Assalamualaikum wbt.
Kali ini aku merantau ke negeri orang. Aku lihat terlalu ramai manusi sehinggakan aku tidak dapat mencari apa yang aku mahukan. Semuanya kelihatan sama dan serupa. ketika aku menjauhkan diri daripada orang ramai dan bersembunyi di satu lorong yang kelihatan sunyi tetapi mampu memberikan ruang untuk melihat mereka yang sibuk mengejar hal dunia. Baru kini aku dapat perhatikan mereka satu persatu. Selama mana aku melangkah ke belakang aku tersadung dek batu yang gah berbaring di atas tanah gersang itu. Aku terbaring kesakitan mengurut kaki yang terseliuh itu. Luka berdarah walaupun sedikit sakitnya pasti terasa kelak.
Tiada seorang yang datang membantu. Mungkin kerna lorong itu terlalu sunyi. Hanya yang memerhati sahaja akan perasan apa yang berlaku disitu. Aku memejamkan mata menahan kesakitan dek tersadung kaki dan terhentak badan serta kepala ke tanah. Hanya Allah yang tahu. Itu kesakitan fizikal. Aku juga menanggung kesakitan rohani yang amat perit rasanya. Hendak diludah aku tak mampu hendak ditelan pahit juga. Sehinnga aku merasakan ada seseorang yang memegang tanganku menghulurkan bantuann. Aku tidak punya kekuatan untuk melihatnya.
Aku dibiarkan duduk namun pabila aku mencuba membuka mataku aku lihat seseorang yang mencuba merampas beg ku yang berisi segala kenangan. Hendak dilawan aku tak punya kekuatan yang cukup untuk berlawan dengan lelaki yang penuh dengan tenaga lelaki yang sememangnya tak dapat dilawan oleh tenaga seorang wanita kerdil ini. Apakan nasib yang menimpaku. Ingin aku memanggil namamu namun aku tahu kau tidak mendengariku apatah lagi datang membantuku. Aku sangkakan orang itu akan membantuku membangunkanku namun itu hanya sementara juga.
Aku merasa bahagia sesaat derita bertahun lamanya. Apakah kau menyedarinya. Aku yakin kau tidak sedar akan semua itu kerna kau hanya tahu mencari kebahagiaan untuk diri kau sendiri sahaja tanpa memikirkan perasaan orang yang kau pernah curi hatinya. Perasaan orang yang kau pernah bergantung kepadanya. Adakah kau sedar akan aku yang menemanimu saat kau menghidapi luka. Tatkala aku berduka pasti teman datang menemani akan tetapi semangatku hampir hilang dibawa bersamamu. Pabila aku ingin menggapai bahagia ia hanya singgah hanya terlalu sementara sehinggakan aku tak sempat untuk berdiri.
Masih terduduk meratapi airmata dan luka kaki berdarah diiringi kesakitan badan dan lebam yang mula membiru di tanganku pabila cuba menahan diri daripada terjatuh tersungkur. bersyukurlan aku hanya jatuh di tempat sunyyi yang pasti tiasa sesiapa melihat bagaimana aku terjatuh hanya sempat melihat aku terbaring sahaja. Aku tak merelakan diri aku disakiti lagi. Bukan sahaja olehmu namun sesiapapun. Aku mahukan bahagia. Aku mehukan senyuman tanpa diulit derita pada ekornya. Kau berbahagia atas derita yang lain. Banyak pihak memihak pelbagai pihak.
Pasti yang terdekat memihak pihak yang paling hampir. Aku pasti. Tidak pernah sekali aku memulakan dan tak pernah jua aku meminta pengakhirannya. Aku mahukannya. Aku tahu apa yang aku mahukan. Kau berbahagialah. Aku ingin menggapai bintang di langit dalam tidurku. Aku penat melayan kaki dan seluruh tubuhku mengalami kesakitan sepanjang perjalanan pulang selepas aku terjatuh tadi. Pasti ramai yang tertawa dalam diam. Meski aku tak lihat mereka namun aku pasti. Terima kasih, sayang.
Imissyou234
No comments:
Post a Comment
Terima kasih membantu :)