya itu. YA ALLAH. terlalu banyak sebab musabab dan kesan kata-kata ini. Tidak dapat hendak dikategorikannya!
Gara-gara lelaki itu mengayat sedikit cairlah perempuan itu. Hebatnya kata-kata. Kerana penculik itu memberi kata manis kepada kanak-kanak itu, berjayalah dia menculik kanak-kanak tersebut. Kerana perempuan itu berjaya menghasu bahawa suaminya curang, berbalahlah keluarga tersebut sedangkan cerita itu palsu belaka. Kerana kawan berjaya memberi kata-kata semangat dan nasihat, maka bangunlah si sahabat mendirikan diri sendiri dari terus jatuh. Betapa hebatnya kuasa kata-kata ini lebih-lebih lagi diberikan dari orang yang tersayang. Jika disalahgunakan, maka lain jugalah yang bakal berlaku. Kata-kata digunakan untuk penyampaian kebaikan dan juga untuk kejahatan seperti menghasut dan hasad dengki. Ya Allah, jauhkanlah golongan mukmin dari sikap keji ini.
Entah bagaimana hendak dipraktikkan dalam kalangan manusia yang terlalu ramai ini. Mustahil bagi seorang guru berjaya menjaga hati anak muridnya yang beratus-ratus. Tetapi tidak mustahil untuk ramai-ramai itu berjaya memujuk hati seorang guru. Begitu juga mustahil seorang kawan berjaya menjaga hati semua kawannya. Masing masing punyai masalah tersendiri dan sikap tersendiri. Kita sendiri yang perlu atasi namun orang lain masih punyai tanggungjawab untuk menjaga hati orang lain sedaya mampu. Tak perlu memujuk dengan bunga berkuntum-kuntum, hanya dengan adab berkata-kata serta ayat yang digunakan, mampu membeli hati seseorang. HEBAT! ALHAMDULILLAH!
Namun, kita sebagai manusia berakal haruslah berfikir sebelum berkata-kata kelak memakan diri sendiri. Kata-kata nampak mudah , perbualan nampak senang namun tersilap bicara mampu mengguris hati seseorang ataupun banyak pihak. Boyfriend girlfriend kawan kawan tunang suami isteri guru pensayarah pelajar pekerja kanak kanak semua mampu bercakap namun semuanya bergantung kepada cara percakapan dan isi percakapan itu. Kadangkala perbualan sesama rakan mampu menceriakan hati saat keluarga jauh dari sisi kta seperti pelajar (mcm sy,hehe). Kadangkala ada juga terselit sesuatu yang mengecilkan hati namun itu perkara biasa. Tetapi jika perkara besar dihangatkan lagi dengan batu api memang bertambah besarlah nyalaan api itu.
Tidakkan yang lain seharusnya berfikir apa akibat dia memperkata dan menjadi batu api dalam kalangan api yang sememangnya sudah marak itu. Ouh. Salah. Berfikir dahululah sayang. Jangan main tuding jari sahaja sedangkan diri sendiri tidak tahu menahu tentang apa-apa. Semua orang mampu berkata-kata. Namun tak semua orang mampu menerima apa yang diperkata walaupun ia benar. Mohon maaf jika cara penyampaian ini tampak kasar. Tidak pandai hendak bermadah dalam perkara ini. Ampun maaf sekali lagi andai terguris hati. Sekian. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Credit |
#Al-fatihah untuk atok, Kiman bin Sabar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih membantu :)